Tajuk : Tangis
Tangis…
Ija cuba menahan air mata tetapi ia tetap berguguran bersama esak suara yang sayu di sudut katil. Membaca tulisan blog pemuda bernama Kai menyebabkan hatinya begitu terguris. Terguris kerana pemuda itu rupanya mencintai orang lain bukan diri nya. Ija cuba menenangkan perasaan nya dengan mendengar lagu-lagu rancak akan tetapi hati nya begitu pedih sehingga lagu-lagi itu bertukar menjadi satu nada sayu di telinga nya.
‘Ibu, Ija sedih, Ija mahu ibu sekarang” tangis Ija.
Tetapi Ija sedar ibu nya sudah lama tiada di sisi. Pergi menghadap Ilahi setahun yang dulu akibat kemalangan yang juga meragut ayah dan kedua adik-adik nya. Cuma kini Ija bertemankan tangis dan perasaan hiba di hati.
Ija terus ke bersiap untuk keluar. Bagi nya mungkin ada cebis kegembiraan di luar sana dan mungkin dia menemui ketenangan yang dicari selama ini. Langkah longlai di persembahkan di kaki lima, Ija cuba menapak mencari ketenangan.
Rupanya langkah longlai itu berjalan jauh hingga ke tepian tasik yang diterangi lampu sorot jalanan. Tasik Titiwangsa, terimbau kenangan indah Ija dan pemuda bernama Kai. Gurau senda, gelak ketawa di tepian tasik seperti tabir wayang yang bermain semula di mata Ija. Ija cuba senyum dengan kenangan itu, cuba mengambil perasaan gembira itu tetapi hiba nya tetap kuat. Pedih nya tetap terasa kerana selama ini Ija hanya berangan bercinta bukan nya kenyataan.
Terlunjur Ija di tepian tasik itu menitikkan air mata. Ija pasrah kerana cintanya tidak berbalas. Ija terus membuka Samsung Wonder nya mencari lagu yang menjadi kegemaran halwa telinga. Ija bersandar di kerusi di tepian tasik itu mendengar lagu.
Dalam mendengar, Ija terkenang pesan ibu
“Ija, sedih, kecewa dan hiba itu sebahagian dari hidup kita. Jika Ija bertembung dengan mereka, ingat Ija punya tempat mengadu walau ibu mungkin tiada nanti tetapi Allah tetap berada di sisi Ija. Berdoa lah Ija, mengadu kepada Nya. In Shaa Allah Ija akan tenang”
Ija terus tersenyum, seperti ada satu kekuatan baru yang muncul di sanubari. Mungkin pesan ibu memberi semangat kepada Ija. Di tutupnya lagu terus Ija menapak kembali ke arah rumah tetapi kali ini dengan langkah nya laju. Terasa rindu kepada sejadah yang terlipat di sangkutan.
Malam itu Ija berdoa….
0 comments:
Post a Comment