Wednesday, August 2, 2023 -
....,
belajo
-
1 comments
WHITEBOARD ANIMATION
7 years ago
Tajuk:Perasaan (cerpen pendek)
…….
Tiada kata dan perkataan dapat menyatakan perasaan aku sebenarnya….
aku ingin menaip dan menghantar sesuatu kepadanya tetapi aku cuba tidak menganggunya kerana aku tahu dia bahagia disana…tetapi aku juga manusia…perasaan tetap perasaan…
Tempat jatuh lagi dikenang…
Hari ini DP nya berubah…aku seperti biasa akan menjadi peminat senyap…memerhati dan melihat…oh tuhan!! mengapa dia begitu comel…hati aku meruntun…sekadar butang “like”…hanya itu yang mampu aku nyatakan betapa aku rindu padanya…
mimpi…
Semalam aku cuba bermimpi dia…bermimpi indah dan senang...mahu bermimpi senyuman dan ketawa…dalam mimpi itu aku berjalan di tepi pantai…diteduh pohon kelapa nan rendang…berdua…memerhati laut dan jatuhan mentari diufuk…indah keadaan itu…aku puas mungkin begini…bermimpi indah dan senang…
realiti…
hari ini aku sedar…mimpi indah dan senang itu sekadar kudapan hati untuk tidak sakit dan pedih…tidak mengapa lah wahai hati…memiliki sesuatu itu perlu ada kebenaran yang Maha Esa…jika tidak diizinkan Nya…kita merancang banyak mana sekali pun ia tetap terlepas dari tangan kita…
doa..
usaha…DOA dan tawakal…perkataan yang selalu di sebut oleh cikgu masa aku di bangku sekolah…terima kasih cikgu…arwah opah juga selalu berpesan…solat itu wajib…dan selalu lah berdoa kepada Nya…rasa sedih…berdoa minta gembira…rasa bangga..doa supaya jgn riak…sentiasa berdoa opah berpesan…terima kasih opah…
Sudah pukul 6 petang…rutin biasa aku balik ke rumah bersedia untuk hari esok nya pula….
Alhamdulillah…
cita cita aku dalam ingin menjadi wasit juri telah tercapai…4 hari berkampung di UPSI Tanjung Malim…peh!!…satu memori yang tidak akan aku lupa kan sampai bila bila…
Hari pertama…
830 pagi sampai tiba di UPSI…daftar dan terus ke Kolej Ungku Omar…macam biasa lah…taklimat dan sebagai nya…malam nya pula penerangan kursus…yang best nya kene hafal jurus regu sebanyak 100 langkah…peh!!!…ada 4 ujian…ujian Fitness…ujian Jurus…ujian Teori…dan Ujian “Aba-Aba” atau ujian di dalam gelanggang….
Hari kedua…
Macam biasa lah…aku mulai mengenal semua peserta…rakan sebilik nama Buncit…panggil Bun…haha..aku ingat aku sorang je la yang buncit kat situ…rupenya ade jgk rakan…haha…sebelah bilik ade Ustaz Saiful, Daus dan Cikgu Aat…semua nya sempoi…Ustaz Saiful mulanya nampak tegas…tetapi sama juga…otak gila gila…
Disebabkan aku dan yang lain lain tidak menghafal jurus regu…kami terpaksa tidur lewat hingga pukul 4 pagi…masing masing layu tetapi gagahkan juga untuk menghafal jurus…100 langkah ade 12 jurus…aku hanya menghafal sehingga jurus ke 7 sahaja…adesss…terima kasih pada buncit yang sudi bersengkang mata mengajar aku dan lain lain….
Hari ketiga…
Kelas diteruskan…banyak perkara yang aku belajar tentang undang undang wasif juri ini….alhamdulillah…tenaga pengajar memang aku kenal dari dulu lagi…Abg Tapa dan Abg Jobbar…juga terima kasih pada Cikgu Mus dari terengganu yang sudi mengajar…pada malam nya kami terus di uji dengan ujian teori dan jurus regu…walau dalam keadaan tak sedia 100%…tetapi kami redha…huuu…yang paling debar bila tiba giliran kumpulan kami untuk di uji…nasib baik Bun ade menyelamatkan keadaan…jadi aku hanya mengikut gerak jurus dari Bun…Alhamdulillah aku dapat menghabiskan 12 jurus….huu…Lepas habis ujian terus kami berjimba jimba…haha..MEMBE!!!…release tension…
Hari keempat…
Hari terakhir…sedih pun ada bila lepas kursus ni akan membawa diri ke tempat masing masing…sebelum habis…kami di uji cara pengendalian gelanggang…jadi aku buat yang terbaek moga aku lulus hendaknya…alhamdulillah walau di uji pelbagai situasi aku tetap tenang…walau kaki sebenarnya mengeletar…habis semua nya…tiba masa untuk penyampaian sijil…alhamdulillah aku LULUS dengan markah 78.9%…kira antara tertinggi juga la…pukul 5 petang..majlis pun selesai…aku, dukun, lan, leman, zam, hazim, bun dan bro awie singgah di tapah sebelum bergerak ke destinasi masing masing…
Perjalanan aku kali ini tidak lah jauh mana pun….hanya beberapa kilometer dari rumah aku sahaja…cuma kali ini aku tidak mahu mengambil gambar orang….dari mata aku sendiri…ini lah kellies castle yang aku lihat….dari setiap sudut….dari setiap binaan….cuma aku tidak keatas….aku gayat…yes!!…aku ada fobia ketinggian…jadi..dari sudut ini sahaja lah aku melihat…
Hujan turun lagi….
Kali ini hujun turun lebat di sebelah pagi….awal pagi…seperti biasa…aku bangun dengan kemalasan yang ada bersiap sedia untuk ke Seri Iskandar…biasa lah hujan pagi pagi ni bikin suasana sejukkkk sekali….huuuuuu!!….
Aku memandu dengan pelahan…sambil mendengar alunan musik di radio…Fly FM….yup!..aku lebih suka kan radio berbahasa ingerris…bukan aku tidak mengiktiraf bahasa ibunda ku akan tetapi aku ingin menguasi bahasa kedua ini dengan lebih fasih dan cekap…
“Nasi Lemak…sambal tambah yek bang!”
Hujan hujan ni perkena nasi lemak mmg asik….tapi aku jamin nanti mata mesti kuyu bak beruang koala….hahaha….
“lapa punye pasal…sebat kan aje!!”
Sambil makan aku ber whatsapp dengan si dia…si dia hari ini kerja pagi…seperti biasa aku akan wish morning pada dia…hope si dia tahu setiap wish itu ku selitkan doa moga si dia selamat…bahagia dan sentiasa mengingati ku di sini….aaaminnn!!….
Kerja…
moga apa yang aku curah kan di sini berbaloi hendaknya…insyallah…
Ini kali pertama aku dalam beberapa bulan permis di seri iskandar di buka…aku berkerja di sini…selalu nya aku duk melepak atau menyinggah saja…perasaan?…biasa saja cuma jauh dari pemerhatian boss…jadi aku bebas buat apa saja…tapi tidak yg bukan bukan lah…
Apa yg aku perhatikan di seri iskandar ini kebanyakan nya pelajar dari UITM…UTP dan kolej kolej sekitar nya…jd ramai lah budak budak muda di sini…jd mmg strategik jika membuka satu perniagaan yg menarik hati budak budak muda ini..
Alhamdulillah..kini ada nya ACE Tech di seri iskandar bertambah nya lagi satu pusat servis komputer di sini…
Ok..agak boring jgk duduk terperap di sudut kedai ni…naseb baek aku membawa buku utk di baca (apa??.buku??)…yup…kini aku sahabat setia buku buku…hahaha…tapi tumpuan buku yg aku baca bukan pada novel cinta tapi pada cerita cerita perjuangan…motivasi…islamik dan photografi…alhamdulillah…kini sudah beberapa buku aku baca…salah satu nye buku motivasi tulisan Ustaz Kazem…bertajuk Tuhan Sedang Menguji Kita…byk info dan kata kata motivasi di dlm nya…sgt sesuai utk pelajar dan orang dlm kebuntuan…
Kini aku sedang membaca buku bertajuk Kiyai Salleh tulisan Abdul Latip Talib….cerita berkisarkan kisah perjuangan pemimpin Selempang Merah di Johor pada zaman keganansan komunis…baru aku sedar dan paham apa rasa nya bila negara kita di jajah dan rasanya bila keluarga kita di tindas…
Bagi aku…aku sangat menghargai apa yang kita kecapi sekarang…keamanan dan kemakmuran…cuba bayang kan jika keadaan aman ini tiada…keganasan sana sini…mampu kah kita menghadapi nya?…kita bukan seperti pejuang dulu yang di bekalkan ilmu perang dan ilmu agama yang dalam…tepuk dada tanya lah iman…mahu kan apa yang ada sekarang ini hilang begitu saja…aku bukan lah memihak kepada mana mana…aku memihak kepada agama ku…agama Allah…agama Islam…terguris dan terhina agama Islam…aku sanggup mempertahankan nya…itu sumpah yg telah aku ambil sejak dari dulu lagi…
Ntah la…mana hilang nya jiwa sayang kan agama di kalangan kita…memperjuangkan perkara yang sia sa adalah…harap kita sedar…kita kini berdepan dengan musuh yg sgt halus dakyah nya…moga kita sedar….
Gigil kesejukkan pengemis itu,
baju yang nipis sebagai perisai menahan angin malam,
gigil terus mengigil tetapi tetap menadah tangan demi secubit alas perut,
bunyi perut seakan tidak memahami keadaan,
bunyi terus berbunyi tetapi tetap menadah demi secubit nafas esok hari,
bergurindam nada lagu keluar demi hiburan laluan ramai,
bergurindam agar tadahan tangan di isi walau sekupang,
ada melihat berlalu sahaja
ada melihat mengambil gambar
ada melihat membuat muka
ada melihat berpaling jauh
ada melihat tanda simpati
tadah di isi pengemis menunjuk lega
meraba tangan mengharap nilai
perut bunyi terus berbunyi
pabila selesai pengemis terus beredar
hati melangkah moga tidak kecundang tersepak tangga yang agak curam
siang atau malam tidak mambawa makna kerana pancaindera telah tiada
mengikut langkah tiada berpeta…pengemis buta di hujung tangga…
Alkisah aku mengejoin satu outing street di lowking aka memory lane di ipoh….alhamdulillah banyak ilmu yang aku dapat…dah alhamdulillah 3 keping gambar aku di select untuk di pamer kan di rumah PORT….yang seronok nye…last day pameran baru aku sampai….sorang2 la aku melayang gambar…peh!!..mmg banyak gambar yang sempoi-sempoi….dibanding kan gambar aku….memang diorang punye gambar gempak-gempak….hope PORT mengadakan outing lagi dimasa hadapan….ilmu!!!….
gambar aku sekeping kat bawah nun….yg atas-atas tue otai yang amik….aku anak anak lagi….
3 keping gambo aku yg di pamer kan…hohoh…kembang hidung den
rupa nya ada tempat jamming dalam….niceee…..
antara gambar yang di pamerkan….niceeeee!!!
* kadang-kadang aku lebih suka membuat sesuatu perkara itu sendiri….kesana kemari sendiri…cuma ingin aku kongsi kan segala kegembiraan dengan seseorang yang aku tunggu….sentiasa aku tunggu…mungkin sesetengah orang mengatakan tidak berbaloi…tapi aku tekad…ia tetap berbaloi untuk aku…tak kira ada atau tidak…pada Allah aku serah kan….
Walau 9bln….cukup bagi Fakir menanam semua jiwa….jiwa yang penuh dengan tanda tanda cinta dan semangat jitu untuk mengubah masa depan Fakir….cuma bila bertepuk sebelah tangan selalu nya tidak berbunyi….
Kecewa mula mengangui Fakir…jiwa yang bersemangat dibuang jauh…..menerima jiwa yang kusam dan gelap….ingin Fakir bertindak kearah kejahatan dan kezaliman…cuma cinta dan sayang masih kuat di jiwa…walau jiwa itu mulai kelam lagi gelap gelita….
Fakir seada nama nya kini mengemis di jiwa sendiri….menadah sedikit bibit-bibit kenangan yang ada….tapi akan selalunya kenangan itu tidak selalu ada,,,,sekali sekala dimusnah kan sediri oleh bibit pahit yang diberikan oleh kata kata tajam yang tidak mengenal erti keikhlasan diri…Fakir cuba kemam dan menikmati kepahitan yang ada….tapi pahit tetap pahit….tidak ada sedap dalam kepahitan itu…
“ Aku berikan jiwa, setia dan malah diri ini!!! “ jerit Fakir
Tapi cuma gema kosong yang datang kembali menerjah muka dan jiwa….
“ Tidak mengapa lah Fakir, redha pada ketentuan Nya “ tiba-tiba suara dari sudut hati yang jauh
“ Tapi aku….aku telah berikan semua nya….terbaik dari aku! “
“ Memang semua nya terbaik tapi engkau dibanding kan, mungkin terbaik dari engkau tapi tidak bagi disana “ suara itu kembali bersayup
“ Aku memahami akan tetapi aku tidak dapat menerima….janji harapan yang diberikan semua nya enak-enak belaka…mengapa diberi jika diselitkan dengan kecewa “ Fakir mula tersedu
Akan tetapi suara itu mula mendiam…
“ Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..kau penipu!!….tak ada kemaafan dari aku….tak akan aku maaf kan engkau “
sedu Fakir makin kurang…lega mungkin bila melaung...meraung sebegitu rupa….tertidur terus melayan jiwa yang remuk bagaikan dilanggar lori hantu yang bekelajuan 120km/j….
“ Fakir….sayang bangun “ suara lembut mengejutkan Fakir yang terkumit kumit cuba menjegilkan mata yang sedia mengantuk….
“ Mari imam kan ibu solat subuh….Fakir sudah lama tidak bersolat subuh bersama ibu “ sambil tersenyum ibu Fakir
Bertelekung putih…sungguh lembut perwatakan ibu Fakir yang memang sudah lama tahu kesengsaraan anak nya itu…Setelah selesai solat…ibu Fakir terus memeluk Fakir….sambil berderai air mata ibu Fakir berkata….
“ Sayang…dugaan Allah ini akan medewasakan Fakir…kembali pada Nya…memang Fakir kecewa…ibu faham…cuma ibu tidak mahu Fakir terpesong….tenang…tenang wahai anak ku sayang “
Ibu Fakir meninggalkan Fakir yang termenung jauh….termenung memikirkan apa yang telah ibu katakan….lalu berdoa Fakir…
“ Ya Allah…Yang Maha Mendengar…Yang Maha Pengampun…Lagi Maha Pemurah…ampun kan lah hamba Mu ini kerana terlalu berdosa pada ibu ku….aku mula meluka kan ibu kembali dengan kesedihan ku ini….Ya Allah…kekuatan diri dan iman aku mula goyah…kurniakan lah Ya Allah hamba Mu ini dengan iman dan takwa pada Mu…berdiri ku…qiam ku…sujud ku hanya pada Mu Ya Allah…dugaan Mu ini aku akan hadapi dengan setenang-tenang nya…moga keberkatan dari Mu ku pohon….”
Dari balik pintu ibu Fakir mula tersenyum sambil menitiskan air mata…bukan sedih tapi tahu anak nya mula matang dan semakin menjadi lelaki yang bertangungjawab pada keluarga…dari hati ibu Fakir…biarlah mereka fakir dari segi harta benda di dunia ini tapi kaya pada amalan dan bekalan di akhirat nanti…serah pada Allah…tawakal dan beriman itu paling penting…
Pada Fakir…. “ Terima kasih kerana memberikan aku satu perjalanan yang indah walau ia seketika….kini aku redha…redha….redha semua nya “
Sang Pemuja…..
Hari ini aku cuba untuk memuja dan memuja lagi….ohh!…mana mungkin untuk memuja jika dia yang di puja tiada di depan mata….aku cuba mencari nya…mencari dalam ketidakpastian yang aku boleh dan akan dapat memuja…aku berniat baik…cuma sekadar ingin memuja segala ada di dalam nya…..
ohhh!….pujaan ku…
Sang Pengorban Jiwa ….
Ohh!….jiwa raga….nyawa..udara….jika itu yang dapat aku gadaikan….aku serahkan segalanya pada dia….setiap titik darah…setiap titik air mata….bukan milik aku….milik nya….milik nya!!!….
yaaa!!….engkau yang satu!….
Sang Setia
Dia yang satu….dia segala nya…dia ada dalam hati ini….dia…dia…dia….dia tidak akan luput dalam hati aku ini….tolonglah…aku benar setia…aku benar ada kamu….tidak ada yang lain selain kamu…..
ohhhh!!…air mata…..
Sang Air Mata
Tangis ku ini bukan kerana sedih….bukan kerana marah….aku gembira….gembira ada nya kamu di dalam hati….bukan aku mahu menitiskan air mata ini untuk membuat kamu sedih cuma itu tanda kesyukuran aku…..syukur nya aku….terima lah air mata ini!….
Aku hanya ada Mu Ya Allah!…..
Hari itu seperti biasa si polan bangun dengan hari berkobar untuk berkerja…..hari itu si polan akan menghantar kata kata cinta kepada si wulan seperti hari hari yang sebelum nya.
Cuma hari itu, si polan agak berduka. Mengetahui si wulan mungkin di petik si jejaka . Si polan mula gundah. Si polan mula gulana. Akibatnya si polan mula tertekan dan hampa pada diri. Bukan kerana apa si polan meletak kan harapan dan cinta begitu besar pada si wulan. Mungkin si wulan tidak mengetahui rancangan si polan yang besar untuk mereka.
Hari ini, si polan jatuh sakit. Sakit bukan kepalang nya sakit. Lebih sakit dari ditusuk keris. Lebih sakit dari dari bakar hidup-hidup. Sakit luka berdarah menanah. Tapi si polan cuba menyembuhkan diri. Pergi mencari serata genap ceruk negeri. Penawar luka berdarah menanah tidak ketemui. Mungkin si polan tersasar pandang. Menderita la si polan menangung sakit tidak terperi pedih nya.
Si wulan, sudah lah jauh tidak kelihatan. Mula menyepi tiada berita. Akibat larangan dari keluarga. Menelan ubat begitu lama dan tak terkira banyaknya. Juga sakit menanggung derita. Arahan keluarga perlu dituruti nanti durhaka diberi pada diri. Berdosa pula nanti bertimpa-timpa. Si wulan sentiasa mencari. Mencari si polan yang derita sendiri. Ntah dimana bagaimana tidak diketahui. Pada Allah mereka beserah diri.
“ Ya Allah, tunjuk kan jalan pada hamba, moga bertemu bahagia, moga sentiasa direstu oleh Mu. Rahmat dan Keredhaan Mu hamba harapkan. Lembutkan lah hati, rapatkan lah kami. Ya Allah, pada Mu hamba berserah atas segalanya. Makbulkan lah doa hamba ini "
ceritera si polan si wulan menjadi penyeri. Moga kawan-kawan tidak bosan membaca nya nanti. Tulisan aku hanya suka-suki. Tidak mengena yang hidup mahu pun mati. Tadaaaaa!!!!
Aku baru amik satu bijik lens 50mm canon….murah…thanks that amoi yang menjual kerana memberi harga diskaun hebat!!…haha….
sila lah hayati pic….baru belajar…sila la tunjuk ajar yek….
semua gambar ni aku amik mase IT Fair di ipoh….dlm tgh keje…dpt la snap beberapa gambar…hehe…..
Copyright © 2010 MOnster KeKhAi...TiKa Cuma!! 9W2 KKX. Powered by Blogger
Designed by simplywp. Blogger Template by Anshul | Funny Pictures