#JungleWar #anotherescape

Assalamualaikum…

Alhamdulillah berkesempatan bercuti dan lari dari kesibukan kerja. Dua hari di Kg Sungai Jahang. Pertama kali sampai di sana aku terpegun dengan kehijauan dan jernih sungai yang mengalir. Masa tu agak rasa jatuh cinta dengan ketenangan di sana.

IMG_20131109_150754

Menginap di Dimal Chalet agak selesa dengan bayaran hanya Rm20 seorang so agak berbaloi lah. Cikgu Hadi tuan empunya chalet sangat mesra dan terima kasih kerana melayan kerenah aku dan rakan rakan yang gila gila.

Hari pertama, Paintball aka junglewar memamg terbaek dan sangat sangat lah memenatkan. Lebam sini sana akibat ditembak memang berbaloi. Kelakar bila aku mula di starting point seekor biawak yang sangat besar meluru ke arah aku. Secara spontan aku melompat, menjerit terkejut terus jatuh tergolek bak nangka busuk. Waktu tu malu campur takut sebab terkejut melihat biawak bapak besar melintas.

Mula dengan perasaan debar, bila Marshall bunyi kan hon tanda mula. Meluru aku kedepan dengan nafas tercungap cungap. Tembak menembak berlaku. Aku menyorok di belakang pokok. Rakan yang lain cuba menaikkan bendera.

“Aku cover ko, naik bendera cepat!” aku jerit

dah macam komando bersara plak aku rasa. Tembakan bertalu talu supaya pihak sana tidak dapat membalas tembakan. Alhamdulillah 1st round pasukan aku menang. Rehat dalam 10 minit, sambung balik akan tetapi kami bertukar starting point jadi kali ini game lebih berhati hati dan lebih strategik. Aku cuba kehadapan memasuki semak yang tinggi. Terpikir juga kalo terjumpe biawak atau binatang berbisa. Disebabkan anderlin dan perasaan debar yang tinggi, otak tidak langsung terpikir. Bunyi tembakan bertalu talu kedengaran di seberang sana. Joi salah seorang pasukan aku mula kehadapan dengan pantas. Alhamdulillah aku di “backup” oleh Fitri dari belakang jadi aku mempunyai “spotter” yang membolehkan aku tahu kedudukan musuh dihadapan.

“Bro! Kat depan ada sorang” Fitri memberi isyarat.

Dengan badan yang besar ini aku agak pelahan mendekati, syukur ada pokok besar dihadapan memberi kelebihan pada aku dan membuat pihat sana tidak dapat menembak aku. Mula balas membalas tembakan. Berjaya menembak, sorang keluar. Aku cuba menjadi hero keluar tanpa berlindung dan akhirnya aku ditembak bertalu talu. Pedih!

“Out!” Aku jerit sambil mengangkat tangan

Pengalaman yang tidak akan aku lupa kan. Terima kasih kawan kawan.

IMG_20131109_150541IMG_20131110_210943

group

1 comments:

Tengkubutang said...

Haiii.. cakkk...
Done follow sini no. 55,
Jom follow me back.. salam kenal.. heee..

http://tengkubutang.blogspot.com/