Ya Allah….gementar sungguh hamba Mu ini….berikan ilham dan lancarkan pekerjaan ku nanti Ya Allah…..
1st job this week….nikah dan bersanding nanti….thanks abg ejump sbb beri kepercayaan 100% pada aku…..thanks jugak pada bakal pengantin baru aka designer album cik Nurrul Ain…..terbaek!!!…..
Harap yang terbaek…..amin!!…
Dalam 1045am ayah, adik, tunang adik dan aku sampai ke klinik pakar…..tertera tulisan ortopedik disitu….
“ Ramai ”….itu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku
memang waktu itu ramai dengan pesakit yang memerlukan rawatan pakar….
ortopedik - orthopaedics; the branch of medicine concerned with the correction of deformities of bones or muscles.
hurmm…pada mula nya aku tidak yakin yang ayah aku akan dirawat dalam masa hari itu juga….tapi alhamdulillah…penantian kami tidak lama…lupa nama doc yang merawat ayah aku itu….dlm masa sejam selesai semua nya…..
ayah di rujuk ke fisio…..
hurmmm!!…..risau…
Esok aku ke hospital….bawa ayah ku untuk diperiksa….kebelakangan ini ayah aku sering mengadu sakit kaki yang amat sangat….sudah beberapa klinik ayah aku pergi tapi hasil nya tetap sama….sakit dan masih sakit….
Aku pula semakin risau keadaan ayah aku…dalam sakit sakit dia masih gagah kan diri membeli barang barang untuk berniaga dan masih lagi berkerja kuat….ingin aku suruh ayah aku berehat tapi tiap kali alasan nya….
“ Takda sapa yang leh buat air dan beli barang “
Aku kan ada….aku anak yang sulung….itu tangungjawab aku untuk membantu ayah….tapi ayah berdegil untuk tidak menyusahkan anak anak….hurmm!!….
harap esok….
Berapa Bulan??….9bln…..oooO!…
Walau 9bln….cukup bagi Fakir menanam semua jiwa….jiwa yang penuh dengan tanda tanda cinta dan semangat jitu untuk mengubah masa depan Fakir….cuma bila bertepuk sebelah tangan selalu nya tidak berbunyi….
Kecewa mula mengangui Fakir…jiwa yang bersemangat dibuang jauh…..menerima jiwa yang kusam dan gelap….ingin Fakir bertindak kearah kejahatan dan kezaliman…cuma cinta dan sayang masih kuat di jiwa…walau jiwa itu mulai kelam lagi gelap gelita….
Fakir seada nama nya kini mengemis di jiwa sendiri….menadah sedikit bibit-bibit kenangan yang ada….tapi akan selalunya kenangan itu tidak selalu ada,,,,sekali sekala dimusnah kan sediri oleh bibit pahit yang diberikan oleh kata kata tajam yang tidak mengenal erti keikhlasan diri…Fakir cuba kemam dan menikmati kepahitan yang ada….tapi pahit tetap pahit….tidak ada sedap dalam kepahitan itu…
“ Aku berikan jiwa, setia dan malah diri ini!!! “ jerit Fakir
Tapi cuma gema kosong yang datang kembali menerjah muka dan jiwa….
“ Tidak mengapa lah Fakir, redha pada ketentuan Nya “ tiba-tiba suara dari sudut hati yang jauh
“ Tapi aku….aku telah berikan semua nya….terbaik dari aku! “
“ Memang semua nya terbaik tapi engkau dibanding kan, mungkin terbaik dari engkau tapi tidak bagi disana “ suara itu kembali bersayup
“ Aku memahami akan tetapi aku tidak dapat menerima….janji harapan yang diberikan semua nya enak-enak belaka…mengapa diberi jika diselitkan dengan kecewa “ Fakir mula tersedu
Akan tetapi suara itu mula mendiam…
“ Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..kau penipu!!….tak ada kemaafan dari aku….tak akan aku maaf kan engkau “
sedu Fakir makin kurang…lega mungkin bila melaung...meraung sebegitu rupa….tertidur terus melayan jiwa yang remuk bagaikan dilanggar lori hantu yang bekelajuan 120km/j….
“ Fakir….sayang bangun “ suara lembut mengejutkan Fakir yang terkumit kumit cuba menjegilkan mata yang sedia mengantuk….
“ Mari imam kan ibu solat subuh….Fakir sudah lama tidak bersolat subuh bersama ibu “ sambil tersenyum ibu Fakir
Bertelekung putih…sungguh lembut perwatakan ibu Fakir yang memang sudah lama tahu kesengsaraan anak nya itu…Setelah selesai solat…ibu Fakir terus memeluk Fakir….sambil berderai air mata ibu Fakir berkata….
“ Sayang…dugaan Allah ini akan medewasakan Fakir…kembali pada Nya…memang Fakir kecewa…ibu faham…cuma ibu tidak mahu Fakir terpesong….tenang…tenang wahai anak ku sayang “
Ibu Fakir meninggalkan Fakir yang termenung jauh….termenung memikirkan apa yang telah ibu katakan….lalu berdoa Fakir…
“ Ya Allah…Yang Maha Mendengar…Yang Maha Pengampun…Lagi Maha Pemurah…ampun kan lah hamba Mu ini kerana terlalu berdosa pada ibu ku….aku mula meluka kan ibu kembali dengan kesedihan ku ini….Ya Allah…kekuatan diri dan iman aku mula goyah…kurniakan lah Ya Allah hamba Mu ini dengan iman dan takwa pada Mu…berdiri ku…qiam ku…sujud ku hanya pada Mu Ya Allah…dugaan Mu ini aku akan hadapi dengan setenang-tenang nya…moga keberkatan dari Mu ku pohon….”
Dari balik pintu ibu Fakir mula tersenyum sambil menitiskan air mata…bukan sedih tapi tahu anak nya mula matang dan semakin menjadi lelaki yang bertangungjawab pada keluarga…dari hati ibu Fakir…biarlah mereka fakir dari segi harta benda di dunia ini tapi kaya pada amalan dan bekalan di akhirat nanti…serah pada Allah…tawakal dan beriman itu paling penting…
Pada Fakir…. “ Terima kasih kerana memberikan aku satu perjalanan yang indah walau ia seketika….kini aku redha…redha….redha semua nya “
Tyler Ward - The Hardest Thing…..
....jika diberi kelebihan dan peluang....ingin satu aku minta....makbulkan doa-doa aku...
1. Berikan lah rezeki yang melimpah ruah agar aku dapat menyenangkan ibu ku, keluarga ku dan juga orang-orang yang memerlukan kesenangan
2. Sempatkan aku membawa ibuku dan ayah ku ke Tanah Suci…
3. Ingin aku melihat ayah aku sentiasa tersenyum gembira kerana kejayaan anak anak nya..
4. Jodoh ku….
5. Jodoh adik adik ku…moga mereka mendapat suami yang soleh…
Amin Ya Allah……
Sang…
Sang Pemuja…..
Hari ini aku cuba untuk memuja dan memuja lagi….ohh!…mana mungkin untuk memuja jika dia yang di puja tiada di depan mata….aku cuba mencari nya…mencari dalam ketidakpastian yang aku boleh dan akan dapat memuja…aku berniat baik…cuma sekadar ingin memuja segala ada di dalam nya…..
ohhh!….pujaan ku…
Sang Pengorban Jiwa ….
Ohh!….jiwa raga….nyawa..udara….jika itu yang dapat aku gadaikan….aku serahkan segalanya pada dia….setiap titik darah…setiap titik air mata….bukan milik aku….milik nya….milik nya!!!….
yaaa!!….engkau yang satu!….
Sang Setia
Dia yang satu….dia segala nya…dia ada dalam hati ini….dia…dia…dia….dia tidak akan luput dalam hati aku ini….tolonglah…aku benar setia…aku benar ada kamu….tidak ada yang lain selain kamu…..
ohhhh!!…air mata…..
Sang Air Mata
Tangis ku ini bukan kerana sedih….bukan kerana marah….aku gembira….gembira ada nya kamu di dalam hati….bukan aku mahu menitiskan air mata ini untuk membuat kamu sedih cuma itu tanda kesyukuran aku…..syukur nya aku….terima lah air mata ini!….
Aku hanya ada Mu Ya Allah!…..
Ibu…
Ibu….setiap senyum mu…membuat hati ku lega dan gembira….
dosa ku pada mu tidak terkira banyak nya…
maafkan ku ibu….
Ibu….tangisan mu malam itu membuat hati ku sayu….
maafkan ku ibu…
ibu….jika mampu ingin ku beli segala masa yang telah engkau habiskan membesarkan ku….
akan ku hias masa itu dengan perkara yang engkau suka ibu….
Ibu….aku hanya mampu menangis bersama pada malam itu…
tidak niat untuk memberikan segala pahit pada hati mu ibu…
ibu…aku sayang padamu….
maafkan ku ibu….
Si Polan Si Wulan
Hari itu seperti biasa si polan bangun dengan hari berkobar untuk berkerja…..hari itu si polan akan menghantar kata kata cinta kepada si wulan seperti hari hari yang sebelum nya.
Cuma hari itu, si polan agak berduka. Mengetahui si wulan mungkin di petik si jejaka . Si polan mula gundah. Si polan mula gulana. Akibatnya si polan mula tertekan dan hampa pada diri. Bukan kerana apa si polan meletak kan harapan dan cinta begitu besar pada si wulan. Mungkin si wulan tidak mengetahui rancangan si polan yang besar untuk mereka.
Hari ini, si polan jatuh sakit. Sakit bukan kepalang nya sakit. Lebih sakit dari ditusuk keris. Lebih sakit dari dari bakar hidup-hidup. Sakit luka berdarah menanah. Tapi si polan cuba menyembuhkan diri. Pergi mencari serata genap ceruk negeri. Penawar luka berdarah menanah tidak ketemui. Mungkin si polan tersasar pandang. Menderita la si polan menangung sakit tidak terperi pedih nya.
Si wulan, sudah lah jauh tidak kelihatan. Mula menyepi tiada berita. Akibat larangan dari keluarga. Menelan ubat begitu lama dan tak terkira banyaknya. Juga sakit menanggung derita. Arahan keluarga perlu dituruti nanti durhaka diberi pada diri. Berdosa pula nanti bertimpa-timpa. Si wulan sentiasa mencari. Mencari si polan yang derita sendiri. Ntah dimana bagaimana tidak diketahui. Pada Allah mereka beserah diri.
“ Ya Allah, tunjuk kan jalan pada hamba, moga bertemu bahagia, moga sentiasa direstu oleh Mu. Rahmat dan Keredhaan Mu hamba harapkan. Lembutkan lah hati, rapatkan lah kami. Ya Allah, pada Mu hamba berserah atas segalanya. Makbulkan lah doa hamba ini "
ceritera si polan si wulan menjadi penyeri. Moga kawan-kawan tidak bosan membaca nya nanti. Tulisan aku hanya suka-suki. Tidak mengena yang hidup mahu pun mati. Tadaaaaa!!!!
50mm...senyum…tak perlu kata apa-apa…
Aku baru amik satu bijik lens 50mm canon….murah…thanks that amoi yang menjual kerana memberi harga diskaun hebat!!…haha….
sila lah hayati pic….baru belajar…sila la tunjuk ajar yek….
semua gambar ni aku amik mase IT Fair di ipoh….dlm tgh keje…dpt la snap beberapa gambar…hehe…..
Kadang-kadang bila umur seperti aku ini….perlbagai pertanyaan yang akan ditanya oleh rakan-rakan dan juga keluarga…..cuma aku tuli kan telinga dan pancaindera aku dari melayan soalan-soalan berikut…..
“ Wajib dah ni….bila lagi?”
“ Umur dah lanjut…bila lagi? “
“ Aku dah anak dua….bila lagi? “
“ Kawan-kawan dah ada…..bila lagi? “
dan pelbagai soalan yang akan dituju…..huhu…tapi satu je jawapan aku….insyallah…jika diizinkan Allah….akan ada nanti…benar kan cik si dia?….heheh…..
Ok…lupakan perkara yang diatas tue….sekarang ni nak ucapkan selamat bertunang kepada Cik Asmah yang akan bergelar Puan tak lama lagi……hehe…moga berbahagia hendaknya…..
KL Bird Park…..
Huhuhu…alhamdulillah aku diberi peluang untuk menikmati satu pengalaman yang sungguh bermakna dalam hidup….wit si dia…kami ke Bird Park…sila layari website ni untuk info http://www.klbirdpark.com/
Bagi aku 100% recommendation untuk kawan2 pergi kesana…..the world largest free-flight-walk-in aviary….peh!!…serius memang aku berpeluh berjalan-jalan kesana….semua jenis burung ada….dari sekecil-kecil burung nuri hingga sebesar-besar burung kasawari….dem!!…sangat teruja….hanya Rm20 saja….cuma better u all bawa air mineral sendiri sebab kat sana agak mahal….sebotol Rm4…bukan botol besar tapi botol kecil yek adik-adik….huhu….
Kawasan bird park ni di bina di lereng bukit…jadi di sana memerlukan stamina yang banyak untuk mendaki setiap lorong yang ada….tapi berbaloi….bila melihat burung-burung yang ada terasa hilang penat sebentar….aku n si dia masing-masing teruja…yang paling seronok bila beri minum burung nuri…kene serbu…peh!!..pengalaman…..kedua….beri makan pada burung emu..adik beradik burung kasawari….
Mula-mula masuk…aku ingin nak amik gambar burung merak yang mengembangkan ekor dia….memang jumpa beberapa ekor….aku cube provoke bagi dia kembang tapi agak malang…diorg leh buat donno je ngan aku….last-last doa aku makbul….sebelum nak kuar dari bird park….ade sekor merak ini terus kembangkan ekor dia….yang paling best nya…macam ditunggu plak…dia kembang ikut lens kamera aku…aku zoom dia pun duk senyap je….tiap kali aku gerak dia pun akan gerak….seronok rasa nya….lawa…cantik…huhu…syukur…sangat sangat lawa ciptaan Allah….aku sungguh bersyukur….
Nak cerita panjang-panjang pun x sonok…so better tgk pic ni….hehe….pengalaman wit her…terbaek!!!…
Pagi-pagi bangun hari ni…aku cube gagah kan kaki untuk berjogging…tapi kemalasan menguasai diri….aku cume memanaskan badan di dalam bilik dan membuat aktiviti berpeluh diluar……kenape aku malas?…..arini rase berat hati….or lebih senang aku rase susah hati hari ni….kenape?….biar lah….tak mahu aku memberitahu nya…cuma ingin meluahkan perasaan berat dalam hati ni di blog usang yang lagi bersawang ni….
hurmm….asik mengeluh aku….tak elok mengeluh tapi ia terjadi secara otmatik bila aku mengenangkan perasaan berat ni….kalau nak di bandingkan dengan berat badan aku….berat lagi apa yang ditanggung dalam hati ni….ohh!!…mahu saja aku start moto dan pergi ke tepi pantai….tapi panggilan kerja lebih memerlukan….so u have to focus man!!….sabtu ni ade program ipoh….alhamdulillah…ada juga aktiviti yang leh menghilangkan rasa berat dalam hati ni….
kamere…….orang kata aku ni culture shock….orang lain nak kamere aku pun nak kamere….huhu…untuk pengetahuan korang….aku berkecimpung dalam dunia kamera ni dah lama…cuma waktu tue aku takde DSLR…cuma kamera biasa yang mengunakan roll filem yang perlu di cuci di kedai gambar….lepas itu aku upgrade….adik aku membeli sebiji kamera digital lumix….6megapixel….dari situ aku mula belajar….aku mengumpul duit untuk mendapat kan sebiji DSLR….memang aku minat mengambil gambar….kire hampir separuh harddisk ini penuh ngan koleksi gambar aku sahaja…..kenapa aku suka amik gambar??…aku ada sebabnya….sebab bagi aku…manusia semua senang melupakan peristiwa yang ada….jadi aku ingin abadi kan semua semua peristiwa yang ada di sekelliling aku ini dengan gambar….aku rase selesa bila aku memegang kamere….hurmm….
rase berat hati ni belom pergi lagi…..
Raya 2011
Terpanggil aku utk menaip dlm blog ni pasal diorg ni….
Pertama….kenapa korang amik semua kucing tue kalo rase tak mampu nak jaga….?? geram aku melihat gambar2 kucing yg mati…kucing yg terseksa….dem!!…pasal duit…korang jd tamak….ni la pepatah org tua ckp…org tamak selalu rugi….
Kedua….korang org melayu yg beragama Islam kan?…..tapi kenapa korang berhatikan syaitan bernafsukan iblis….isk!!…aku menaip dgn perasaan geram sgt2…binatang itu tetap makhluk Allah juga…mereka pun ada nyawa…hargai laa….
tapi alhamdulillah ade juga manusia yg berhati mulia…terima kasih pada volunteers yg menyelamatkan kucing2 tersebut….aku dari jauh sentiasa support korang….ape2 info boleh lihat dlm facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan …..lets supports them!!…..if ade sekor kucing yg leh di adopt kan….saye nak seekor!!…..
Salam Aidilfitri untuk semua rakan-rakan…..moga hari yang mulia ini membawa seribu keberkatan dari Allah…..amin!!!
….chicken sup for me….
hehehe…moh jiwa jiwa skit arini….arereer….last week ago si dia dtg kesini cuti…so planning berjalan n bercuti sama….so aku pun amik cuti about seminggu…hohoho…cuti ngn org tersyg…aje…sonok2…yg paling sonok nye…aku request si dia masak…hohoh….sup ayam!!!!….
resepi dan bahan2 memasak….
ofcoz la ayam kene ade….mase aku beli ayam kat tasco…agak mahal…sebb ayam dia besar…ceh!!…ingat besar sbb byk daging tapi besar sebb byk lemak…so kengkawan…kalo bli ayam…xmo cari besar2 ekk…kecik2 sudah…besar…lemak aje yg byk…silap beli lak aritue…hehe…satu lagi…pagi2 je diorg leh potong..petang2 xmo potong..dem!…malas nye pemalas…
rempah ratus…mcm itu ini…errkk..daun tue….daun ni…errkk??…aku pun tak tau ape si dia beli…yg aku tau…rempah ratus laa…hahahaha….
bawang…bawang putih….halia….
gula….garam….lada sulah….
cara2 memasak….
mula2 panas kan periuk ngn minyak sedkit…..potong bawang halus2…dan goreng….aku tanye si dia…ape sai goreng bwg?…..nak wat bawang goreng la abg oii!!…haha..adess…ni la aku…yg tak penah masuk dapur masuk ke dapur….agak kelam kabut jgk la sebenarnye bila aku ade kat sane….sbb aku kelam…hahahaha….
pastu….angkat balik bawang yg telah di goreng tue tuk last toping last sekali….amik bawang, halia, bawang putih dan ape lagi dlm tue aku lupe yg telah di blend masuk ke dalam tuk di tumis….peh!!…bau tumisan tue menyebabkan aku bersin beberapa kali…tapi sedapp!!…opppss…jap jap…sebelum masuk bahan blend tue…tumis kan bawang dengan rempah ratus tue…hehe…dah rase cukup baek…baru masuk bahan blend….ok ok…(aku tak leh jadi chef ni)…
bila aroma tumis tue da naik…amik ayam yg telah dipotong 16, 15 atau 50 pun boleh…haha….masuk ke dalam periuk….tunggu sehingga ayam mengeluarkan pati….mase tue…leh la letak garam ke…gula ke jika tak cukup rase…errkk?..betul ke?….rase betul la step ni…haha….
tunggu punye tunggu….aku pun p beli air soya tuk di buat minuman….so step pastue aku tak tau….tapi aku tanye si dia…dia ckp…pastu bila dah kuar pati ayam tue…tambah air….masak kembali…selesai…masuk kan bawang yg di goreng tue…dan daun bawang….jeng jeng…siap!!…
rupe2 nye ayah aku yg sental dulu…yg best nye…siap tambah nasik dua kali tuee…hhoho…for ur info…my dad ni x penah mkn byk…paling byk pun mesti sepinggan nasik..itu pun nasik dlm tue separuh jee…tapi kali ni…dua kali…wow…mmg sedap!!…
aku plak…tanpa lengah….terus ke dapur….itadakimasu!!!…..peh!!!!….sedap sungguh!!…huhu…jd tercapai jgk la hajat aku nak merase masakan si dia…hehe…thanks sbb make my wish came true…tuk si dia…saya bg awak 10 bintang!!!…hahaha….
nota geli geleman: tak sabar nak kawin!!!……
Puase…lapar…mengantuk….
huhuhu…..mula nak ucap selamat bepose pada kawan2 yg membace ni…hehe..ade ke?…insyallah ade tue….huhu…bulan pose ni kemalasan melampau dtg mejelma di pintu hati ni..wow!..haha…aje…arerere…..ntah laa…aku x salah kan puase…salah kan diri sendiri kerana malas dan malas…..tapi yg aku heran nye….
bila di opiss je mesti mengatuk tahap gaban nyee….mcm2 perkare aku buat dah…lompat2…buat keje…sampaikan aku amik tugas amoi depan tue buang sampah semate2 untuk hilangkan ngantuk tahap gaban ni….akhir nye aku tewas dan satu opis dengar dengkur aku….arerere..hahaha…tak leh blah rase nyee…..ate mcm mane teman nak buang mengantuk ni….???
aku salah kan aircon!! tapi sebelum2 ni takdelak ngantuk tahap gaban…mengantuk tue ade la…tapi takde la tahap gaban z potong dua ni….arererere….bila duk n sandar skit kat kerusi..mata mesti layu bak teratai yg kering kat tasek aritue mase aku dating ngn si dia…ohhh!!..bahgia nye….haha…alamak…rindu la kat si dia…hope si dia tahu…aku rindu pada muu!!…ohhh!!…ok ok…xmo lari tajuk…arerere….
so….arini aku experiment…minum ali cafe plus++ sahur ni…untuk bagi tenaga agar tak mengantuk….moga menjadi laa….kalo tak jadi..sok aku experiment lagi dgn makan vitamin plak….arererer…maybe kurang vitamin dan tenaga kot…ummm…u need excersize la bro!!…ajee….
huh!….itu satu bab…bila da tertido…n terbangun…perut mesti mengeluarkan satu bunyi yg buat aku sakit hati…bukan kentut yek adik….arerere…tapi angin lapa…dem!…puase ni mcm2 dugaan kan…baru dugaan cam ni…huuu…ape2 moga experiment aku arini berjaya….gambate famy san!!!….hohhoo…arerer….
SELAMAT BERPUASE!!….xmo x pose yek!!!…
bila borak pasal mengantuk aku teringat peristiwa ni….hope kawan2 jgn drive bila ngantuk ok!!!….alhamdulillah aku ok exident ni…cume trauma sampai sekarang….huuuu!!!!!
Outing photo….
peh!!…bila kita dikelilingi dengan orang yg handal2….kite terasa kecik sekali…walaupun aku ni besar dan boncet…hahaha…arerer….
ooo….aku harini menghadirkan diri ke Botani eco Park untuk bersama otai2 photographers…jadi aku mengambil kesempatan untuk menambahkan ilmu di dada ni….hohoho….ni la 1st timer aku nak mem participate dalam group photo ni….huh!!…pengalaman yang sungguh berharga….tak boleh di beli dengan wang ringgit….arererer…
pagi2 lagi aku dah bersiap nak kesana….check sane sini..mane tau tertinggal barang ke ape ke….sampai disana…aku bertegur sapa…ramai dan meriah sekali….hohoh…yg aku paling segan…bila masih2 mengeluarkan kemere…adess…ni den paling lomah sekali ni….yola…den punyo cikai…yg otai2…peh!!!…siap ade tele…kemere mahal2…aku?….sekadar kaknon yang masih bergantung harap pada kit lens 18-55mm…adess…dengan muke yang tebal…aku mengeluarkan la….apa2 pun…kemere jgk kan kan kan….arereerere….
ape2…ni la hasil aku p tangkap gambo..lawa ke tak…ntah la…ni hasil kaknon dan sedikit editing dari aku….arerere…..pewit~~~!!!
hoho…aku menaip entri ni dalam bili baru aku yg telah di renovate….hohoho….nice nice….makin besar mengikut kebesaran perut aku ni…keh keh….arerere….
tapi hampir 2bulan jgk la aku merempat kat ruang tamu…da mcm bilik aku je aku buat kat depan tue….mak aku nak bising tak leh…sbb mane aku nak lepak selain dari ruang tamu…keh keh..sorry mum….cume mak bising bila tetamu nak dtg…aku kelam kabut la nak berkemas lappy…kamera la…selimut….bantal busuk aku….hahaha….ajee…arerere…
“org nak datang baru kelam kabut nak kemas…” mak bising…
“hhohohoho” aku balas dengan muke sekupang…
tapi alhamdulillah sekarang ni aku dah balik ke bilik aku….huhu…cume tak tau nak deco ape dlm ni…kosong je bile da besar ni…umm….nnt si dia nak dtg…maybe si dia ade idea nak deco ape…huhu…
arerere…agak lame jgk aku tak mengupdate entri dlm ni…asik membace entri org je…hehe..tapi update ke tak update ke..same je kan….blog aku ni kurang yg membace nye…aku je yg bace…so aku syok sendiri la…hahaha…arerere…ajee…..
kat kg aku sekarang ni musim durian…mmg byk dan belambak durian dtg ke rumah….huhu…tak payah nak bli pewangi umah..dah ade bau durian kat umah ni…letak ape saje pun kalah….hahaha…arerere….nak berterima kasih kat sepupu aku yg bersusah payah menghantar durian…awal pagi lak tue….huhu…
baek lah….aku nak try bilik air baru…hoho……daaaaa….
ni la keadaan bilik aku yg telah dipecah kan…hohohoh……
Car…dating…toilet…
Im sorry!…sorry sbb si dia sakit2 pun tepakse kuar ngn aku….1st plan nak ke strawberry park kat genting….but sampai2 je di sane jalan kene tutup sbb ade marathon basikal..adess…basikal tul diorg…baru plan2 nak shoot pic strawberry wit her…hehe…so we decided ke KL kembali…
“ Car dating la kite ekk “
“ i like “ aku menjawab….
MCD target kami…pekena GCB dulu baru plan nak kemane2…but mesti area yg ade toilet…huhu..cian my honey sbb sakit perut akibat salah makan semalam..so arini dating kene dekat2 ngn toilet…so easy if something happen…
last2 tasek titiwangsa arah kami….tapi hari nak mendung…so jenjalan x jauh pun…sekitar area pentas dan tepi tasek je….sbb si dia x bape sihat kan…so aku pun xmo la pakse2 sgt….lelepak sambil dgr ade band practis lagu…hujan pun turun….again…we car dating…huhu….
jam 5ptg…janji nak belanja si dia mkn kat Flamming…terus wat tempahan….huhu…org sakit perut pun ade selera mkn…hehehe…jgn marah…makan kat flamming mmg puas hati…25 inggit makan sampai lebam…adess..mmg lebam aku mkn aritue….puas sgt2…uhuhu….
thanks si dia sbb memahami…dan sanggup kuar even sakit2….sgt2 hargai…just hampa sbb 1st plan tue x menjadi….nvm…lain kali kite plan lagi….
hohoho…hati ku gumbiraaaa!!…arererere….
one of my picture snap kat titiwangsa…
Mahu tidak mahu….
tidak mahu tidak…
ia tetap akan berlaku..
ia tetap akan berjalan…
tapi…
aku tidak mahu…
tidak mahu berlaku sebalik nya….
apa?…
apa kau kata…biar la ia merubah revolusi…
biar dia merubah demokrasi….
cuma jgn la diubah jati bangsa dan agama…
aku tidak mahu…
bangsa, agama dan negara aku berubah kearah binasa…
berjalan lah….itu aku selesa…
tapi jgn la berjalan niat yg kasar…
pikirkan org sekitar…..
sekitar mahu selesa….
sekitar mahu aman jaya….
aman sentiasa…
itu yang aku mahu…
hohoho….pepagi buta ni aku plak x leh nak tido….huh…panas panasss…jd aku nak melalak kat blog ni kejap…..
……….buntu….
jum la tido kat sofa depan…..
nota: aku pun x tau nape aku masuk kan entri ni…lantak la…asalkan ade entri baru….arereeere…
Jom Hidupkan Gendang Silat
Aku dan rakan-rakan kini sedang wat satu projek yg sangat kami minat….projek Jom Hidupkan Gendang Silat…alhamdulillah setakat ini…pejalanan projek kami berjalan dengan lancar…
Pertama kami dijemput ke Kuala Lumpur untuk wat persembahan di kenduri guru yang mengahwinkan anak beliau….di kesempatan itu kami terus menyerang ke Central Market…peh!!….mmg terbaek!! aererere….penerimaan org pada musik gendang dan serunai mmg memberangsangkan…yg paling gempak…ade seorang warga emas berbangsa cina bertanya kan kami dari mana dan terus dia memuji musik gendang dan serunai kami….alhamdulillah…org luar dari budaya melayu juga memuji keasikkan musik gendang silat ini….hohoho…aku sebagai org amik gambo…ape lagi…snap sane sini laah….nak bergendang…keh keh….satu dua lagu tau la…bab lagu2 yg lain baek aku bg pada yg expert….huhu…
Kedua….teluk intan…di menara condong…huhu…kat situ…kami mcm artis pun ada…siap ade yg ingin bergambar…hooh…kembang idung…tapi ini yang kami mahu…bkn terkenal tapi memperkenalkan apa itu musik gendang silat….Pak Ting Duh Cak!!!
Teluk Intan
Kuala Lumpur