13/2/13..The day I lost my father…

 

Pagi itu seperti biasa, salam cium tangan ibuku meminta restu moga diberkati permulaan hari. Ayah aku lihat sedang nyenyak tidur, tidak mahu aku menganggu lena nya. Jadi ku tatap sebentar wajah nya.

“Ayah penah tengok tak rokok elektronik tue?” aku bertanya

“Elok ke benda tue?” Ayah curiga

“Hahaha! Nanti along beli tuk ayah ok. Benda tu elok, don’t worry” aku tersenyum.

Teringat perbualan aku dan ayah pada minggu lepas, jadi terus aku sms ke Wan si penjual rokok elektronik bagi menempah. Harap ayah seronok dengan pemberian aku nanti.

Dalam memanaskan enjin kereta, hati aku sangat lah berat ingin ke tempat kerja. Tiba tiba henpon aku berbunyi, rupanya Izzi menghantar pesanan

“Papan bro!!”

Terus aku memacu ke kedai mee papan di pekan Batu Gajah. Dalam masa yang sama hati aku agak berat untuk kerja hari ini, entah mengapa. Tibanya aku di kedai, Izzi, Mirul, Jet dan Hairil sudah sedia menanti. Terus duduk dan berbual sambil menikmati keenakan mee papan yang di goreng Abg Ramli. Terlupa sebentar rasa tidak enak di dalam hati.

Kira pukul 12 tengahari aku dan rakan rakan bersurai. Melihat paras minyak agak kurang, terus aku ke stesen minyak yang menghala ke pusing. Senang untuk aku terus ke tempat kerja nanti. Setelah selesai, aku meneruskan perjalanan tetapi kali ini aku agak perlahan membawa kereta. Kepala dan hati agak berat untuk kesana cuma tangungjawab sebagai pekerja aku kena laksanankan juga.

Hp berbunyi, tertera nama adik ipar aku Bad.

“Along! Ayah accident! Teruk kat Botani”

Tiba tiba otak dan badan aku jadi kaku. Kereta hampir hilang kawalan. Tanpa berfikir aku terus berpatah balik dan menuju ke Botani. Otak mula berfikir perbagai kemungkinan. Mulut pula berdoa moga ayah tidak apa apa. Hati berdebar, sangat berdebar. Mata mula mengeluarkan air. Orang pertama aku call adalah Izzi.

“Bro! Tolong Bro! Ayah aku accident kat Botani”

Dalam hati aku terus berdoa dan berdoa moga ayah selamat. Di simpang Meranti Lapan kereta mula sesak. Aku terkandas dan cuba mecelah di antara kereta kereta. Dari jauh aku dapat melihat kereta ayah berada di sisi, Bomba dan JPA sudah ada di tempat kejadian.

“Angah!” Aku menjerit

Dalam pemikiran aku adik kedua aku terbabit sekali dalam kemalangan kerana dia sudah terduduk disisi kereta. Berlari aku ke arah kereta ayah, aku lihat Bomba dan JPA sedang mengeluarkan ayah dari kereta. Berdarah, aku mula menangis, aku mula geram, aku mula rasa takut. Pada masa itu pelbagai perasaan di hati mula timbul. Terus Izzi memeluk aku untuk menenangkan aku.

Aku melihat ayah tidak bernafas, aku melihat ayah berdarah telinga, aku melihat ayah terpejam matanya. Aku jadi kaku, otak tidak berfungsi sebentar.

“Ayah! Bangun ayah” berkata aku dalam hati.

Akan tetapi hati aku kuat mengatakan ayah sudah pergi menemui Ilahi. Aku cuba kuatkan hati kerana aku melihat mak dan adik sudah lemah menangis. Pihak JPA terus mengangkat ayah ke dalam ambulance dan membawa ke hospital.

Terasa lemah lutut untuk melangkah, aku gagah kan juga. Alhamdulillah, Izzi, Mirul dan Hairil ada membantu. Izzi terus membawa kereta aku ke balai Simpang Pulai untuk diletakkan di situ. Sambil aku menumpang kereta Hairil. Dalam perjalanan ke hospital, aku sempat menelepon beberapa saudara dekat untuk memberitahu ayah kemalangan.

Di hospital, mak, angah dan Bad sudah berada di wad kecemasan. Dalam menunggu doktor usaha menyelamatkan ayah.

“I’m sorry” Doktor memberitahu.

Aku terus memeluk mak, aku terus menahan air mata.

“When your dad came in here, he already no pulse. Kita sudah cuba everthing but yet God love him more. I’m sorry, his gone”

Mak hampir pitam, nasib baik aku memeluk mak. Terus aku papah mak keluar ke wad kecemasan. Tiba tiba terasa sesuatu dalam hati dan pemikiran aku. Otak mula ligat berfikir. Aku terus mengarahkan adik ipar aku membawa mak dan adik balik ke rumah. Bersiap dan memberitahu orang kampung.

Alhamdulillah, ada rakan ayah juga membantu menunggu di wad kecemasan, dia banyak memberi panduan dan nasihat untuk menguruskan jenazah ayah. Juga syukur Izzi, Mirul dan Hairil tidak berganjak membantu aku.

Aku sebenarnya takut untuk menatap jenazah. Waktu opah aku meninggal duni dulu, aku cukup takut untuk menatap lama lama. Akan tetapi jenazah ayah tidak sedikit pun aku takut.

Terbujur kaku ayah di depan mata aku di atas katil di bilik mayat. Kesan darah pada hidung dan telinga masih ada. Baju dan seluar ayah pun habis berdarah. Doktor waktu itu terus menerangkan aku sebab ayah tidak dapat diselamatkan. Ayah mengalami pendarahan pada otak yang sangat serius. Tulang rusuk ayah juga hancur akibat hentakan dari kemalangan. Organ dalaman ayah juga cedera. Kecederaan ayah memang serius. Akibat itu ayah banyak kehilangan darah.

Sayu hati bila aku memandikan jenazah ayah. Ingin aku menitis air mata tetapi aku ditenangkan oleh kakitangan hospital. Dari mandi aku terus membantu mengkafankan ayah. Muka ayah seperti sedang tidur. Tidur yang tidak akan bangun bangun lagi.

Maaf, along tidak sempat membalas jasa ayah semalam ini.

Doa moga ayah tenang bersama orang orang beriman dan ditempatkan di syurga. Aaaminn!. Aku cuba tabahkan hati demi mak dan adik adik. Alhamdulillah, aku mempunyai sahabat yang sentiasa di sisi membantu.

13022013035

4 comments:

Anonymous said...

i think the date is wrong..it's on my birthday 13feb..

Arzul said...

Banyak2 bersabar bro, yang pergi itu tetap pergi, marilah kita sama-sama membina Islam yang sempurna dalam diri kita supaya kita akan mengurangkan beban mereka disana kerana kita adalah salah satu harta yang ditinggalkan mereka didunia sementara ini. InsyaAllah.

Al-Fatihah buat ayah saudara Fahmi, semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Mohzam said...

Al-Fatihah buat ayah Fahmi, semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

ain said...

Gigil baca entri awak ni... pastinya awak memang kuat berdepan ngan situasi ni...kalau tak keberatan nanti, citerkan la cemana kejadian tu berlaku...