Keserongan masa tidur aku kini agak bermasalah…aku cuba untuk tidur awal akan tetapi aku masih dihantui peristiwa hari itu yang mana aku mencetuskan rase emosi yang tak terduga…meletus meletup…biar lah…let it be…things happen!…
Nguapan panjang….tetapi mata masih segar bugar…terlalu banyak aku memikirkan sesuatu…cuma kurang jelas butir kerana ia bercampur baur dengan rona kehidupan seharian ku…
Cuma kali ini masa minggu aku terisi dengan sesi “outing” Gempak yang di cipta khas leh komiti lensa Perak…alhamdulillah segala input aku terima dan simpan sebagai rujukan masa…aku cuba bandingkan kerja tangan aku dengan sifu sifu…memang jauh beza nya…aku perlu mengasah lagi kemahiran melihat menafsir dan menghayati hasil kerja tangan aku…
Ucapan terima kasih kepada “talent” yang sudi memberi satu kerjasama pada aku yang hanya boleh dipanggil “newbie” dalam kerjaya lensa ini…banyak lagi ruang dan peluang perlu aku sendiri perbaiki…cuma sekarang kekangan masa dan modal memaksa aku sedikit undur dalam memperjuangkan kerja separuh masa aku ini…insyallah dengan izin Allah…aku akan mencari jalan terbaik untuk diri aku…
Reading…melompat aku pada coretan si dia…kesian si dia kini sibuk pada tugasan baru..banyak benda yang perlu si dia kejar kan…nevermind dear…you can do it!!…aku di sini sentiasa memberi sokongan dan dorongan…berserta doa…insyallah…memahami apa yang berlaku…( jika hati ini boleh di “print”)
Ber Fb….tiba tiba satu wall stat terpacul di depan mata….mari tidur…
0 comments:
Post a Comment