Perjuangan Rosly Dhobie

Allhamdulillah ke hadrat Allah mempertemukan aku dgn seorang waris yg mengalirnya darah dlm diri nya seorang darah pejuang.Tanggal 24hb Feb 09 ni cukup akan aku ingati sampai bila2. Bolhassan nama abg tersebut yg datang dari sibu semata2 utk menceritakan pada kami semua tentang perjuangan seorang syuhada yg bernama Rosly Dhobie. Siapa Rosly Dhobie mesti anda semua tertanya2, tapi kalo di singkap kembali buku teks sejarah tingkatan 4 dan 5 mesti anda semua teringat kembali. Rosly Dhobie seorang perjuang kemerdekaan di Sarawak pada tahun 1949 yg membunuh penjajah Inggeris iaitu Gabenor Sarawak pada ketika itu. Untuk pengetahuan anda semua beliau pada ketika itu hanya berusia 16thn saja. Bayangkan pada umur semuda itu sudah mengerti dan paham apa itu erti perjuangan. Mendengar cerita yg disampakan oleh abg Bolhassan menyebabkan bulu roma aku meremang, malah sampai sekarang aku teringat gambar2 yg ditunjukkan oleh beliau. Dari apa yg beliau ceritakan pada tahun 1996, kubur Allahyarham Rosly Dhobie dan rakan2 dialihkan ke sebuah masjid di sibu. Yg misterinya bila digali kubur tersebut tidak ada secebis tulang malah seurat rambut pun didlm keranda. Tanah kubur tersebut juga berbau harum seakan2 minyak atar tumpah di tanah. Untuk kepastian abg Bolhassan cuba mengengam tanah tersebut dan mencium untuk kepastian dan mmg benar bau itu dari tanah didlm kubur. Lalu abg Bolhassan bertanya pada ustaz dari Jabatan Agama Islam Sarawak yg pada masa itu sama2 menyertai pepindahan kubur Allahyarham Rosly Dhobie dan rakan2 nya, jawapan nya cukup ringkas iaitu "inilah kubur org yg mati syahid". Allah Maha Besar!!! sebak hati aku bile aku dengar jawapan yg terkeluar dari mulut abg Bolhassan. Pada umur semuda 16thn Allahyarham sudah menjadi pejuang syuhada. Abg Bolhassan juga ada memberi aku menbaca sehelai surat yg ditulis sendiri oleh Rosly Dhobie sebelum Allahyarham digantung pada bulan March 1950. Diakhir surat nya ditulis supaya kita jgn lupa membuat kebaikan dan mendirikan solat agar dapat keistimewaan pada akhirat nanti. Diceritakan lagi oleh abg Bolhassan semasa hari terakhir Allahyarham, beliau hanya meminta surah Yassin utk dibaca beliau sepanjang malam hingga kesubuh. Allahyarham digantung selepas subuh pada masa hampir 6pagi. Aku cukup tersedar bila mendengar kisah perjuangan yg menuntut kemerdekaan hingga meraka sanggup mengadaikan nyawa sendiri agar kita sekarang dapat menikmati apa yg kita rasai sekarang. Jadi sedarlah wahai anak melayu, sedarlah sekarang agar kita pertahankan kemerdekaan ini supaya jgn ia terlepas dari tangan penjajah yg mmg lama ingin menjajah kita. Semoga roh para pejuang yg mati syahid ditempatkan disisi Allah yg Maha Besar. Mari lah kita hadiahkan Al-Fatihan pada mereka dan juga junjungan Nabi Muhammad SAW. amin!!!

Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah




Alhamdullilah pada 7hb Feb 2009 lalu Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak cawangan Batu Gajah julung2 kali nya berjaya membuka gelanggang di Sek Keb TIWA Batu Gajah. Pada hari pembukaan tersebut dihadiri oleh Guru Besar En Ahmad Shakir B. Jamaluddin dan juga Ketua Guru Utama Persatuan iaitu En. Noor Aslan B. Hj Baharum. Seramai tujuh puluh(70) lebih pelatih yg mendaftar untuk manjalani latihan. Harap pembukaan gelanggang ini dapat meneruskan warisan seni silat melayu kita. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" ungkapan Dato` Laksamana Hang Tuah. Dengan ini diharapkan rakan2 di sana dpt la menyokong usaha kami yg ingin memartabatkan seni silat melayu dimata dunia. amin!!!

Alhamdullillah!!!



Alhamdullilah, syukur pada Allah aku lulus exam RAE-2 2008. Kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih pada rakan2 terutamanya pada pak lope,wan cacing, abg naim, abg apis, abg zul, ustaz najdi, abg solehan, abg azli, abg muz, salam dan rakan2 yg lain, maaf kalo aku tak sebutkan nama. Insyallah aku akan buat kenduri kesyukuran, akan aku ajak rakan2 ke rumah. amin!!!