Jom menulis…ada mood sikit untuk menulis cerita cerita…semalam aku ke Kuala Lumpur jadi dalam perjalanan aku kesana aku ter idea menulis cerita…(Walau tidak menarik sebenarnya)
Tajuk: Satu hari Di Kuala Lumpur
Aku melihat jam tangan ku yang berjenama Swatch Black menandakan sudah pukul 8 pagi tepat. Walau letih menempuh masa selama 2 jam 20 minit di dalam keretapi tetapi semangat aku sungguh membara. Membara untuk bertemu seseorang. Seseorang yang aku sudah lama tidak berada disisinya sambil menatap indah wajah.
RM2.30
Tatap monitor menunjukkan harga token LRT ke Taman Melati.
Lama tidak ke Kuala Lumpur ini sedikit kekok aku rasakan. Cangung bila aku menaiki LRT, mana tidak nya aku terhuyung hayang bila LRT mula bergerak.
“KLCC! KLCC!” suara lunak keluar dari corong speaker.
Terkenang aku bila berjimba jimba bersama rakan waktu belajar dahulu. Hujung minggu mesti ke KLCC melepak melepaskan tekanan belajar. Teringat aku pada Wan, Uncle, arwah Panjang, Wok dan senior paling comel Sid.
Paling tidak kami akan ke Low Yatt mencari gadget yang pada ketika itu agak mahal tidak seperti sekarang harga yang agak murah.
Ok. Selesai bab terkenang mengenang. Aku sampai di stesen LRT Taman Melati lebih kurang pukul 8.35 pagi. Terus aku membeli sebotol air minerel dan roti perisa vanila buat pelapis perut yang berkeroncong dari tadi lagi. Sambil mengunyap nguyap aku melabuhkan punggung ke tempat ruangan menunggu di bawah. Aku tahu dia akan lewat akibat kerja semalaman. Timbul rasa bersalah di benak.
Susuk kereta berwarna oren masuk dari simpang, aku mula mengorak senyuman. Akhirnya dia dapat aku temui dan dekati. Buka pintu kereta aku disinggahi dengan senyum ayu dari nya. Terpesona aku seketika. Lama benar tidak melihat senyum itu. Senyum yang mampu menewaskan aku dan menyebabkan aku terbuai di dalam arus angin mimpi.
Membuka bicara aku cuba bertanya khabar berita dan bercerita tentang kehidupan seharian. Terus ke tempat makan untuk kami bersantap bersama di salah sebuah komplek membeli belah di Wangsa Maju. Sebenarnya aku banyak perkara ingin dibualkan tetapi kadang lidah ku terkunci untuk berbicara. Aku tahu dia menyembunyikan rasa letih dan penat dari aku dengan selalu senyum bila aku memandangnya. Maafkan aku sekali lagi.
“Nak kemana?” dia bersuara
“Entah?” sambil aku mebuat isyarat bahu
“Karaoke?”
“Jom!” aku beria
Dari lagu ke sebuah lagu aku dan dia menyanyi. Aku seperti biasa lah, dengan bebekalkan vokal sumbang mambang menyumbangkan lagi semua lagu lagu yang ada.
Dia…
Mula perkenalan aku dahulu memang aku sudah di beritahu dia mempunyai suara lunak dan merdu. Bila ada dinner mesti nama nya akan naik untuk mempersembahkan sebuah dua lagu dan ini kali ketiga aku mendengar merdu suara nya. Mungkin dia tidak perasan, bila dia menyanyi aku akan memerhati setiap mimik laku muka nya.
Titiwangsa…
Mahu tidur katanya, terus mencari letak kereta. Kesian dia, matanya merah kerana letih. Disorong kerusi ke bawah terus melelapkan mata. Aku pula duduk sebelah cuba tidak membuat sebarang bunyi yang boleh menganggu nya. Jam pada kadar itu sudah pukul 5petang. Comel itu perasaan pertama yang muncul bila melihat dia tertidur kepenatan. Membuat aku rasa jatuh cinta ke seribu seratus kali kepadanya.
Dalam masa yang sama aku berdoa,
“Ya Allah, jika benar dia adalah jodoh ku tetapkan hatinya dan tetapkan hati ku untuk masa masa yang akan datang, tetapkan jua hati kami bila menempuh segala dugaan Mu Ya Allah. Mohon pada Mu dan aku redha atas ketentuan yang diberi oleh Mu kepada ku”
Aaaminn!
Tiket balik ku pukul 10 malam. Lepas makan malam bersama, aku dan dia terus ke KL Sentral. Berat hati sebenarnya untuk berpisah dengan dia. Belum puas rasanya melepas rindu dihati ini akan tetapi aku mempunyai tangungjawab di sini. Kerja dan keluarga. Terima kasih pada dia kerana membuat aku gembira dan bahagia walau pun satu hari di Kuala Lumpur ini.
Walau jauh memisahkan tetapi ingatan tetap mendekatkan, Kasih mengeratkan, Sayang menguatkan. In Sya Allah ketemuan yang sekali lagi kita akan bertemu, di izinkan Allah akan aku petik hati mu, moga ia berkekalan hingga ke syurga Allah. Doa ku moga dia sentiasa bahagia dan gembira.
- Tamat-
1 comments:
MCM XCERIA TP SEDIH JER... :)
#BUAT2CERIAKER??
Post a Comment