Penantian bagi sesetengah orang cukup menyiksakan dan kadang-kadang pada yang tidak sabar mungkin akan mengambil langkah mengundur diri….
Lagi menanti satu jawapan yang mungkin dapat merubah hidup dan masa depan seseorang itu….keluhan sudah pasti akan keluar bila mengenangkan jam, minit dan saat berlalu….apa maksud sabar?…..
“ S A B A R ”
aku pun tak tahu dan tidak faham apa maksud sebenar sabar….cuma yang aku tahu…terima…redha dan tawakal….mungkin bagi sesetengah orang sabar itu lain pengertiannya….lagi-lagi masa yang mendatang ini…perlu banyak sabar digunakan dalam menempuh kehidupan seharian….
berbalik pada diri aku….aku dulu bukan nya seorang yang sabar…cepat panas bak orang kata….tapi alhamdulillah…usia semakin meningkat ini…aku mula mengenal sabar dalam hati aku ini…walau sedikit demi sedikit cukup bagus untuk diri aku….tapi sabar ini memerlukan satu jiwa yang kuat…jiwa yang boleh menangung segala perit…pedih…berdarah…sakit yang amat sangat…
“ J I W A ”
Apa itu jiwa?….ohh…seperti profesor aku kali ini ingin merungkaikan segala perkataan yang ada….haha…tapi lantak lah..asalkan aku gembira…hurmm…jiwa bagi aku satu tempat dalam diri yang mempunyai pelbagai rasa…pelbagai entiti dan juga pelbagai nafsu….jiwa yang tidak dikawal dengan iman dan akal….akan menjadi jiwa yang sesat dalam nafsu nya sendiri…
aku?…adakah jiwa didalam diri aku ini jiwa yang kuat?…hurm?!!…entah la..kadang-kadang aku sendiri tidak pasti apa yang ada dalam hati aku…mungkin ada seekor kyubi berekor sembilan yang mempunyai carka yang amat dasyat terkunci dalam jiwa aku ni…peh!!…sudah masuk cerita naruto pula….hahahaha…..merepek!!!….tetapi yang aku tahu…tanpa jiwa ini…mungkin aku sekarang seperti orang tidak waras tanpa arah tujuan….
“ J A W A P A N ”
itu yang aku nantikan dengan sabar didalam jiwa aku ini….
“ Ya Allah….pada Mu aku serah segalanya…tawakal ku…jiwa ku..semua milik Mu dan ku serah kan pada Mu ”
0 comments:
Post a Comment