Selangkah jauh…

Dalam keheningan dan kesuraman tempat kerja aku ini…aku termenung mengenangkan apa yang terjadi di dalam beberapa bulan ini…kebanyakan nya meruntuhkan jiwa dan semangat aku…tapi itu lah…bukan hidup nama nya tanpa dugaan dari Allah…Dia Maha Mengetahui dari kita…

Cuma perkhabaran yang aku dengar dalam beberapa hari lepas menyebabkan aku rasa begitu jauh dengan seseorang…nampaknya benar dia nekad…aku cuba dan usaha tapi benar kata orang…jika hati sudah nekad…ribut taufan pun tidak akan mengoyangkan hati tersebut…aku cuba redha walau dalam masa yang sama aku juga tidak dapat menerima perkhabaran tersebut…

Selangkah…dalam keadaan begini aku buntu…mahu diluahkan pada siapa akan mendengar…fobia yang dulu masih belum hilang bila aku cuba berkongsi masalah tetapi dianggap pembawa masalah dan dipulaukan…kadang kadang mengeluh lebih baik rasanya…

Jauh….dalam masa yang sama aku di sms oleh sorang rakan yang lama tidak dengar berita…berita sedih jua dari dia…aku tumpang simpati…tapi aku tahu rakan aku ini sudah kuat tidak seperti dahulu…sering mendengar tangis dan rasa sedih…tabah yek rakan…apa yang dijanjikan oleh Allah sangat pasti…cuma kita sabar…insyallah ada bahagian untuk kita nanti…amin!!!

Doa…itu sebaik nya…

Perubahan…kadang kadang perubahan yang kita buat tidak digemari oleh orang lain…aku bukan alim tapi aku cuba berubah kearah yang lebih baik…suka atau tidak hanya Allah saja yang boleh menilai di akhirat nanti…dosa atau pahala pada Allah kita serahkan..

0 comments: