Isnin…
Untuk aku permulaan hari yang agak sunyi dalam diri. Walau aku memasang radio dengan lagu lagu rancak tapi hati seperti melekat dengan rasa blues itu sendiri.
Kalau dapat mee papan di kedai Akak Misha ni pun best jugak. Grrrrrrrrrr….perut keluar bunyi keroncong. Terlupa aku sudah Ramadhan yang ke 6 hari ini. Blues sampai jadi blurr otak aku. Perjalanan ke Seri Iskandar agak jauh dan panjang kali ini. Mungkin aku membawa sekadar 60km/j. Blues kene relex. Blues kene cool. Blues la sangat kan. hahaha!.
So untuk hari isnin ni agak blues…jadi pilihan lagu pun kene blues…
Gary Moore - Still Got The Blues
The best song ever….layannn…
Seorang di kedai lagi la membuat mood blues aku meningkat dengan lagu Gary Moore ni penambah perisa aku untuk santai. Panas menyengat di luar. Alhamdulillah batuk dan selsema aku dah berkurangan cuma hari tu terpaksa ke hospital kerana asma teruk.
Monday Blues…
Bunyi tetikus menyonsong
arah ke satu paparan yang aku lama mengintai
intai untuk mendapat berita
duka gembira jikanya ia?
sambil hati tetap berdoa
Khabar gembira di bulan puasa
tertimbul senyum moga nya ia
Isnin
Hati santai bertongkat santai
melayan putar lagu di laman internet
mata terpejam menerawang jauh
hari isnin yang lambat berangkut jauh
0 comments:
Post a Comment