Rayo!!!

Assalamualaikum…

Hari rayo nak doket dah.Hahaha!…

Akan tetapi keterujaan aku untuk beraya agak bekurangan kali ini. Mungkin kerana ayah tiada disini. Juga faktor kewangan yang meruncing kebelakangan ini.

fuh!!!…

Rayo dah doket…!!.

kita sambut dengan senyuman….^_^

Secubit kata…

Semalam…

Dihadapan bank aku menghantar sebaris kata untuk si dia. Lama benar rasa kekok bila menaip perkataan “Abg” kepada nya. Tapi apakan daya mungkin perkataan itu tidak bermakna. Dalam berbalas kata dengan nya. Satu demi satu gambaran si dia menerjah ke rawan pikir. Aku hanya mampu menelan saja. Menjadi “stalker” setiap hari di ruang sosial nya, sentiasa aku berdoa kebahagian nya. Aku tau dia bahgia sekarang. Sedondon baju. Cantik pikir ku. Aku hanya mampu tersenyum.

Hari ini…

Seperti biasa, rangkuman kerja yang ada melalaikan aku untuk mengelamun. Aku harap lebih banyak kerja yang hadir agar rezeki ada untuk memajukan lagi syarikat ini. Amin!!! Kadang kala keluhan pasti keluar,untuk dan kerana apa. Aku pun tidak mengerti. Pernah waktu kecil aku cuba bermimpi aku lahir di keluarga yang kaya dan berada. Sentiasa tidak kesempitan wang dan hidup penuh kemewahan. Akan tetapi Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Merancang segalanya. Bersyukur aku apa yang ada sekarang. Moga rezeki aku bertambah lagi. Amin!!!

Sabtu… 11 Ramadhan

Pagi pagi bangun aku terus menuju ke Seri Iskandar. Seperti biasa menuju ke destinasi dengan santai dan blues. Cuma kesantaian aku tercabar dengan kerakusan kereta Mercedes merah yang tiba tiba memotong dari kiri. Dengan selamba katak, Mercedes merah ni terus menghimpit aku. Dem!..aku tahu kancil comel ku tak setanding kereta merah mu yang beso!!…hoi!!!…jgn la rakus bawak kereta.

Hampir excident aku tadi. Alhamdulillah aku cepat sedar, cuma jantung berdebar laju. Fuh!!…sabo je la….

Hurm…Happy Bestday to her mum today!!!…. ^_^

Monday blues…

Isnin…

Untuk aku permulaan hari yang agak sunyi dalam diri. Walau aku memasang radio dengan lagu lagu rancak tapi hati seperti melekat dengan rasa blues itu sendiri.

Kalau dapat mee papan di kedai Akak Misha ni pun best jugak. Grrrrrrrrrr….perut keluar bunyi keroncong. Terlupa aku sudah Ramadhan yang ke 6 hari ini. Blues sampai jadi blurr otak aku. Perjalanan ke Seri Iskandar agak jauh dan panjang kali ini. Mungkin aku membawa sekadar 60km/j. Blues kene relex. Blues kene cool. Blues la sangat kan. hahaha!.

So untuk hari isnin ni agak blues…jadi pilihan lagu pun kene blues…

Gary Moore - Still Got The Blues

 

The best song ever….layannn…

Seorang di kedai lagi la membuat mood blues aku meningkat dengan lagu Gary Moore ni penambah perisa aku untuk santai. Panas menyengat di luar. Alhamdulillah batuk dan selsema aku dah berkurangan cuma hari tu terpaksa ke hospital kerana asma teruk.

Monday Blues…

Bunyi tetikus menyonsong

arah ke satu paparan yang aku lama mengintai

intai untuk mendapat berita

duka gembira jikanya ia?

sambil hati tetap berdoa

Khabar gembira di bulan puasa

tertimbul senyum moga nya ia

Isnin

Hati santai bertongkat santai

melayan putar lagu di laman internet

mata terpejam menerawang jauh

hari isnin yang lambat berangkut jauh

Ramadhan…

Hari kedua puasa….

dan aku demam…

dan kali ini juga aku beriftar tanpa ayah di sisi…janggal juga rasa nye…kerusi yang selalu ayah duduk bila beriftar kini aku mengisinya…

dan Ramadhan kali ini aku cuba teruskan hidup…membuka lembaran baru…mencari kegembiraan yang agak suram kebelakangan ini…

jum mencari pahala yang berganda…amin!!!