Semalam…
Dihadapan bank aku menghantar sebaris kata untuk si dia. Lama benar rasa kekok bila menaip perkataan “Abg” kepada nya. Tapi apakan daya mungkin perkataan itu tidak bermakna. Dalam berbalas kata dengan nya. Satu demi satu gambaran si dia menerjah ke rawan pikir. Aku hanya mampu menelan saja. Menjadi “stalker” setiap hari di ruang sosial nya, sentiasa aku berdoa kebahagian nya. Aku tau dia bahgia sekarang. Sedondon baju. Cantik pikir ku. Aku hanya mampu tersenyum.
Hari ini…
Seperti biasa, rangkuman kerja yang ada melalaikan aku untuk mengelamun. Aku harap lebih banyak kerja yang hadir agar rezeki ada untuk memajukan lagi syarikat ini. Amin!!! Kadang kala keluhan pasti keluar,untuk dan kerana apa. Aku pun tidak mengerti. Pernah waktu kecil aku cuba bermimpi aku lahir di keluarga yang kaya dan berada. Sentiasa tidak kesempitan wang dan hidup penuh kemewahan. Akan tetapi Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Merancang segalanya. Bersyukur aku apa yang ada sekarang. Moga rezeki aku bertambah lagi. Amin!!!
0 comments:
Post a Comment