Semalam aku n the geng keje mendinner kat Syuen Hotel…arerer…ingat just makan biase2 di sane…peh!..sekali p ke restoran Fusion Taro…cam biase laa..keterujaan aku memuncak…arerere..makan beb…dah la sedap….plus plus plak tuee…mcm2 ade…huhu….restoran ni berkonsepkan ala2 jepun dan international….so ade sushi…tempayaki….ikan…nasik…pasta…pizza…mcm2 laa….hanya RM 49.90..boleh mkn sampai lebam..mmg lebam aku semalam melantak…haha….udah tak peduli semua org kat sane…sian waiter kene angkat byk pinggan kiteorg semalam…arerere….sorry ekk akak…nnt saye banje makan plak…huhu…ape2 cakp pun tak leh nak bygkan betape sedapnye makanan semalam….nah!!…tgk gambo ni…heheh….
Fusion Taro
Pasta wit chiken..terbaek!!
adik beradik sushi…dlm perut dah..haha!
Coconut!….arererer
ini yg terbaek….oysters perah limau…rase nak terbang je…huhu
Squid pizza!…walah!!….compliment to the chef…
Manggo puding wit chocolate cream…..arerer…
Aku yg rakus…nyaris tak tercekik..hahaha
we call him oysters killer….peh!…byk nye mkn….
kenyang tahap maxima….udah nak pengsan semalam…
huhu…
Bila bulan jatuh ke riba
Malam itu hati ku rasa sungguh runsing sekali. Mana tidaknya, umi dan ayah tiba-tiba bertanyakan soalan cepu emas “Bila lah kami ni boleh menerima menantu along?” . Tergamam sebentar aku, nak dijawab rase serba salah, tidak dijawab pula nanti dianggap anak berdosa. “Insyallah umi, ada jodoh kawin lah along ni” jawab aku serba ringkas. “Kami ni bukan nak memaksa kamu tapi pikirlah kamu sorang je lelaki dlm keluarga ni, nak juga kami melihat waris keturunan kami ni ada penyambungnya” pintas ayah. Adus, sampai ke keturunan pulak ayah mengungkit. Mungkin umi dan ayah sengaja membangkit kan perkara ini dan aku tidak salah kan mereka. Aku tahu mereka teringin benar melihat cucu kesayangan mereka bermain-main didlm halaman rumah. Berborak-borak dgn menantu sambil memotong bawang di dapur. Perbualan umi dan ayah siang tadi membuatkan aku teringat pada peristiwa setahun yg lalu. Peristiwa yang banyak merubah aku dan kehidupan aku.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam”
“Saya Farish” sambil salam mencium tangan orang tua yg dlm lingkungan umur 70an.
Lalu dijemput masuk dan terus duduk diatas tikar mengkuang yg sungguh cantik anyaman nya. “Maaf la Farish, umah pakcik ni baru siap , jadi sofa semua-semua ada di umah lama di seberang sana nun” terang orang tua tersebut. Aku menjawab hanya dgn senyuman disebbkan rasa gugup yg amat sangat. “Abah, ini la kawan yg nurul selalu cerita kan tu” menyebabkan muka aku yg mmg pucat bertukar warna. Aku lihat ayah nya terus memandang aku tajam dan tanpa berkelip-kelip mata. “Ya Allah, selamatkan hambamu ini” berdoa aku dalam hati kerana aku tahu orang tua dihadapan aku ini bukan sebarang orang. Guru silat di Kampung Jena yang pernah membunuh jepun dan komunis dgn tangan kosong walau musuh bersenjatakan senapang dan pistol.
“Pakcik dengar dari Nurul, kamu tahu bersilat”
“Errk, sikit-sikit pakcik” Tergagap-gagap aku menjawabnya. Peluh pula mencurah-curah dan aku lihat Nurul ketawa kecil disebalik tirai yg memisahkan antara dapur dan ruang tamu. Jangan diminta aku bersilat sudah, tidak mahu aku berdepan dgn Pak Da Silat. Aku mula terbayangkan kaki ku dikunci, tangan ku patah-patah dikerjakan Pak Da. Menelan air liur tiap kali aku membayangkan perkara-perkara demikian. “Nurul! Kamu ini takkan nak biarkan tetamu kita ini tercekik air liur, mana air kopinya?” arah Pak Da pada anak bongsunya. Nurul nama yg selalu jadi sebutan anak-anak muda Kampung Jena tetapi sungguh tidak aku sangka aku juga yg dpt berkawan dgn nya. Mana tidaknya ramai yg tidak berani berdepan dgn Pak Da. Nak patah tangan tu kacau lah anak dara dia.
“Pakcik tahu tujuaan kamu kemari, kamu nak minta izin berkawan ngn anak pakcik Nurul kan?”
“Benar pakcik, izinkan saya berkawan dgn Nurul dan kalau pakcik izinkan, saya mahu menghantar rombongan merisik dan meminang Nurul bulan hadapan” Aku terus memberitahu tujuan aku kemari.
“Isk-isk, gelojoh sungguh org muda sekarang ni” Terus Pak Da ketawa terbahak-bahak. “Tapi dengan syaratnya” Mukanya bertukar dari ketawa terus ke muka yang serius. “Esok malam pakcik buka gelanggang di sini, pakcik mahu kamu datang dengan pakaian silat, boleh?” soal Pak Da. Mahu tidak mahu aku terpaksa menyetujui syarat yg Pak Da kenakan.
“Abang suruh budak tu datang ke gelanggang buat apa, jangan abg buat yg bukan-bukan, saya tak mahu jadi macam anak Tuk Mamat dulu. Abang tendang perutnya sampai seminggu tak bangun” tiba-tiba suara Mak Da dtg dari depan rumah. Aku lihat dia membawa setandan pisang jd aku agak mungkin dia baru balik dari berkebun. “Takda la aku nak buat begitu, hanya sikit-sikit saja” jawab Pak Da. Jawapan yang buat aku semakin lemah semangat dan terketar-ketar lutut dibuatnya.
“Saya ini bukan handal pakcik, kalau setakat satu dua tumbuk dan melangkah tu saya tahu la” pujuk saya untuk Pak Da membatalkan hasratnya menyuruh saya ke gelanggang silat esok malam. “Yang itu la aku nak tgk tu, tumbuk dan langkah kamu” terus dia berdiri dan meloncat ke gelanggang depan rumah. Dibukanya tari selendang sambil dimasukkan buah pukul mersing. Memang serba handal org tua ini, aku mula resah dan makin resah. “Abang jangan la dilayan ayah tu sangat, makin dilayan makin dia suka” ujar Nurul. “Abis abang nak wat pe? Kalo tak sahut, tak kawin la kite sayang oit!”. Sambil menghirup air kopi yg sedap buatan Nurul, aku mula memikir dan mencari ilham. Petang harus juga aku berjumpa dengan tuk guru ku di Teluk Kam meminta sedikit pandangan dan nasihat.
Petang tersebut setelah selesai berjumpa kedua org tua Nurul iaitu Pak Da dan Mak Da, aku terus ke rumah Bapak Baharum tuk guru ku yg kian lama tak berjumpa. Sampai aku di rumah tuk guru ku tanpa berlengah aku terus cerita kan pada tuk guru ku kisah ku di rumah Pak Da Silat tetapi disambut dgn ketawa berdekah-dekah.
“Kamu seperti ingin tidur di kadang harimau”
“Saya tahu bapak tetapi ini soal jodoh saya, mahu tidak mahu saya tetap harungi” tegas saya.
“Begini, bagi bapak segala ilmu bapak telah bapak turun pada kamu selama 13 tahun kamu belajar dengan bapak, kamu bersedia untuk menghadapi segala rintangan. Sekarang hanya pada kamu saja yang pandai atau tidak membawa nya” terang Bapak Baharum. “Kalau begitu cakap bapak, baru tenang hati saya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan” abis saja aku berkata demikian tuk guru ku menyambung kembali ketawanya. Adus pelik sekali tuk guru ku ini. “Tapi ingat, apa sekali pun kamu ingin lakukan semuanya hendaklah bermula dgn niat hanya Allah dan untuk Allah” pesan terakhir tuk guruku sebelum aku melangkah keluar dari rumahnya.
“Bismillahirrahmannirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah Ya tuhan ku, aku bermohon pada Mu Ya Allah moga dipermudahkan segala urusan ku, diperlihatkan jalan penyelesaian dan moga aku menghadapi dengan tenang segala dugaan dari Mu Ya Allah. Aku mohon pada Mu melangkah ku esok hari dengan langkah hanya untuk Mu dan kerana Mu Ya Allah. Jika tidak dan bukan untuk ku, Engkau tabahkan hati ku dan kuatkan semangat ku. Amin Ya Rabbalalamin”
Doaku setelah selesai menunaikan solat hajat. Aku tahu esok malam, mahu tidak mahu aku kena hadapi nya juga. “Umi, tahukan along esok nak ke gelanggang Pak Da” melihat umi yang juga bangun awal untuk menyiapkan kuih jualan pagi di hujung kampung. “Tahu, Nurul petang tadi datang ke rumah cari kamu tapi kamu takda jadi dia cerita kan pada umi semua” Tetapi riak muka umi tidak berubah satu pun, tetap tenang seperti biasa. Tidak risau ke pada anak nya nak berjuang malam esok. Aku mula kembali resah.
“Keturunan Panglima Ali takkan resah hanya dengan masalah sekecil ini”
“Umi cakap benda ini kecil?” Soal aku.
“Yela, moyang kamu dulu berjuang untuk sebidang tanah, untuk menegakkan kebenaran. Kamu hanya nak merebut anak dara orang, tidak kah kecil masalah kamu ini”
Aku tergamam, ada benar kata ibu. Mahu aku tidak hadir ke gelanggang Pak Da malam nanti.
“Keturunan Panglima Ali bila sudah menyahut cabaran tidak kan melangkah kebelakang” tiba-tiba ibu ku bersuara dari dapur seperti tahu apa kata hati ku tadi.
“Umi kamu tu kalau pasal cerita moyang kamu tak mahu kalah, mesti mahu menang saja” tiba-tiba ayah muncul dari ruang tamu. Rupanya baru balik dari masjid menunaikan solat subuh. Dalam menghilangkan resah, aku menolong umi di dapur. Alhamdulillah hari ini aku bercuti jadi bolehlah aku rehatkan dan tumpukan perhatian untuk malam nanti.
“Abg!!!” jerit Nurul.
Bersambung…..
Jika bulan jatuh ke riba…
bagai hati mahu menari…
bagai kaki mahu berlari…
tidak akan pandang kanan ke kiri…
Jika bulan jatuh ke riba…
senyum tawa sentiasa terbit…
sampai tidur mimpi di ulit…
tiada kecewa tiada sakit..
Jika bulan jatuh ke riba..
semua nya hanya angan belaka..
hadapi kenyataan dgn sedia..
langit cerah tak selalu ada…
tapi sentiasa ingat pada Nya..
Jika bulan jatuh ke riba..
ehe….disbbkan aku koje mengadap benda ni hari2….nak la kongsi2 ngn kawan2….kalo yg da tau tue…wat tak reti je la ekk..kalo tak tau tue..meh meh…mari mengenal isi komputer….arerere…..kebetulan rakan aku ade bertanyekan pasal komputer die….so cik nurrul ain…leh la tgk2 ekk..hehehe….
so dlm computer mesti ade barang2 basic ni…kalo takde mesti tak fungsi…ape die???
- Processor
- RAM atau “Random Access Memory”
- MainBoard atau sesetengah org panggil MotherBoard
- Hard Disk singkatan HDD
hehe…..Processor
hah…ni dia pakcik processor….die ni mcm jantung komputer ni laa…sekarang ni da mcm2 jenis processor…dari celeron M, adik beradik pentium….dual core….core 2 duo dan yg latest ni adik beradik core i…..adess..pening2….itu baru Intel nye product…blum AMD lagi…lain kali cerita…huhu….
kipas processor
kene ada ini..kalo tak meletup!!!…hehe…takde laa..processor akan cepat panas..jd memerlukan heat sink ini utk menyejukkan nya….
areerere….RAM
hah…yg ini dipanggil makcik RAM….ia menyimpan sementara informasi yg akan dipaparkan oleh monitor…paham??…x paham ekk…ok ok..aku terang kan secare ringkas….jika kite clik mane2 applications dlm komputer kita seperti word ke…photoshop ke…ape ke…die akan melalui RAM dan baru ke Processor…jdi pakcik processor ni baru la bg perintah kat mane2 component yg lain tuk membuka applications yg korang clik tue….tetapi dlm proses utk mebuka barang korang clik tue…perlu kembali ke RAM… kerana RAM yg menentukan masa utk open atau close nya application itu dan menyimpan sementara memory pada monitor….cuba korang buka sebanyak mana windows yg ada…dah korang boleh lihat..makin lama makin lembab dan kadang komputer korang terus “hang” kan…itu bergantung pada RAM korang yg ada…kalo kecik RAM..maka agak lembab la korang nye perjalanan komputer….kalo besar…maka laju dan berjalan lancar la…so makcik RAM mmg penting…kene la syg dia lebih ok….
huhu….MainBoard
Adik mainBoard ni la yg korang kene ada….kerana mainboard ni la nnt korang akan letak kan processor…RAM…..Graphic Card….Hard Disk….mainboard ni umpama satu bandar kecik yg menghubungkan semua komponen dlm die….lalu lintas data semuanya diatur oleh motherboard, mulai dari harddisk, CD-ROM, keyboard, mouse, scanner atau printer untuk mencetak…
aererere…HDD atau HardDIsk…
kakak hard disk ni la tempat korang menyimpan data2 dan aplikasi….umpama otak kesemua data akan di simpan didalam harddisk…benda ini cukup penting dlm segi penjagaan nya…kerana jika hard disk ni di jangkiti virus….berkemungkinan data didlm nya akan hilang….jgn terjatuh….jgn baling mcm bola lisut….heheh….ape2…yg penting…kalo boleh jgn la ubah2 pc korang selalu…hehe…
ape ade dlm mainBoard?
Processor slot….
RAM slot…
PCI slot..
IDE slot
SATA slot
haa….IDE dan SATA ini adalah tuk Hard disk….ekk apesai ade dua jenis….hehe…ye ye ye…harddisk sekarang ni ade dua jenis…satu jenis mengunakan IDE cable dan satu mengunakan SATA….contoh dibawah ni…
IDE
haa..ni la IDE HDD….die mengunakan cable IDE…cam ribbon tue..hehe…ade paham..jenis ini selalu terdapat dlm komputer2 lama….
SATA
jenis komputer2 baru sekarang ni byk mengunakan SATA…yg warne merah tue SATA cable…hehe..kecik je kan….ade paham??….
so ni la penerangan serba ringkas dari aku…hahah..amcam?..ok ke??….arerere
arerere…1st time ni masuk petandingan…arerer….leh ke??…kite cube je..kalo dpt rezeki…arerere
a) kene la pollow tuan punye blog ni…arerererere
b) buat entri Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway .. pastu link ke blog dia.
c) letak poster contest kat entri dan sidebar....
d) Tag 4 orang….mangsa tag…sape la ekk…huhu….dah la aku ni takde la ramai yg mepollow…
e) Tinggal link entri anda kat entri tuan punye blog…umm…nak tulis besar2 nnt…baru die pasan…n bg hadiah…hahaha….
umm….so pasni aku nak cari mangse….huhu..ape2 kalo rezeki diorg…dpt pendrive…huhu….
hadiah die!!!!
meh2…..
tag:
NIK = pengunjung blog ni….umm…die singgah…so kene la tag..arerere……
Prince Dugong = huu…die punye name je dah menyebabkan aku tag die…arerere
ShahJihan = arerer….aku tag lagi sepupu aku ni….sbb die duk blaja..so leh la guna simpan document kee..arerere….
Krole = mamat yg suke terbang….apesai terbang…kene tanye die…huhu