Perasaan…
Tuesday, December 18, 2012 -
....,
belajo,
kumpulan cerpen pendek monster,
menarik di TikaCuma
-
10
comments
Tajuk:Perasaan (cerpen pendek)
…….
Tiada kata dan perkataan dapat menyatakan perasaan aku sebenarnya….
aku ingin menaip dan menghantar sesuatu kepadanya tetapi aku cuba tidak menganggunya kerana aku tahu dia bahagia disana…tetapi aku juga manusia…perasaan tetap perasaan…
Tempat jatuh lagi dikenang…
Hari ini DP nya berubah…aku seperti biasa akan menjadi peminat senyap…memerhati dan melihat…oh tuhan!! mengapa dia begitu comel…hati aku meruntun…sekadar butang “like”…hanya itu yang mampu aku nyatakan betapa aku rindu padanya…
mimpi…
Semalam aku cuba bermimpi dia…bermimpi indah dan senang...mahu bermimpi senyuman dan ketawa…dalam mimpi itu aku berjalan di tepi pantai…diteduh pohon kelapa nan rendang…berdua…memerhati laut dan jatuhan mentari diufuk…indah keadaan itu…aku puas mungkin begini…bermimpi indah dan senang…
realiti…
hari ini aku sedar…mimpi indah dan senang itu sekadar kudapan hati untuk tidak sakit dan pedih…tidak mengapa lah wahai hati…memiliki sesuatu itu perlu ada kebenaran yang Maha Esa…jika tidak diizinkan Nya…kita merancang banyak mana sekali pun ia tetap terlepas dari tangan kita…
doa..
usaha…DOA dan tawakal…perkataan yang selalu di sebut oleh cikgu masa aku di bangku sekolah…terima kasih cikgu…arwah opah juga selalu berpesan…solat itu wajib…dan selalu lah berdoa kepada Nya…rasa sedih…berdoa minta gembira…rasa bangga..doa supaya jgn riak…sentiasa berdoa opah berpesan…terima kasih opah…
Sudah pukul 6 petang…rutin biasa aku balik ke rumah bersedia untuk hari esok nya pula….
Tajuk : Tangis
Tangis…
Ija cuba menahan air mata tetapi ia tetap berguguran bersama esak suara yang sayu di sudut katil. Membaca tulisan blog pemuda bernama Kai menyebabkan hatinya begitu terguris. Terguris kerana pemuda itu rupanya mencintai orang lain bukan diri nya. Ija cuba menenangkan perasaan nya dengan mendengar lagu-lagu rancak akan tetapi hati nya begitu pedih sehingga lagu-lagi itu bertukar menjadi satu nada sayu di telinga nya.
‘Ibu, Ija sedih, Ija mahu ibu sekarang” tangis Ija.
Tetapi Ija sedar ibu nya sudah lama tiada di sisi. Pergi menghadap Ilahi setahun yang dulu akibat kemalangan yang juga meragut ayah dan kedua adik-adik nya. Cuma kini Ija bertemankan tangis dan perasaan hiba di hati.
Ija terus ke bersiap untuk keluar. Bagi nya mungkin ada cebis kegembiraan di luar sana dan mungkin dia menemui ketenangan yang dicari selama ini. Langkah longlai di persembahkan di kaki lima, Ija cuba menapak mencari ketenangan.
Rupanya langkah longlai itu berjalan jauh hingga ke tepian tasik yang diterangi lampu sorot jalanan. Tasik Titiwangsa, terimbau kenangan indah Ija dan pemuda bernama Kai. Gurau senda, gelak ketawa di tepian tasik seperti tabir wayang yang bermain semula di mata Ija. Ija cuba senyum dengan kenangan itu, cuba mengambil perasaan gembira itu tetapi hiba nya tetap kuat. Pedih nya tetap terasa kerana selama ini Ija hanya berangan bercinta bukan nya kenyataan.
Terlunjur Ija di tepian tasik itu menitikkan air mata. Ija pasrah kerana cintanya tidak berbalas. Ija terus membuka Samsung Wonder nya mencari lagu yang menjadi kegemaran halwa telinga. Ija bersandar di kerusi di tepian tasik itu mendengar lagu.
Dalam mendengar, Ija terkenang pesan ibu
“Ija, sedih, kecewa dan hiba itu sebahagian dari hidup kita. Jika Ija bertembung dengan mereka, ingat Ija punya tempat mengadu walau ibu mungkin tiada nanti tetapi Allah tetap berada di sisi Ija. Berdoa lah Ija, mengadu kepada Nya. In Shaa Allah Ija akan tenang”
Ija terus tersenyum, seperti ada satu kekuatan baru yang muncul di sanubari. Mungkin pesan ibu memberi semangat kepada Ija. Di tutupnya lagu terus Ija menapak kembali ke arah rumah tetapi kali ini dengan langkah nya laju. Terasa rindu kepada sejadah yang terlipat di sangkutan.
Malam itu Ija berdoa….
Huh…agak kelesuan aku hari ini…
Ya Allah…kemalasan yang melanda diri…hoo…tetapi aku gagah kan juga diri…makan ubat dan terus kerja…hari kenduri adik ku semakin hampir…macam macam nak prepare…semalam ke manjoi ke rumah mak sedara untuk mengambil gula…hampir terlelap akibat ubat demam yang aku telan sebelum itu…huuu…bahaya!!!…
Nampak nya aku sudah seminggu tidak ke sana…hohoho..mana tidak nya…4 hari kursus ditambahkan dengan demam dan sakit badan ini…membuat aku ponteng…In Shaa Allah aku akan cuba ke sana malam ini…
Rumah mula sesak dengan barang barang kenduri…mungkin esok khemah, kerusi dan meja akan sampai…ohh!…keletihan yang amat sudah terbayang di otak…
Bilik aku akan di jadikan bilik tetamu…alahai…aku nak tidur mana?…yang penting barang berharga kena simpan elok elok….huu…
esok nak survey daging kambing wat pangang malam tue…yoossh!!…
Aku rindu Si Dia…
Alhamdulillah…
cita cita aku dalam ingin menjadi wasit juri telah tercapai…4 hari berkampung di UPSI Tanjung Malim…peh!!…satu memori yang tidak akan aku lupa kan sampai bila bila…
Hari pertama…
830 pagi sampai tiba di UPSI…daftar dan terus ke Kolej Ungku Omar…macam biasa lah…taklimat dan sebagai nya…malam nya pula penerangan kursus…yang best nya kene hafal jurus regu sebanyak 100 langkah…peh!!!…ada 4 ujian…ujian Fitness…ujian Jurus…ujian Teori…dan Ujian “Aba-Aba” atau ujian di dalam gelanggang….
Hari kedua…
Macam biasa lah…aku mulai mengenal semua peserta…rakan sebilik nama Buncit…panggil Bun…haha..aku ingat aku sorang je la yang buncit kat situ…rupenya ade jgk rakan…haha…sebelah bilik ade Ustaz Saiful, Daus dan Cikgu Aat…semua nya sempoi…Ustaz Saiful mulanya nampak tegas…tetapi sama juga…otak gila gila…
Disebabkan aku dan yang lain lain tidak menghafal jurus regu…kami terpaksa tidur lewat hingga pukul 4 pagi…masing masing layu tetapi gagahkan juga untuk menghafal jurus…100 langkah ade 12 jurus…aku hanya menghafal sehingga jurus ke 7 sahaja…adesss…terima kasih pada buncit yang sudi bersengkang mata mengajar aku dan lain lain….
Hari ketiga…
Kelas diteruskan…banyak perkara yang aku belajar tentang undang undang wasif juri ini….alhamdulillah…tenaga pengajar memang aku kenal dari dulu lagi…Abg Tapa dan Abg Jobbar…juga terima kasih pada Cikgu Mus dari terengganu yang sudi mengajar…pada malam nya kami terus di uji dengan ujian teori dan jurus regu…walau dalam keadaan tak sedia 100%…tetapi kami redha…huuu…yang paling debar bila tiba giliran kumpulan kami untuk di uji…nasib baik Bun ade menyelamatkan keadaan…jadi aku hanya mengikut gerak jurus dari Bun…Alhamdulillah aku dapat menghabiskan 12 jurus….huu…Lepas habis ujian terus kami berjimba jimba…haha..MEMBE!!!…release tension…
Hari keempat…
Hari terakhir…sedih pun ada bila lepas kursus ni akan membawa diri ke tempat masing masing…sebelum habis…kami di uji cara pengendalian gelanggang…jadi aku buat yang terbaek moga aku lulus hendaknya…alhamdulillah walau di uji pelbagai situasi aku tetap tenang…walau kaki sebenarnya mengeletar…habis semua nya…tiba masa untuk penyampaian sijil…alhamdulillah aku LULUS dengan markah 78.9%…kira antara tertinggi juga la…pukul 5 petang..majlis pun selesai…aku, dukun, lan, leman, zam, hazim, bun dan bro awie singgah di tapah sebelum bergerak ke destinasi masing masing…
Ya anda…yg berkenaan…
sudikan anda membelanja saya yg sedang kelaparan ini..?
haha…repekan aku pada petang hari ahad ini…di ofis seperti biasa…hari ini menu kacang pangang dalam tin dan susu soya satu kotak…alhamdulillah kenyang…di opis meneman encek acap yang kesorangan…aku sebenarnya cuti arini akan disebabkan kebosanan melanda diri…aku gagah kan juga ke ofis…
huh!!!…badan mula tidak sakit sakit lagi…kira nya badan sudah menadaptasi program yang diberi…moga sasaran menjadi…amin!!!…harini di seri iskandar cerah dan tenang…walaupun abang disebelah ini berkarok…tetapi aku selesa mendengar nya…hilang sedikit sunyi di ofis…
Kedengaran disebelah nanti akan di buka Pizza…hohoho…terbaek!!..makan itu sudah pasti…nyum!!…dan teringat makan pizza bersama si dia…hurm!…miss you…
Sudut termenung jauh….
Harini aku melayan sakit sakit di badan…nak menangkat tangan untuk mengaru telinga pun terasa siksa nya….tetapi aku kene kuat kan semangat agar dapat mencapai sasaran aku….cuma hari ini aku ponteng kerana peristiwa semalam…peristiwa yang bagi aku rase sering berlaku di zaman sekarang ini…bialah…semoga selesai semua nya…terganggu waktu tidur aku…4.53 am sampai di rumah…
Harini aku berkerja seperti biasa…cuma hati sedikit kurang mood…ntah...banyak yang mahu dipikirkan…sampai diri pun tak terurus…serabai…huh!!!…balik nanti kene la bercukur…baru nampak kemas…
Tarikh bersanding adik perempuan ku semakin hampir…jadi semakin sibuk la aku di rumah membantu apa yang patut…cuma kesian pada ibu ku yang bertungkus lumus mengadakan semua nya….biasa lah..kenduri besar yang pertama di rumah….jadi ibu mahukan semuanya sempurna…
Hari dah mendung….
aku pun buntu…banyak perkara yang aku ingin tuliskan disini…tetapi bialah nanti…terasa berat jari ini ingin menulis di sudut blog yang ternyata bersawang….dan aku sangat merindui si dia…
Baru ini aku kehilangan seorang yang aku boleh katakan rapat seperti seorang ayah…seorang yang sentiasa memberi nasihat dan teguran pada aku…seorang yang aku sayang seperti keluarga sendiri…
Ayah Nun atau Zainul Abidin….
akan aku rindui dan ingati segala nasihat mu wahai ayah…Al Fatihah…Moga roh dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama para syuhada dan golongan beriman…
………………………………………………………………………………………………
si dia…juang ku masih lagi…belum lagi mengenal erti kalah…doa ku…
Just a plain day today…being alone at office make me sleepy…
Google…
FAceBook…
Blog…
Email...
Youtube…
and…
Termenung….
Just plain day with Black & White in my mind….hurm…i miss her…
Hari ini baru betul betul aku dapat membuka tenet…check web…email…Fb…blog dan blog si dia…email hanya notifikasi dari Fb dan tweet…blog macam biasa lah…bersawang dan tetap begitu…hanya pada ketika sahaja aku akan menupdate..itu pun kalo ada mood dan kerajinan…
si dia…
membaca blog nya baru aku sedar selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan mungkin…cerita pada blog nya berceritakan tentang kisah kisah dia memendam rasa pada seseorang sepastinya bukan aku…aku ber SS mungkin…sehingga hari ini aku masih mengelarkan si dia “sayang”…tapi baru aku perasaan si dia hanya mengunakan kata ganti diri “orang” bukan seperti dulu mengunakan “sayang”…
Kerana mungkin aku tengelam dalam perasaan dan dunia fantasi aku sendiri sehingga aku sendiri tidak nampak yang mana benar dan tidak benar…cuma bila tebaca blog nya aku tersentak dari fantasi aku…aku sendiri yang mengecewakan diri sendiri…
Kerja…
ada ketegangan antara aku dan majikan ku…mungkin kerana cara aku menegur salah pada tempat nya…hurm…akan tetapi teguran demi masa depan syarikat dan aku sendiri…aku sudah berumur 29tahun…mana lagi aku mahu pergi mencari kerja jika bukan disini…aku perjudikan seluruh nasib dan masa depan ku di tangan majikan ku yang baru ini…jikalau jatuh syarikat ini…aku bagaimana?...sekarang ini bukan mudah untuk mencari kerja yang stabil dan dapat menjamin masa depan…
Buntu…
Perjalanan aku kali ini tidak lah jauh mana pun….hanya beberapa kilometer dari rumah aku sahaja…cuma kali ini aku tidak mahu mengambil gambar orang….dari mata aku sendiri…ini lah kellies castle yang aku lihat….dari setiap sudut….dari setiap binaan….cuma aku tidak keatas….aku gayat…yes!!…aku ada fobia ketinggian…jadi..dari sudut ini sahaja lah aku melihat…
Hujan turun lagi….
Kali ini hujun turun lebat di sebelah pagi….awal pagi…seperti biasa…aku bangun dengan kemalasan yang ada bersiap sedia untuk ke Seri Iskandar…biasa lah hujan pagi pagi ni bikin suasana sejukkkk sekali….huuuuuu!!….
Aku memandu dengan pelahan…sambil mendengar alunan musik di radio…Fly FM….yup!..aku lebih suka kan radio berbahasa ingerris…bukan aku tidak mengiktiraf bahasa ibunda ku akan tetapi aku ingin menguasi bahasa kedua ini dengan lebih fasih dan cekap…
“Nasi Lemak…sambal tambah yek bang!”
Hujan hujan ni perkena nasi lemak mmg asik….tapi aku jamin nanti mata mesti kuyu bak beruang koala….hahaha….
“lapa punye pasal…sebat kan aje!!”
Sambil makan aku ber whatsapp dengan si dia…si dia hari ini kerja pagi…seperti biasa aku akan wish morning pada dia…hope si dia tahu setiap wish itu ku selitkan doa moga si dia selamat…bahagia dan sentiasa mengingati ku di sini….aaaminnn!!….
Kerja…
moga apa yang aku curah kan di sini berbaloi hendaknya…insyallah…
9hb oct….
Setahun lagi melangkah….Alhamdulillah…
Syukur di panjangkan lagi umurku untuk melihat kebesaran Allah…
…..Salam Hari Lahir!!….untuk ayahanda tercinta juga…pada hari esok kita sambut bersama ya ayah….
Esok…
Alhamdulillah….
Perkara pertama yang aku lafaskan pada hari pertama aku berkerja di Seri Iskandar ini…syukur pada Allah kerana memberi aku kerjaya yang dapat aku terap kan segala pengetahuan dan idea yang lama aku pendamkan….insyallah moga aku berjaya hendaknya di syarikat Ace Tech ini….terima kasih pada yeen sebab memberi peluang…akan aku usaha kan selagi mampu aku…
Hari Pertama…agak santai kerana aku belum 100% boleh menjalankan tugas sebenar aku….banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum aku keluar mencari peluang yang ada…bak kata orang…ingin memancing di laut dalam perlu ada kelengkapan yang lengkap….jika tidak..pulangan nya kosong…doa usaha tawakal…amin!
Gian….outing
Ahad lepas….aku dan yeen ke Gunung Lang untuk bersama outing dengan photographer yang lain…menimba ilmu dan mengenali satu sama lain….peh!!…sebenar nya itu la pertama kali aku melangkah masuk ke Gunung Lang….sangat cantik..dengan pemandangan gunung dan tasik…memukau….cuma pada hari itu…cuaca panas tidak berangin…
Ini lah beberapa keping gambar aku ambil sepanjang outing tersebut…
Rumah Sewa…
RM10 sehari minyak…Sebulan 30 hari = Rm300
hanya perbelanjaan minyak saja dah cecah Rm300…kira kira rumah sewa hanya mengeluarkan Rm150 sebulan…jadi aku dan yang lain bercadang mencari rumah sewa yang selesa….
Mulai minggu depan…aku akan jadi penduduk Seri Iskandar….yossh!!!….and that day is my Bday!!…hope can celebrate with you my dear sunshine….
Perak Art Festival outing….Perak Lens…
Terima kasih pada sifu sifu yang sudi mengajak ke outing kali ini….walau hujan event tetap dijalan kan…ok..telent di atas nama nya cikgu amy…orang yang sempoi…haha..asik gelak je ngan dia ni…lagi lagi aku berkobelarasi mengutuk yeen…haha..sorry la yeen…aku tidak sengaja..^_^…
She a teacher…dalam masa yang sama dia juga talent….
Selesai di sana…aku terus dengan yeen bercadang cadang pergi makan tenghari plus sarapan pagi….pusing demi pusing…akhirnya kitaorang pegi ke Aeon Station 18 untuk menyantap…KFC…jadi lah…asal kenyang…
Habis di sana…cadang nya mahu karok…tapi malang tidak berbau…tayar kereta kancil ku bocor di tengah jalan…
*gambar ehsan dari kamera yeen
Yang paling best nya….rupa nya tayar spare pun bocor….hahaha….terus rasa nak menari gangnam style…op op op oppa gangnam style!!!…jadi terpaksa lah menelepon encek izzi aka bulat datang membantu….dalam menunggu kedatangan beliau..aku dan yeen masing masing berkarok di tepi jalan bagi membantu penguna jalan raya supaya segar bugar dalam memandu….hahahah!!(tak dapat karok…kat tepi jalan pun jadi)….
Alhamdulillah…selesai semua…dengan kos RM115 kereta kancil comel ini telah bertukar tayar baru berjenama Dunlop….terima kasih juga pada encek bulat yang datang membantu…paling aku segan sekali bila dia menawarkan tayar spare secara percuma untuk aku…peh!!…mana nak dapat sahabat macam ni…langsung tidak berkira…terima kasih bro!!….
yeen…sudah tertido…kecian bakal boss aku ini…seharian bersama aku pergi sana sini…last last kene tolong aku tukar tayar pulak..sorry boss…hahaha….
Dalam keheningan dan kesuraman tempat kerja aku ini…aku termenung mengenangkan apa yang terjadi di dalam beberapa bulan ini…kebanyakan nya meruntuhkan jiwa dan semangat aku…tapi itu lah…bukan hidup nama nya tanpa dugaan dari Allah…Dia Maha Mengetahui dari kita…
Cuma perkhabaran yang aku dengar dalam beberapa hari lepas menyebabkan aku rasa begitu jauh dengan seseorang…nampaknya benar dia nekad…aku cuba dan usaha tapi benar kata orang…jika hati sudah nekad…ribut taufan pun tidak akan mengoyangkan hati tersebut…aku cuba redha walau dalam masa yang sama aku juga tidak dapat menerima perkhabaran tersebut…
Selangkah…dalam keadaan begini aku buntu…mahu diluahkan pada siapa akan mendengar…fobia yang dulu masih belum hilang bila aku cuba berkongsi masalah tetapi dianggap pembawa masalah dan dipulaukan…kadang kadang mengeluh lebih baik rasanya…
Jauh….dalam masa yang sama aku di sms oleh sorang rakan yang lama tidak dengar berita…berita sedih jua dari dia…aku tumpang simpati…tapi aku tahu rakan aku ini sudah kuat tidak seperti dahulu…sering mendengar tangis dan rasa sedih…tabah yek rakan…apa yang dijanjikan oleh Allah sangat pasti…cuma kita sabar…insyallah ada bahagian untuk kita nanti…amin!!!
Doa…itu sebaik nya…
Perubahan…kadang kadang perubahan yang kita buat tidak digemari oleh orang lain…aku bukan alim tapi aku cuba berubah kearah yang lebih baik…suka atau tidak hanya Allah saja yang boleh menilai di akhirat nanti…dosa atau pahala pada Allah kita serahkan..
Sunday…bright day…in the end raining…
Macam biasa…rutin di sini…melayan orang yang masuk ke kedai….jual…cakap cakap…taip taip…huuu…
Ok…duk dalam melayan kesibukan berkerja…sempat jua aku mengupdate blog yang tidak seberapa elok dibaca ni…bersyukur juga aku berkerja di hari ini…dapat juga aku menghilangkan perasaan yang tidak berapa enak di dalam hati ini…biasa lah…bila duk sendiri sendiri nanti mood jiwa jiwa akan keluar…hahaha…
Dalam sambil mengupdate blog terbaca aku blog seorang kawan yang sudah aku anggap seperti adik sendiri sebenarnya…dilema cinta..dilema keluarga…dilema dilema…bak kata orang…bukan hidup nama nya jika tiada dugaan…begitu lah dia yang dilanda dugaan yang Maha hebat pada ketika ini…tapi itu lah…setiap dugaan sebenarnya permulaan cerita gembira…insyallah…ada gembira disebalik semua itu bro!!!… just doa to Allah…Usaha Tawakal…
Kalau menjadi nelayan…
Kawan nya ribut…ombak nan gadang…
Kalau menjadi petani…
Kawan nya panas…haiwan perosak nya datang…
Kalau menjadi pemikir…
Kawan nya pening…masalah nan banyak…
Jadi di setiap kita semua nya akan ada datang dugaan dan yakin la dugaan datang bukan untuk menyeksa…cuma untuk menjadikan hidup kita lebih bermakna…
Aku…juga tak terlepas dari dugaan dari Yang Maha Esa…berguguran jua air mata aku menghadapi nya…tapi aku yakin dan redha atas ketentuan Nya…aku tidak cepat mengalah dan putus asa…yooossh!…
Budget hensem….haha…adessss
tapi aku tiada sayap…
aku mahu terbang…
tapi aku terlalu berat..
aku cuba terbang..
aku jatuh tersungkur…
aku cuba lagi..
akhirnya aku sedar…
terbang bukan perlu sayap..
hanya perlu cita dan usaha..
itu lah sayap nya…
ditambah doa dan tawakal pada Maha Esa…
terbang lah kemana pun…
aku mahu terbang…
Ini kali pertama aku dalam beberapa bulan permis di seri iskandar di buka…aku berkerja di sini…selalu nya aku duk melepak atau menyinggah saja…perasaan?…biasa saja cuma jauh dari pemerhatian boss…jadi aku bebas buat apa saja…tapi tidak yg bukan bukan lah…
Apa yg aku perhatikan di seri iskandar ini kebanyakan nya pelajar dari UITM…UTP dan kolej kolej sekitar nya…jd ramai lah budak budak muda di sini…jd mmg strategik jika membuka satu perniagaan yg menarik hati budak budak muda ini..
Alhamdulillah..kini ada nya ACE Tech di seri iskandar bertambah nya lagi satu pusat servis komputer di sini…
Ok..agak boring jgk duduk terperap di sudut kedai ni…naseb baek aku membawa buku utk di baca (apa??.buku??)…yup…kini aku sahabat setia buku buku…hahaha…tapi tumpuan buku yg aku baca bukan pada novel cinta tapi pada cerita cerita perjuangan…motivasi…islamik dan photografi…alhamdulillah…kini sudah beberapa buku aku baca…salah satu nye buku motivasi tulisan Ustaz Kazem…bertajuk Tuhan Sedang Menguji Kita…byk info dan kata kata motivasi di dlm nya…sgt sesuai utk pelajar dan orang dlm kebuntuan…
Kini aku sedang membaca buku bertajuk Kiyai Salleh tulisan Abdul Latip Talib….cerita berkisarkan kisah perjuangan pemimpin Selempang Merah di Johor pada zaman keganansan komunis…baru aku sedar dan paham apa rasa nya bila negara kita di jajah dan rasanya bila keluarga kita di tindas…
Bagi aku…aku sangat menghargai apa yang kita kecapi sekarang…keamanan dan kemakmuran…cuba bayang kan jika keadaan aman ini tiada…keganasan sana sini…mampu kah kita menghadapi nya?…kita bukan seperti pejuang dulu yang di bekalkan ilmu perang dan ilmu agama yang dalam…tepuk dada tanya lah iman…mahu kan apa yang ada sekarang ini hilang begitu saja…aku bukan lah memihak kepada mana mana…aku memihak kepada agama ku…agama Allah…agama Islam…terguris dan terhina agama Islam…aku sanggup mempertahankan nya…itu sumpah yg telah aku ambil sejak dari dulu lagi…
Ntah la…mana hilang nya jiwa sayang kan agama di kalangan kita…memperjuangkan perkara yang sia sa adalah…harap kita sedar…kita kini berdepan dengan musuh yg sgt halus dakyah nya…moga kita sedar….
Gigil kesejukkan pengemis itu,
baju yang nipis sebagai perisai menahan angin malam,
gigil terus mengigil tetapi tetap menadah tangan demi secubit alas perut,
bunyi perut seakan tidak memahami keadaan,
bunyi terus berbunyi tetapi tetap menadah demi secubit nafas esok hari,
bergurindam nada lagu keluar demi hiburan laluan ramai,
bergurindam agar tadahan tangan di isi walau sekupang,
ada melihat berlalu sahaja
ada melihat mengambil gambar
ada melihat membuat muka
ada melihat berpaling jauh
ada melihat tanda simpati
tadah di isi pengemis menunjuk lega
meraba tangan mengharap nilai
perut bunyi terus berbunyi
pabila selesai pengemis terus beredar
hati melangkah moga tidak kecundang tersepak tangga yang agak curam
siang atau malam tidak mambawa makna kerana pancaindera telah tiada
mengikut langkah tiada berpeta…pengemis buta di hujung tangga…
Alhamdulillah…bulan yang dinantikan telah tiba….jadi marilah kita perbanyakkan amalan yang dapat menjamin syurga di akhirat kelak…amin!….
aku baru sekarang dapat update entri untuk blog ini yang telah lama bersawang di ruangan alam maya ini….pertama kesibukkan kerja dan keletihan badan punca utama aku menjadi malas untuk mengupdate….lagipun blog ini hanya blog biasa…kedua…kejadian spamming dalam inbox email aku telah berjangkit ke blog menyebabkan blog aku mempublish perkataan yang merepek…dem!!…sabo je la…
ok…dalam beberapa ketika aku tidak mengupdate….banyak perkara telah terjadi di luar jangkaan aku….entah la…semua ini adalah dugaan dari Nya…aku redha….
25hb ogos ini adik kedua aku akan bernikah…wah!!..seronok dan teruja aku nak menunggu hari tersebut…yelah…kenduri besar pertama dalam keluarga aku…harap berjalan lancar…seperti biasa aku akan menjadi official photog untuk mereka…taniah along ucapkan pada angah dan bakal suami…hehe….
si dia…aku banyak bersalah pada si dia…aku sangat menyesal apa yang terjadi…harap di beri peluang agar diri ini dapat menebus segala kesalahan yang ada…tidak dapat aku jelaskan dalam perkataan betapa sesal nya aku…agak berapa lama deringan telefon tidak berbunyi menandakan msg dari si dia….aku paham…si dia sangat marah pada aku…tapi jangan lah terlalu lama….terseksa jiwa dan hati ini menunggu…terasa mahu kesana dan melutut di depan agar diri ini diterima semula…tapi aku risau akan membuat si dia marah…buntu sangat aku buntu di sini….
aku sentiasa berdoa….
Si dia…banyak yang aku kongsikan….alhamdulillah YBU sudah lulus…insyallah dalam masa terdekat akan dapat cek dari mereka…biarpun sedikit tapi dengan sedikit itu aku akan mula kan perniagaan aku sangat minat dari dulu….
aku baru saja menghantar resume kepada pihak hospital…diorang mahukan seorang tech comp…harap dapat job offer tersebut….amin!…
aku sudah seminggu kesakitan kaki…mc dua hari aku …kekejangan otot…doc kata sebab terlalu banyak kerja dan perlu kurang kan berat badan….huhu…alhamdulillah..dalam bulan ramadhan ni dah 4kg turun…
aku baru beli telefon…walau second tapi berbaloi…boleh whatsapp dengan viber…huhu…sekali leh check twiter…fbing…main game…waaa…macam budak kecil dapat cokolat rasanya…haha…1st time aku ada telefon canggih dalam tangan….hahaa…tapi kalau ber whatapps dan viber ngn si dia lagi seronok rasanya…hurm.. :(
Keserongan masa tidur aku kini agak bermasalah…aku cuba untuk tidur awal akan tetapi aku masih dihantui peristiwa hari itu yang mana aku mencetuskan rase emosi yang tak terduga…meletus meletup…biar lah…let it be…things happen!…
Nguapan panjang….tetapi mata masih segar bugar…terlalu banyak aku memikirkan sesuatu…cuma kurang jelas butir kerana ia bercampur baur dengan rona kehidupan seharian ku…
Cuma kali ini masa minggu aku terisi dengan sesi “outing” Gempak yang di cipta khas leh komiti lensa Perak…alhamdulillah segala input aku terima dan simpan sebagai rujukan masa…aku cuba bandingkan kerja tangan aku dengan sifu sifu…memang jauh beza nya…aku perlu mengasah lagi kemahiran melihat menafsir dan menghayati hasil kerja tangan aku…
Ucapan terima kasih kepada “talent” yang sudi memberi satu kerjasama pada aku yang hanya boleh dipanggil “newbie” dalam kerjaya lensa ini…banyak lagi ruang dan peluang perlu aku sendiri perbaiki…cuma sekarang kekangan masa dan modal memaksa aku sedikit undur dalam memperjuangkan kerja separuh masa aku ini…insyallah dengan izin Allah…aku akan mencari jalan terbaik untuk diri aku…
Reading…melompat aku pada coretan si dia…kesian si dia kini sibuk pada tugasan baru..banyak benda yang perlu si dia kejar kan…nevermind dear…you can do it!!…aku di sini sentiasa memberi sokongan dan dorongan…berserta doa…insyallah…memahami apa yang berlaku…( jika hati ini boleh di “print”)
Ber Fb….tiba tiba satu wall stat terpacul di depan mata….mari tidur…
Jam 2 pagi…mata belum mengantuk…maybe tarikan daya kuasa nescafe kaw di kedai jub menyebabkan mata masih segar bugar bagai burung jampuk mencari makanan di waktu malam…atau fikiran dalam otak ini berewang rewang dan menari nari bagai satu pesta yang sedang havoc…
aaaah!!….satu keluhan rasa kuasa yang entah mana terbit…mungkin juga kerana esok masih lagi bertemu dengan kerja yang semakin lama semakin memuakkan seluruh anak tekak aku ini…aku redha..
sekali imbas keluar melihat keadaan pacuan dua roda aku yang semakin usang ditelan dan di mamah cuaca masa…terfikir lagi untuk mencari lain tetapi seperti aku mengkhianati jasanya yang telah banyak berkorban untuk aku…huuu!…korban duit yang banyak adalah!!….itu ini rosak…kini menanti masa untuk dijadikan tukun tiruan…mana laut yang akan menerima dia…entah lah…
terdetik si dia dalam benak aku…sudah tidur mungkin…kesian keletihan si dia dengan perkerjaan nya sekarang…di tempat baru dan tugas yang baru…kerinduan juga aku menunggu pesanan ringkas nya tetapi aku memahami keadaan nya…biar lah si dia merehatkan diri agar esok nya ceria…sentiasa aku doakan moga si dia ceria dan bahgia di sana…sudah aku wakilkan “muncit” dan “diet” bersama nya…walau mereka kaku tidak berkata cukup lah sekadar ia dapat melegakan hati dan perasaan si dia…aku terlalu menyayangi si dia…
aku…banyak lagi yang perlu aku hitungkan nanti…mari tidur…cuba memujuk…
Baca tajuk di atas lain macam kan….haha….jangan pikir macam macam….tak elok non!!…sebenar nya aku nak cerita aku di geget lebah akak cik bee yang manis….hoho….
Dengar macam simple….but i so paintful….hooo…akibat bengkak lengan….cerita dia macam ni….
Aku baru balik dari tempat kerja ke kedai bonda tercinta….dalam syok menunggang moto nyamuk kesayangan aku terasa sesuatu hinggap di lengan kanan….alamak!!!…cik bee yang manis….nak di tepis aku sedang menunggang dan jika dilepaskan “throttle” minyak…kereta belakang akan sapu habis aku….jadi terima la kehadiran cik bee yang manis di lengan kanan ku….oh!!…
“Nyut!!!!” dia boleh sengat…pedih nya tak leh nak cakap….pedih sungguh!!!….aku terpaksa menahan sengatan cik bee yang manis sehingga aku sampai ke kedai bonda….hooo..kire hampir 3 minit aku menahan sakit….nyut!! nyut!! nyut!!….bengkak….habis cerita!!…
sorry la kengkawan….cerita bosan aku tulis…tapi nak tulis jugak….kenangan cik bee yang manis mengeget lengan….
nota geget: for si dia….walau superman anda ni di geget….dia tetap kuat!!!…hahha…..
Pukul 12.35pm…..
Kelaparan mula terasa dalam perut ni…..cume hari ni aku teringin makan sup ayam…ntah kenapa aku teringin sangat sup ayam….
Berkata sup ayam….terimbau masa lepas….sup ayam si dia yang sangat-sangat enak….urmm….bila lagi akan dapat ku rasa perasaan tersebut…setiap hirupan…ada satu perasaan yang aku sendiri tidak tahu untuk menerangkan…seperti sup ayam tersebut memberi aku satu kehidupan, satu sinar yang sangat terang…waktu itu aku bahgia….
Teringat aku memerhati si dia memotong bawang…aku tahu si dia juga bahgia waktu itu…waktu itu juga aku berdoa agar bahgia ini kekal selamanya…cuma Allah lebih mengetahui…apa ada di masa depan….kita perlu berusaha dan bertawakal pada Nya…
Pukul 12.42pm…
Berbunyi perut….tanda perlu di isi…lapar tapi ku tahan juga…kedai mak hanya buka pada pukul 3.00pm nanti…nak sup ayam…serius hari ini aku sangat sangat damba kan sup ayam…
Pukul 1.03pm…
Menunggu sms…seorang lagi di pejabat…tech seorang lagi keluar ke bank…aku?…menunggu…ohh!…sup ayam…mulut ini asik menelan air liur sahaja….sabar….
Pukul 1.11pm…
Apo kono eh jang?….lagu ni berkumandang di ruang Fb aku….hoooo…layan….kenapa hari ni terasa lama?……hurmmm….
Alkisah aku mengejoin satu outing street di lowking aka memory lane di ipoh….alhamdulillah banyak ilmu yang aku dapat…dah alhamdulillah 3 keping gambar aku di select untuk di pamer kan di rumah PORT….yang seronok nye…last day pameran baru aku sampai….sorang2 la aku melayang gambar…peh!!..mmg banyak gambar yang sempoi-sempoi….dibanding kan gambar aku….memang diorang punye gambar gempak-gempak….hope PORT mengadakan outing lagi dimasa hadapan….ilmu!!!….
gambar aku sekeping kat bawah nun….yg atas-atas tue otai yang amik….aku anak anak lagi….
3 keping gambo aku yg di pamer kan…hohoh…kembang hidung den
rupa nya ada tempat jamming dalam….niceee…..
antara gambar yang di pamerkan….niceeeee!!!
* kadang-kadang aku lebih suka membuat sesuatu perkara itu sendiri….kesana kemari sendiri…cuma ingin aku kongsi kan segala kegembiraan dengan seseorang yang aku tunggu….sentiasa aku tunggu…mungkin sesetengah orang mengatakan tidak berbaloi…tapi aku tekad…ia tetap berbaloi untuk aku…tak kira ada atau tidak…pada Allah aku serah kan….
Copyright © 2010 MOnster KeKhAi...TiKa Cuma!! 9W2 KKX. Powered by Blogger
Designed by simplywp. Blogger Template by Anshul | Funny Pictures