Wednesday, September 10, 2014 -
-
Harini…
aku rasa terpanggil untuk menulis…seperti ada kata kecil dalam
hati aku supaya menulis hari ini…seperti ada rayuan angin yang mahu aku menaip
sesuatu di papan kekunci ini…
“hummm…” keluhan kecil dari mulut.
Baik lah…bermula dari saat aku meninggalkan halaman
kampung….
Saat itu sebenarnya satu hijrah besar bagi diri aku…aku
dipanggil rezeki untuk berpindah meninggalkan ibu…adik adik dan juga sahabat
handai di kampung halaman…tetapi hijrah kali ini bukan hijrah biasa bagi
aku…penentuan hidup dan juga masa depan yang cerah…insyallah…aku sentiasa
berdoa…
Melangkah kaki di gerbang sawat kali ini bukan seperti biasa
aku lakukan dulu…mahu ke sana untuk berjumpa dan melepas rindu….itu
dulu..sekarang aku melangkah untuk mencari rezeki dan melangkah untuk menentukan
masa depan hala tuju…
Aku di pinang anak syarikat telekomunikasi yang agak gergasi
juga di Malaysia ini…kerja sebagai *****(maaf rahsieee) hahaha…..alhamdulillah
rezeki dan berbangga juga aku dapat melangkah kaki ke gerbang kerja yang
mencabar ini…tidak aku impikan sebenarnya…budak kampung hingusan seperti aku
kerja sebegini dan berumur lanjut…lanjut ke?….hahaha…
Biasa lah duduk di sini semua nya memerlukan duit…kunci utama
dalam keberlangsungan hidup di zaman serba moden walau manusia sekeliling aku
ini semakin lama semakin kebelakang dari segi jiwa dan rohani…bermula kerja
dengan berpakaian kemas…berkemeja..bertali leher…aduss…kekok aku melangkah…akan
tetapi aku telan kan jua…alang melangkah biar berpencak…alang berpencak biar
berbuah…jadi aku terus kan jua apa yang aku nekad kan sebelum ini…
Hampir beberapa bulan sudah aku di sini…aku sudah terbiasa
dengan slang orang sini…tetapi hati tetap dengan kampung halaman…cuma ikut
pepatah orang lama…masuk kandang kambing mengembek…masuk kandang harimau
mengaum…masuk kandang ehem…harom!!!!….hahahah….
Rezeki kerjaya ini juga bukan aku kongsi kan pada aku akan
tetapi pada seseorang…Allah itu Maha Mendengar…Allah itu sentiasa meletakkan
sesuatu itu kepada tempat yang amat sesuai dan amat tepat pada masa nya…tidak
pernah satu pun tersasar kerana Allah itu Maha Berkuasa dalam semua hal…rupa nya
rezeki kerjaya ini membawa aku tersasar ke kancah alam pertunangan
rupanya…ahahahah!!!…tidak percaya juga aku….nekad membeli sebentuk cincin emas
dengan ibu…terus tetap kan tarikh dan aku kini tunangan orang nun jauh di sana
tetapi dekat di hati…(saya syg cik tunang saya)….ibu juga aku lihat agak senang
dengan cik tunang…sentiasa SMS atau Whatapss..wow!!…ibu dah pandai
Whatapps…biarlah…ibu kesunyian…sejak kehilangan Ayah hampir setahun lebih yang
lalu membuat ibu muram dan sunyi…aku pula di sini…dengan aplikasi ini dapat jua
melalaikan ibu dari kesedihan…lagi lagi cik tunang juga rajin melayan ibu…syukur
juga…
Cuma sekarang ini perlu jimat tahap dewata kelapan untuk kearah
pembinaan masjid…100% fokus pada tarikh tersebut…cik tunang sudah banyak kali
beri amaran…
“Jangan boros!”
Sesal juga aku tidak menyimpan dulu…kini terkial kial mencari
dan mengumpul modal belanja…kurus di buat nya!!!
Pesan untuk sahabat…simpan lah walau sedikit sedikit mulai
sekarang…simpanan itu akan menyelamatkan anda dan juga hubungan anda
nanti…percaya lah…sebab aku mempunyai pengalaman…pengalaman itu
mendewasakan…walau pahit…tetapi ia ubat…ubat yang membuat aku imun dalam
beberapa penyakit hati dan juga penyakit kesedihan…aku campakkan jauh jauh
perkara yang lalu itu…sejak nekad melangkah dalam gerbang sawat itu…aku nekad
juga kosong kan minda…hati dan kenangan agak langkah ini tidak tersadung dek
kerana kemurungan dan kekacauan jiwa…sekarang aku lebih sedia…InsyAllah…
KINI
Menanti tarikh dan menanti hari bertukar status bujang terlajak
sekarang ini….
Duga…
Walau apa jua…duga tetap melangkah masuk…walau sudah ditutup
rapi…seperti maut…walau duduk di dalam gua sekali pun..ia tetap dtg
menjemput…sepertimana duga…ia tidak akan pernah jemu datang dan datang untuk
memberi kita rasa kelazatan dalam berusaha mencari penyelesaian…bersabar
lah…moga duga
ini memberi kita ketabahan hati…iman dan juga jiwa…
Hampir Raya Haji…hampir jua dengan Hari Lahir aku…dan juga
arwah Ayah...hari lahir yang aku tidak akan sambut dengan meriah mungkin…rasa
bersalah jika aku sambut kerana tarikh itu tarikh istimewa aku dan ayah…aku
rindu ayah…seorang yang bermisai…melatah…senyap tetapi tegas dalam membuat
keputusan…orang yang dihormati seluruh masyarakat…setiap kali keluar…ada yang
akan mengiring ayah...seperti YB…bercium tangan…apa saja kes mesti berjumpa
dengan Ayahanda Najib…dulu menjadi anak kepada ayah memang bangga…mana pergi
mesti dihormati…berkemeja kemas…bersongkok senget…watak yang amat dihormati…kini
itu semua menjadi kenangan silam…cuma nama yang tinggal…
bila mana pergi nya
ayah…pergi jua sebahagian dari diri aku…walau aku dulu asik tidak
sependapat…
Mata mula layu…
Aku rasa karangan merapu aku ini perlu di tutup….dan mungkin
lama lagi untuk aku menulis lagi…rasa menulis itu sudah pergi sekarang ini…rasa
luahan dan karya merepek ini mungkin aku tanguhkan dulu…kita lihat lah nanti
bagaimana…lagipun blog ini blog “syok sendiri”…tiada peminat setia…cuma aku
penulis…aku pembaca dan aku juga pemberi komentar…jika bersawang sekali pun
tidak siapa yang tahu dan mahu…
Sebelum aku habiskan tinta papan kekunci ini…
“ Gerimis turun tidak keatas…turun nya ia berkorban jiwa…bia
halwa kesejukan terasa…gerimis tetap berkorban nyawa…tersejat ia di bawah
mentari…serap di nun atas si awan…menutup meredup moga bumi selesa…si awan tetap
kepanasan…menangis awan turun nya air…sekali lagi si awan berkorban raga…semata
untuk bumi tercinta…tangis si awan penyubur jiwa…penyegar rasa untuk alam
semesta…tumbuh jiwa baru melata…atas daya korban jiwa dan raga…kitaran hidup
kita semata…”