#fevergoaway

Demam…

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal[1]) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan .[2] Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.

Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal[1], biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.

Sumber WikiPedia Bahasa Melayu…

Panjang bebeno penerangan nye…haha…saje…mood demam ni kepala pun agak pusing disebabkan ubat yang berlebihan…haha…ting tong rase nye…

Walau aku demam aku gagah kan juga menolong ibu ku di kedai…cuma kerja siang aku ambil MC…sorry boss aku MC…hehe…mmg sudah musim kot…aku tengok ramai yang demam seperti aku juga…jadi aku tidak terkecuali dalam menyertai pesta musim demam ini.

Alhamdulillah…moga sembuh la cepat…rindu pula nak kerja…haha…adess..

Okies…jom tidur…rehat minda dan badan….

0 comments: