Gigil kesejukkan pengemis itu,
baju yang nipis sebagai perisai menahan angin malam,
gigil terus mengigil tetapi tetap menadah tangan demi secubit alas perut,
bunyi perut seakan tidak memahami keadaan,
bunyi terus berbunyi tetapi tetap menadah demi secubit nafas esok hari,
bergurindam nada lagu keluar demi hiburan laluan ramai,
bergurindam agar tadahan tangan di isi walau sekupang,
ada melihat berlalu sahaja
ada melihat mengambil gambar
ada melihat membuat muka
ada melihat berpaling jauh
ada melihat tanda simpati
tadah di isi pengemis menunjuk lega
meraba tangan mengharap nilai
perut bunyi terus berbunyi
pabila selesai pengemis terus beredar
hati melangkah moga tidak kecundang tersepak tangga yang agak curam
siang atau malam tidak mambawa makna kerana pancaindera telah tiada
mengikut langkah tiada berpeta…pengemis buta di hujung tangga…
0 comments:
Post a Comment