Showing posts with label kumpulan cerpen pendek monster. Show all posts
Showing posts with label kumpulan cerpen pendek monster. Show all posts

#hojanturun

Hujan itu rahmat…

Ungkapan yang terkeluar tiba tiba dari mulut Qus. Aku mula mengaru kepala. Mula nya senyap, tiba tiba kata pasal hujan.

“Kau kenapa dol?”

“Takdelah, aku just nak ease kan hati aku mengatakan hujan itu rahmat dari Allah” Balas Qus.

Mula lah jiwa jiwa nya keluar. Aku cukup paham sahabat aku sorang ini. Bila hati tidak tenang, bila sesuatu menganggu jiwa raga nya. Dia akan mula menjadi seorang sasterawan negara yang paling ulung sambil mengeluarkan kata kata pujangga yang agak tidak bersesuaian pada masa dan ketika.

“Lantak ko la, aku malas nak cakap apa”

“Kita ini nak jadi macam ni ke sampai bila bila?” Terpacul soalan dari mulut sang sasterawan negara.

“Jadi macam apa?” Aku mula bertanya

“Takde arah tuju, kerja makan tidur, kerja makan tidur. Kita kata hujan itu rahmat Allah tapi kita tidak bersyukur pun pada Nya” Qus mula berkata.

Aku mula termenung “Cuba ko terang kan pada aku skit”

“Bro, kita banyak membuat kebaikan, itu aku tidak nafikan. Tapi bro sedar tak kita asik meninggalkan perkara yang wajib. Perkara yang memang dituntut oleh iman kita, yang dituntut oleh Allah”

Aku makin termenung dan aku mengerti apa yang dikatakan oleh sahabat aku ini. Solat lima waktu yang wajib setiap umat Islam dalam dunia ini lakukan.

“Aku bukan apa bro, aku baru dapat tweet dari membe aku” sambil menunjukkan paparan tweet kepada aku.

“kalau surat saman dari Allah tu boleh dilihat, pasti ramai yang patuh mcm patuh pada lampu isyarat

“Tweet ini membuat aku tersedar, tweet ini membuat aku rasa malu pada Nya. Kita mengharap tapi tak pernah pun rasa syukur bila harapan itu tertunai dan bila kita tak dapat harapan tu kita salah kan takdir. Bukankah takdir tu Allah yang aturkan?”

Aku kelu kerana aku akui kata kata Qus. Aku pun mula terdetik bila membaca tweet tersebut. Kita akur dan patuh akan peraturan dunia akan peraturan Allah kita ambil ringan sahaja. Kita takut bila tidak memakai tali pingang keledar jika nampak “roadblock” dihadapan akan tetapi kita tidak sedar kita diperhati oleh Nya setiap saat dan masa.

“Jadi ape perlu kita lakukan?” Soal aku yang masih buntu.

Pap! satu tepukan kuat di dahi aku. Berpinar mata aku seketika.

Aku tidak marah tetapi tepukan dahi itu membuat aku sedar apa yang perlu aku dan Qus lakukan. Hidayah itu sebenarnya Allah sudah beri sejak kita lahir lagi cuma kita sahaja yang tidak sedar dan kita sengaja untuk tidak sedar akan kehadiran Nya.

Kuala Lumpur dan erti

 

Cerita aku…cerita pendek….

Aku ke Kuala Lumpur lagi. Bandar yang tidak aku fahami walau sudah berkali kali aku ke sini. Meriah disebalik orang orang yang aku tidak kenali di dalam perut ibu kota ini. Seperti biasa aku menaiki keretapi yang menghubungkan aku di utara ke Kuala Lumpur.

KL Sentral…

Tiba nya di sini aku disambut dengan deruan orang orang yang berpusu ke destinasi masing masing tapi aku duduk di satu sudut melihat dan cuba memahami apa itu Kuala Lumpur. Masih juga aku buntu. Aku terus mengambil HP ingin memberitahu si dia aku sudah sampai di sini tetapi si dia macam sudah meneka aku sampai.

“Abang kat mana?” soal si dia.

Aku menjawab dengan penuh keterujaan “ Hah! baru je sampai kat KL Sentral ni”

Dalam nada si dia aku mengerti bahawa si dia baru sahaja bangun dari tidur. Tidak mengapa aku menyatakan, ambil lah masa untuk bersiap. Aku setia menunggu. Sebenarnya aku sudah lama sampai di KL Sentral cuma aku tidak mahu mengejutkan si dia sedang di ulit mimpi. Terus aku mengambil LRT menunggu si dia ditempat biasa. Alhamdullillah mujur ada HP android ini boleh aku meluangkan masa sambil menunggu si dia nanti.

Dalam masa yang sama aku masih lagi mencari makna Kuala Lumpur di dalam hati ku.

Si dia dan masa…

Hampir 2 tahun aku mengenali si dia dan dalam masa 2 tahun ini aku sentiasa berusaha mengenali dan memahami si dia. Senyum, tawa, marah dan sedih si dia aku cuba rakam kan di dalam kotak rakam minda ku ini. Teringat aku di masa saat pertemuan pertama di sini, Zoo Negara sebagai destinasi.

Terus aku berkata “ Macam dalam cerita P. Ramlee la, berdating dekat Zoo Negara”

Jenaka aku terus di sambut dengan hilai ketawa, masa itu aku rasakan bahagia.

“Abang?” Lamunan aku terberhenti dengan teguran si dia.

“Orang lapar, jum pegi makan dulu yek”

“Ok jum, abang pun lapar” Balas aku.

Hari ini si dia memakai baju peplum yang sangat cantik tetapi aku cukup menyesal tidak mengambil peluang mengisi memori kamera dengan gambar gambar si dia. Jika tidak pulang nya aku ke utara mesti di bekalkan gambar gambar cantik dari si dia.

Selesai mengisi perut, aku dan si dia ke destinasi lain. Seperti biasa aku sentiasa mencuri pandangan wajah si dia. Entah kenapa aku rasakan tidak puas menatap wajah nya. Ada sesuatu yang melapangkan fikiran aku bila menatap wajah si dia. Tenang, gembira, terharu dan mestinya rasa cinta.

Masa…

“Sayang, kalau la abang ada kuasa hentikan masa, ini la ketika nya abang mahu berhentikan sebab abang bahagia sangat” telah aku sambil memandang si dia.

“Yeke? kalau boleh rewind abang nak kembali ke saat bila?” soal si dia kembali.

“Saat bila kita bahgia bersama, saat bila kita mencintai bersama” jawab aku sungguh

Akan tetapi riak wajah si dia seperti ada sesuatu yang menyekat untuk mempercayai kata kata aku itu.

Si dia, jika engkau tahu dan mengerti apa di dalam hati aku ini mesti sesuatu yang menyekat kepercayaan mu itu hilang. Tidak mampu aku katakan yang aku benar ikhlas cinta. Tak mampu aku buktikan yang aku benar sayang. Cuma ini yang aku termampu memberi dan membuktikan cinta dan sayang kepada mu.

Aku tidak punya harta dan wang berjuta cuma aku ada doa dan harapan di dalam hati. Usaha dan juga tawakal aku pada diri.

Biarlah masa menentukan walau usia aku tidak begitu muda untuk meneruskan tetapi aku tetap cekal untuk setia. Benar manusia ini seperti musim dalam sekelip mata ia boleh berubah tetapi manusia juga diberi perasaan setia seperti pokok setia pada matahari nya walau ketika ada awan menutupi tetapi ia tetap menjalar naik mencari cahaya. Insyallah begitu juga aku setia mencari hati dan kepercayaan si dia.

Bak kata orang,

Rasa, Perasaan, Sayang Cinta, Kepercayaan hanya kita yang tahu jika ia boleh di terjemahkan dalam sesuatu nescaya kita tidak bersungguh untuk membuat orang lain rasa apa yang kita rasakan dan menjadikan ia sesuatu yang berbaloi. Sebab itu Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang ditentukan. Pada kita yang mengolahkan bagaimana kesudahan nya nanti.

Erti..

Sudah nya pulang aku ke utara membawa satu erti baru dalam hidup tentang Kuala Lumpur. Sesetengah mungkin menganggap ia punca rezeki dan mencari peluang hidup berjaya tetapi bagi aku Kuala Lumpur satu tempat aku mencari kepercayaan dan erti cinta. Kuala Lumpur bagi aku tidak ada erti jika tiada si dia. Ada aku di Kuala Lumpur ini kerana si dia ada di sini tidak lebih dari itu.

Pelbagai maksud boleh diterjemahkan, tetapi aku hanya itu yang aku rasakan kepada Kuala Lumpur.

What?

 

 

What?…need operation?…but why doc?…

Jihan cuba persoalkan kerja doctor yang sememang nya tahu apa yang dia lakukan.

“Yes Mr Jihan, your wife need that surgery urgently. We hope you can give us permission to do that procedure ASAP” Terang Doc Munirah.

Manis dan lembut orang nya. Doctor Munirah cuba menenangkan Jihan yang agak terkejut dengan berita yang diterima. Padanya sakit perut yang di alami isteri nya mungkin gastrik atau tersalah makan akan tetapi berita lain pula yang didengari.

“ But Doc my wife ok sebelum ni, no sign at all” Jihan cuba mendapat kepastian. Doctor Munirah pula tersenyum bila Jihan mempersoalkan “diagnose” yang telah dia “double check” sebentar tadi.

“I know but yet benda ni memang akan datang tiba tiba, semua ni kuasa Allah Encik Jihan, please we need your cooperation” Sambil menghulurkan borang kebenaran untuk membedah Puan Syuhada isteri kepada Jihan.

“No no no! I know ini semua kuasa Allah but the operation that make me worry Doc, it is safe?” Jihan menunjukkan muka kerisauan nya.

Terus Doctor Munirah mengeluarkan gambar X ray dan menerangkan satu persatu pada Jihan yang agak resah di sudut meja. Tenang dan lembut percakapan nya agar Jihan dapat menerima kenyataan isterinya perlu di bedah secepat mungkin.

“I hope that can explain everything and make you understand the situation Mr Jihan” Doctor Jihan menerangkan.

“The surgery, it is painful? Are you using proper tools and who is the doctor doing that prosedure?” Jihan yang kerisauan makin merumitkan keadaan.

Tersenyum lagi Doctor Munirah “Encik Jihan, i am the doc that in charge doing the surgery and do not worry about your wife, we have nurses that able and professional in their work.”

“ And abang it just appendix surgery lah, kenapa kelam kabut sangat ni” celah Syuhada sambil ketawa.

Jihan tunduk malu sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Doctor Munirah yang cuba tenang juga ketawa bersama.

“I know sayang but i hate to see you in pain, if that pain can transfer to me i will take it and please doc take care my wife properly” terang Jihan

“Insyallah, dengan izin Allah” Doctor Munirah memberi jaminan.

“Abang not to worry ok” senyum Syuhada

Satu hari di Kuala Lumpur…

Jom menulis…ada mood sikit untuk menulis cerita cerita…semalam aku ke Kuala Lumpur jadi dalam perjalanan aku kesana aku ter idea menulis cerita…(Walau tidak menarik sebenarnya)

Tajuk: Satu hari Di Kuala Lumpur

Aku melihat jam tangan ku yang berjenama Swatch Black menandakan sudah pukul 8 pagi tepat. Walau letih menempuh masa selama 2 jam 20 minit di dalam keretapi tetapi semangat aku sungguh membara. Membara untuk bertemu seseorang. Seseorang yang aku sudah lama tidak berada disisinya sambil menatap indah wajah.

RM2.30

Tatap monitor menunjukkan harga token LRT ke Taman Melati.

Lama tidak ke Kuala Lumpur ini sedikit kekok aku rasakan. Cangung bila aku menaiki LRT, mana tidak nya aku terhuyung hayang bila LRT mula bergerak.

“KLCC! KLCC!” suara lunak keluar dari corong speaker.

Terkenang aku bila berjimba jimba bersama rakan waktu belajar dahulu. Hujung minggu mesti ke KLCC melepak melepaskan tekanan belajar. Teringat aku pada Wan, Uncle, arwah Panjang, Wok dan senior paling comel Sid.

Paling tidak kami akan ke Low Yatt mencari gadget yang pada ketika itu agak mahal tidak seperti sekarang harga yang agak murah.

Ok. Selesai bab terkenang mengenang. Aku sampai di stesen LRT Taman Melati lebih kurang pukul 8.35 pagi. Terus aku membeli sebotol air minerel dan roti perisa vanila buat pelapis perut yang berkeroncong dari tadi lagi. Sambil mengunyap nguyap aku melabuhkan punggung ke tempat ruangan menunggu di bawah. Aku tahu dia akan lewat akibat kerja semalaman. Timbul rasa bersalah di benak.

Susuk kereta berwarna oren masuk dari simpang, aku mula mengorak senyuman. Akhirnya dia dapat aku temui dan dekati. Buka pintu kereta aku disinggahi dengan senyum ayu dari nya. Terpesona aku seketika. Lama benar tidak melihat senyum itu. Senyum yang mampu menewaskan aku dan menyebabkan aku terbuai di dalam arus angin mimpi.

Membuka bicara aku cuba bertanya khabar berita dan bercerita tentang kehidupan seharian. Terus ke tempat makan untuk kami bersantap bersama di salah sebuah komplek membeli belah di Wangsa Maju. Sebenarnya aku banyak perkara ingin dibualkan tetapi kadang lidah ku terkunci untuk berbicara. Aku tahu dia menyembunyikan rasa letih dan penat dari aku dengan selalu senyum bila aku memandangnya. Maafkan aku sekali lagi.

“Nak kemana?” dia bersuara

“Entah?” sambil aku mebuat isyarat bahu

“Karaoke?”

“Jom!” aku beria

Dari lagu ke sebuah lagu aku dan dia menyanyi. Aku seperti biasa lah, dengan bebekalkan vokal sumbang mambang menyumbangkan lagi semua lagu lagu yang ada.

Dia…

Mula perkenalan aku dahulu memang aku sudah di beritahu dia mempunyai suara lunak dan merdu. Bila ada dinner mesti nama nya akan naik untuk mempersembahkan sebuah dua lagu dan ini kali ketiga aku mendengar merdu suara nya. Mungkin dia tidak perasan, bila dia menyanyi aku akan memerhati setiap mimik laku muka nya.

Titiwangsa…

Mahu tidur katanya, terus mencari letak kereta. Kesian dia, matanya merah kerana letih. Disorong kerusi ke bawah terus melelapkan mata. Aku pula duduk sebelah cuba tidak membuat sebarang bunyi yang boleh menganggu nya. Jam pada kadar itu sudah pukul 5petang. Comel itu perasaan pertama yang muncul bila melihat dia tertidur kepenatan. Membuat aku rasa jatuh cinta ke seribu seratus kali kepadanya.

Dalam masa yang sama aku berdoa,

“Ya Allah, jika benar dia adalah jodoh ku tetapkan hatinya dan tetapkan hati ku untuk masa masa yang akan datang, tetapkan jua hati kami bila menempuh segala dugaan Mu Ya Allah. Mohon pada Mu dan aku redha atas ketentuan yang diberi oleh Mu kepada ku”

Aaaminn!

Tiket balik ku pukul 10 malam. Lepas makan malam bersama, aku dan dia terus ke KL Sentral. Berat hati sebenarnya untuk berpisah dengan dia. Belum puas rasanya melepas rindu dihati ini akan tetapi aku mempunyai tangungjawab di sini. Kerja dan keluarga. Terima kasih pada dia kerana membuat aku gembira dan bahagia walau pun satu hari di Kuala Lumpur ini.

Walau jauh memisahkan tetapi ingatan tetap mendekatkan, Kasih mengeratkan, Sayang menguatkan. In Sya Allah ketemuan yang sekali lagi kita akan bertemu, di izinkan Allah akan aku petik hati mu, moga ia berkekalan hingga ke syurga Allah. Doa ku moga dia sentiasa bahagia dan gembira.

- Tamat-

Perasaan…

Tajuk:Perasaan (cerpen pendek)

…….

Tiada kata dan perkataan dapat menyatakan perasaan aku sebenarnya….

 

aku ingin menaip dan menghantar sesuatu kepadanya tetapi aku cuba tidak menganggunya kerana aku tahu dia bahagia disana…tetapi aku juga manusia…perasaan tetap perasaan…

Tempat jatuh lagi dikenang…

Hari ini DP nya berubah…aku seperti biasa akan menjadi peminat senyap…memerhati dan melihat…oh tuhan!! mengapa dia begitu comel…hati aku meruntun…sekadar butang “like”…hanya itu yang mampu aku nyatakan betapa aku rindu padanya…

mimpi…

Semalam aku cuba bermimpi dia…bermimpi indah dan senang...mahu bermimpi senyuman dan ketawa…dalam mimpi itu aku berjalan di tepi pantai…diteduh pohon kelapa nan rendang…berdua…memerhati laut dan jatuhan mentari diufuk…indah keadaan itu…aku puas mungkin begini…bermimpi indah dan senang…

realiti…

hari ini aku sedar…mimpi indah dan senang itu sekadar kudapan hati untuk tidak sakit dan pedih…tidak mengapa lah wahai hati…memiliki sesuatu itu perlu ada kebenaran yang Maha Esa…jika tidak diizinkan Nya…kita merancang banyak mana sekali pun ia tetap terlepas dari tangan kita…

doa..

usaha…DOA dan tawakal…perkataan yang selalu di sebut oleh cikgu masa aku di bangku sekolah…terima kasih cikgu…arwah opah juga selalu berpesan…solat itu wajib…dan selalu lah berdoa kepada Nya…rasa sedih…berdoa minta gembira…rasa bangga..doa supaya jgn riak…sentiasa berdoa opah berpesan…terima kasih opah…

Sudah pukul 6 petang…rutin biasa aku balik ke rumah bersedia untuk hari esok nya pula….

Berapa Bulan??….9bln…..oooO!…

Walau 9bln….cukup bagi Fakir menanam semua jiwa….jiwa yang penuh dengan tanda tanda cinta dan semangat jitu untuk mengubah masa depan Fakir….cuma bila bertepuk sebelah tangan selalu nya tidak berbunyi….

Kecewa mula mengangui Fakir…jiwa yang bersemangat dibuang jauh…..menerima jiwa yang kusam dan gelap….ingin Fakir bertindak kearah kejahatan dan kezaliman…cuma cinta dan sayang masih kuat di jiwa…walau jiwa itu mulai kelam lagi gelap gelita….

Fakir seada nama nya kini mengemis di jiwa sendiri….menadah sedikit bibit-bibit kenangan yang ada….tapi akan selalunya kenangan itu tidak selalu ada,,,,sekali sekala dimusnah kan sediri oleh bibit pahit yang diberikan oleh kata kata tajam yang tidak mengenal erti keikhlasan diri…Fakir cuba kemam dan menikmati kepahitan yang ada….tapi pahit tetap pahit….tidak ada sedap dalam kepahitan itu…

“ Aku berikan jiwa, setia dan malah diri ini!!! “ jerit Fakir

Tapi cuma gema kosong yang datang kembali menerjah muka dan jiwa….

“ Tidak mengapa lah Fakir, redha pada ketentuan Nya “ tiba-tiba suara dari sudut hati yang jauh

“ Tapi aku….aku telah berikan semua nya….terbaik dari aku! “

“ Memang semua nya terbaik tapi engkau dibanding kan, mungkin terbaik dari engkau tapi tidak bagi disana “ suara itu kembali bersayup

“ Aku memahami akan tetapi aku tidak dapat menerima….janji harapan yang diberikan semua nya enak-enak belaka…mengapa diberi jika diselitkan dengan kecewa “ Fakir mula tersedu

Akan tetapi suara itu mula mendiam…

“ Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..kau penipu!!….tak ada kemaafan dari aku….tak akan aku maaf kan engkau “

sedu Fakir makin kurang…lega mungkin bila melaung...meraung sebegitu rupa….tertidur terus melayan jiwa yang remuk bagaikan dilanggar lori hantu yang bekelajuan 120km/j….

“ Fakir….sayang bangun “ suara lembut mengejutkan Fakir yang terkumit kumit cuba menjegilkan mata yang sedia mengantuk….

“ Mari imam kan ibu solat subuh….Fakir sudah lama tidak bersolat subuh bersama ibu “ sambil tersenyum ibu Fakir

Bertelekung putih…sungguh lembut perwatakan ibu Fakir yang memang sudah lama tahu kesengsaraan anak nya itu…Setelah selesai solat…ibu Fakir terus memeluk Fakir….sambil berderai air mata ibu Fakir berkata….

“ Sayang…dugaan Allah ini akan medewasakan Fakir…kembali pada Nya…memang Fakir kecewa…ibu faham…cuma ibu tidak mahu Fakir terpesong….tenang…tenang wahai anak ku sayang “

Ibu Fakir meninggalkan Fakir yang termenung jauh….termenung memikirkan apa yang telah ibu katakan….lalu berdoa Fakir…

“ Ya Allah…Yang Maha Mendengar…Yang Maha Pengampun…Lagi Maha Pemurah…ampun kan lah hamba Mu ini kerana terlalu berdosa pada ibu ku….aku mula meluka kan ibu kembali dengan kesedihan ku ini….Ya Allah…kekuatan diri dan iman aku mula goyah…kurniakan lah Ya Allah hamba Mu ini dengan iman dan takwa pada Mu…berdiri ku…qiam ku…sujud ku hanya pada Mu Ya Allah…dugaan Mu ini aku akan hadapi dengan setenang-tenang nya…moga keberkatan dari Mu ku pohon….”

Dari balik pintu ibu Fakir mula tersenyum sambil menitiskan air mata…bukan sedih tapi tahu anak nya mula matang dan semakin menjadi lelaki yang bertangungjawab pada keluarga…dari hati ibu Fakir…biarlah mereka fakir dari segi harta benda di dunia ini tapi kaya pada amalan dan bekalan di akhirat nanti…serah pada Allah…tawakal dan beriman itu paling penting…

Pada Fakir…. “ Terima kasih kerana memberikan aku satu perjalanan yang indah walau ia seketika….kini aku redha…redha….redha semua nya “

Sang…

Sang Pemuja…..

Hari ini aku cuba untuk memuja dan memuja lagi….ohh!…mana mungkin untuk memuja jika dia yang di puja tiada di depan mata….aku cuba mencari nya…mencari dalam ketidakpastian yang aku boleh dan akan dapat memuja…aku berniat baik…cuma sekadar ingin memuja segala ada di dalam nya…..

ohhh!….pujaan ku…

Sang Pengorban Jiwa ….

Ohh!….jiwa raga….nyawa..udara….jika itu yang dapat aku gadaikan….aku serahkan segalanya pada dia….setiap titik darah…setiap titik air mata….bukan milik aku….milik nya….milik nya!!!….

yaaa!!….engkau yang satu!….

Sang Setia

Dia yang satu….dia segala nya…dia ada dalam hati ini….dia…dia…dia….dia tidak akan luput dalam hati aku ini….tolonglah…aku benar setia…aku benar ada kamu….tidak ada yang lain selain kamu…..

ohhhh!!…air mata…..

Sang Air Mata

Tangis ku ini bukan kerana sedih….bukan kerana marah….aku gembira….gembira ada nya kamu di dalam hati….bukan aku mahu menitiskan air mata ini untuk membuat kamu sedih cuma itu tanda kesyukuran aku…..syukur  nya aku….terima lah air mata ini!….

 

Aku hanya ada Mu Ya Allah!…..

Ibu…

IMG_8277 - Copy

Ibu….setiap senyum mu…membuat hati ku lega dan gembira….

dosa ku pada mu tidak terkira banyak nya…

maafkan ku ibu….

 

Ibu….tangisan mu malam itu membuat hati ku sayu….

maafkan ku ibu…

 

ibu….jika mampu ingin ku beli segala masa yang telah engkau habiskan membesarkan ku….

akan ku hias masa itu dengan perkara yang engkau suka ibu….

 

Ibu….aku hanya mampu menangis bersama pada malam itu…

tidak niat untuk memberikan segala pahit pada hati mu ibu…

ibu…aku sayang padamu….

 

maafkan ku ibu….

Si Polan Si Wulan

Hari itu seperti biasa si polan bangun dengan hari berkobar untuk berkerja…..hari itu si polan akan menghantar kata kata cinta kepada si wulan seperti hari hari yang sebelum nya.

Cuma hari itu, si polan agak berduka. Mengetahui si wulan mungkin di petik si jejaka . Si polan mula gundah. Si polan mula gulana. Akibatnya si polan mula tertekan dan hampa pada diri. Bukan kerana apa si polan meletak kan harapan dan cinta begitu besar pada si wulan. Mungkin si wulan tidak mengetahui rancangan si polan yang besar untuk mereka.

Hari ini, si polan jatuh sakit. Sakit bukan kepalang nya sakit. Lebih sakit dari ditusuk keris. Lebih sakit dari dari bakar hidup-hidup. Sakit luka berdarah menanah. Tapi si polan cuba menyembuhkan diri. Pergi mencari serata genap ceruk negeri. Penawar luka berdarah menanah tidak ketemui. Mungkin si polan tersasar pandang. Menderita la si polan menangung sakit tidak terperi pedih nya.

Si wulan, sudah lah jauh tidak kelihatan. Mula menyepi tiada berita. Akibat larangan dari keluarga. Menelan ubat begitu lama dan tak terkira banyaknya. Juga sakit menanggung derita. Arahan keluarga perlu dituruti nanti durhaka diberi pada diri. Berdosa pula nanti bertimpa-timpa. Si wulan sentiasa mencari. Mencari si polan yang derita sendiri. Ntah dimana bagaimana tidak diketahui. Pada Allah mereka beserah diri.

“ Ya Allah, tunjuk kan jalan pada hamba, moga bertemu bahagia, moga sentiasa direstu oleh Mu. Rahmat dan Keredhaan Mu hamba harapkan. Lembutkan lah hati, rapatkan lah kami. Ya Allah, pada Mu hamba berserah atas segalanya. Makbulkan lah doa hamba ini "

ceritera si polan si wulan menjadi penyeri. Moga kawan-kawan tidak bosan membaca nya nanti. Tulisan aku hanya suka-suki. Tidak mengena yang hidup mahu pun mati. Tadaaaaa!!!!

Aku, si dia dan zoo

 

Cerpen: Aku, si dia dan zoo

Berjalan di zoo memang memenatkan. Apa tah lagi jika berjalan di dalam waktu matahari sedang garang tegak di atas kepala akan tetapi dengan si dia, aku tidak kisah sama sekali. Ya, makin lama aku berjalan dengan si dia makin itu hati aku sangat terpaut kepada si dia. Mungkin si dia tidak sedar, aku selalu memerhati wajah dan memerhati gelagat yang kadang kala membuat aku tersenyum riang.

“Awak! Buaya!” sambil si dia menunding jari ke hadapan.

“Mana-mana?” aku seperti budak kecil yang berumur 8 tahun terkinja-kinja melihat buaya.

Memang sangat besar buaya yang ditunjukkan. Aku pula walau memegang kemera akan tetapi disebabkan asik melihat buaya terlupa untuk mengambil gambar.

Tiba-tiba terdengar satu suara ngauman yang sangat kuat kedengaran dari hujung sana.

“AAuuuummmm!”

“Harimau!” aku meneka

“Singa la awak” dia pula meneka

“Harimau”

“Singa”

Permainan teka meneka pula kami langsungkan di tepi kurungan harimau kumbang yang sedang terbaring merehatkan diri kerana kepanasan. Aku meneka ngauman itu ngauman harimau. Si dia pula meneka singa. Sambil meneka kami terus menuju ke tempat bunyi ngauman itu. Tersenyum sebentar aku kerana tekaan aku salah. Belum sampai ke tempat itu aku sudah mengetahui tekaan aku salah kerana ada papan tanda tertera perkataan singa. Si dia mula menunjukkan satu senyuman.

“Haaa! Singa kan awk, saya dah bagitau awak je yang nak cakap rimau”

“Baek! Awak betul”

“Hahaha! like like” si dia keriangan sambil berjalan menuju ke kurungan haiwan yang lain.

Aku pula puas, puas kerana dapat memberi satu kegembiraan pada si dia. Walau sedikit tetapi berbaloi-baloi. Pengembaraan kami bermula lagi, mencari taman rama-rama. Sudah separuh zoo kami mengembara papan tanda taman rama-rama satu pun tak ditemui. Kaki mula menunjukan tanda-tanda keletihan dan kepenatan. Si dia juga aku lihat kepenatan akibat diserang kepanasan dan perjalanan di dalam zoo yang agak mencabar.

“Nampak nya taman rama-rama kita ni melarikan diri kot” aku cuba membuat lawak

“Heheh! Awak ni, cuba tanya kat kaunter tu” si dia membuat cadangan

Aku terus bertanyakan dan jawapan yang agak mengecewakan kerana kami sebenarnya terlepas jauh dari taman rama-rama tersebut. Lokasi di sebelah kadang harimau. Adus! mungkin asik mahu meneka harimau atau singa tadi menyebabkan masing-masing terlepas pandang. Disebabkan masing-masing letih, kami pun membuat keputusan untuk keluar dan pergi menjamu selera kerana perjalanan di dalam zoo membuat perut masing-masing lapa.

Bila Bulan Jatuh Ke Riba…

Bila bulan jatuh ke riba

Malam itu hati ku rasa sungguh runsing sekali. Mana tidaknya, umi dan ayah tiba-tiba bertanyakan soalan cepu emas “Bila lah kami ni boleh menerima menantu along?” . Tergamam sebentar aku, nak dijawab rase serba salah, tidak dijawab pula nanti dianggap anak berdosa. “Insyallah umi, ada jodoh kawin lah along ni” jawab aku serba ringkas. “Kami ni bukan nak memaksa kamu tapi pikirlah kamu sorang je lelaki dlm keluarga ni, nak juga kami melihat waris keturunan kami ni ada penyambungnya” pintas ayah. Adus, sampai ke keturunan pulak ayah mengungkit. Mungkin umi dan ayah sengaja membangkit kan perkara ini dan aku tidak salah kan mereka. Aku tahu mereka teringin benar melihat cucu kesayangan mereka bermain-main didlm halaman rumah. Berborak-borak dgn menantu sambil memotong bawang di dapur. Perbualan umi dan ayah siang tadi membuatkan aku teringat pada peristiwa setahun yg lalu. Peristiwa yang banyak merubah aku dan kehidupan aku.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumusalam”

“Saya Farish” sambil salam mencium tangan orang tua yg dlm lingkungan umur 70an.

Lalu dijemput masuk dan terus duduk diatas tikar mengkuang yg sungguh cantik anyaman nya. “Maaf la Farish, umah pakcik ni baru siap , jadi sofa semua-semua ada di umah lama di seberang sana nun” terang orang tua tersebut. Aku menjawab hanya dgn senyuman disebbkan rasa gugup yg amat sangat. “Abah, ini la kawan yg nurul selalu cerita kan tu” menyebabkan muka aku yg mmg pucat bertukar warna. Aku lihat ayah nya terus memandang aku tajam dan tanpa berkelip-kelip mata. “Ya Allah, selamatkan hambamu ini” berdoa aku dalam hati kerana aku tahu orang tua dihadapan aku ini bukan sebarang orang. Guru silat di Kampung Jena yang pernah membunuh jepun dan komunis dgn tangan kosong walau musuh bersenjatakan senapang dan pistol.

“Pakcik dengar dari Nurul, kamu tahu bersilat”

“Errk, sikit-sikit pakcik” Tergagap-gagap aku menjawabnya. Peluh pula mencurah-curah dan aku lihat Nurul ketawa kecil disebalik tirai yg memisahkan antara dapur dan ruang tamu. Jangan diminta aku bersilat sudah, tidak mahu aku berdepan dgn Pak Da Silat. Aku mula terbayangkan kaki ku dikunci, tangan ku patah-patah dikerjakan Pak Da. Menelan air liur tiap kali aku membayangkan perkara-perkara demikian. “Nurul! Kamu ini takkan nak biarkan tetamu kita ini tercekik air liur, mana air kopinya?” arah Pak Da pada anak bongsunya. Nurul nama yg selalu jadi sebutan anak-anak muda Kampung Jena tetapi sungguh tidak aku sangka aku juga yg dpt berkawan dgn nya. Mana tidaknya ramai yg tidak berani berdepan dgn Pak Da. Nak patah tangan tu kacau lah anak dara dia.

“Pakcik tahu tujuaan kamu kemari, kamu nak minta izin berkawan ngn anak pakcik Nurul kan?”

“Benar pakcik, izinkan saya berkawan dgn Nurul dan kalau pakcik izinkan, saya mahu menghantar rombongan merisik dan meminang Nurul bulan hadapan” Aku terus memberitahu tujuan aku kemari.

“Isk-isk, gelojoh sungguh org muda sekarang ni” Terus Pak Da ketawa terbahak-bahak. “Tapi dengan syaratnya” Mukanya bertukar dari ketawa terus ke muka yang serius. “Esok malam pakcik buka gelanggang di sini, pakcik mahu kamu datang dengan pakaian silat, boleh?” soal Pak Da. Mahu tidak mahu aku terpaksa menyetujui syarat yg Pak Da kenakan.

“Abang suruh budak tu datang ke gelanggang buat apa, jangan abg buat yg bukan-bukan, saya tak mahu jadi macam anak Tuk Mamat dulu. Abang tendang perutnya sampai seminggu tak bangun” tiba-tiba suara Mak Da dtg dari depan rumah. Aku lihat dia membawa setandan pisang jd aku agak mungkin dia baru balik dari berkebun. “Takda la aku nak buat begitu, hanya sikit-sikit saja” jawab Pak Da. Jawapan yang buat aku semakin lemah semangat dan terketar-ketar lutut dibuatnya.

“Saya ini bukan handal pakcik, kalau setakat satu dua tumbuk dan melangkah tu saya tahu la” pujuk saya untuk Pak Da membatalkan hasratnya menyuruh saya ke gelanggang silat esok malam. “Yang itu la aku nak tgk tu, tumbuk dan langkah kamu” terus dia berdiri dan meloncat ke gelanggang depan rumah. Dibukanya tari selendang sambil dimasukkan buah pukul mersing. Memang serba handal org tua ini, aku mula resah dan makin resah. “Abang jangan la dilayan ayah tu sangat, makin dilayan makin dia suka” ujar Nurul. “Abis abang nak wat pe? Kalo tak sahut, tak kawin la kite sayang oit!”. Sambil menghirup air kopi yg sedap buatan Nurul, aku mula memikir dan mencari ilham. Petang harus juga aku berjumpa dengan tuk guru ku di Teluk Kam meminta sedikit pandangan dan nasihat.

Petang tersebut setelah selesai berjumpa kedua org tua Nurul iaitu Pak Da dan Mak Da, aku terus ke rumah Bapak Baharum tuk guru ku yg kian lama tak berjumpa. Sampai aku di rumah tuk guru ku tanpa berlengah aku terus cerita kan pada tuk guru ku kisah ku di rumah Pak Da Silat tetapi disambut dgn ketawa berdekah-dekah.

“Kamu seperti ingin tidur di kadang harimau”

“Saya tahu bapak tetapi ini soal jodoh saya, mahu tidak mahu saya tetap harungi” tegas saya.

“Begini, bagi bapak segala ilmu bapak telah bapak turun pada kamu selama 13 tahun kamu belajar dengan bapak, kamu bersedia untuk menghadapi segala rintangan. Sekarang hanya pada kamu saja yang pandai atau tidak membawa nya” terang Bapak Baharum. “Kalau begitu cakap bapak, baru tenang hati saya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan” abis saja aku berkata demikian tuk guru ku menyambung kembali ketawanya. Adus pelik sekali tuk guru ku ini. “Tapi ingat, apa sekali pun kamu ingin lakukan semuanya hendaklah bermula dgn niat hanya Allah dan untuk Allah” pesan terakhir tuk guruku sebelum aku melangkah keluar dari rumahnya.

“Bismillahirrahmannirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah Ya tuhan ku, aku bermohon pada Mu Ya Allah moga dipermudahkan segala urusan ku, diperlihatkan jalan penyelesaian dan moga aku menghadapi dengan tenang segala dugaan dari Mu Ya Allah. Aku mohon pada Mu melangkah ku esok hari dengan langkah hanya untuk Mu dan kerana Mu Ya Allah. Jika tidak dan bukan untuk ku, Engkau tabahkan hati ku dan kuatkan semangat ku. Amin Ya Rabbalalamin”

Doaku setelah selesai menunaikan solat hajat. Aku tahu esok malam, mahu tidak mahu aku kena hadapi nya juga. “Umi, tahukan along esok nak ke gelanggang Pak Da” melihat umi yang juga bangun awal untuk menyiapkan kuih jualan pagi di hujung kampung. “Tahu, Nurul petang tadi datang ke rumah cari kamu tapi kamu takda jadi dia cerita kan pada umi semua” Tetapi riak muka umi tidak berubah satu pun, tetap tenang seperti biasa. Tidak risau ke pada anak nya nak berjuang malam esok. Aku mula kembali resah.

“Keturunan Panglima Ali takkan resah hanya dengan masalah sekecil ini”

“Umi cakap benda ini kecil?” Soal aku.

“Yela, moyang kamu dulu berjuang untuk sebidang tanah, untuk menegakkan kebenaran. Kamu hanya nak merebut anak dara orang, tidak kah kecil masalah kamu ini”

Aku tergamam, ada benar kata ibu. Mahu aku tidak hadir ke gelanggang Pak Da malam nanti.

“Keturunan Panglima Ali bila sudah menyahut cabaran tidak kan melangkah kebelakang” tiba-tiba ibu ku bersuara dari dapur seperti tahu apa kata hati ku tadi.

“Umi kamu tu kalau pasal cerita moyang kamu tak mahu kalah, mesti mahu menang saja” tiba-tiba ayah muncul dari ruang tamu. Rupanya baru balik dari masjid menunaikan solat subuh. Dalam menghilangkan resah, aku menolong umi di dapur. Alhamdulillah hari ini aku bercuti jadi bolehlah aku rehatkan dan tumpukan perhatian untuk malam nanti.

“Abg!!!” jerit Nurul.

Bersambung…..

Jebat.....

Dalam hura-hara, tiba-tiba Dato Bendahara mendekati Sultan lalu berkata”Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sempah patik harap diampun. Sudilah kiranya tuanku mendengar bicara patik” lalu tuanku Sultan menangkat kerisnya tanda mendengar. “Tuanku, sembah patik, sembah durhaka, ampunkan patik jika berita yang akan patik sampaikan ini membuat tuanku murka” tunduk Dato Bendahara tanda bersalah menyebabkan berkerut dahi tuanku mendengar butir bicara Dato bendahara.”Tuanku, Dato Laksamana Hang Tuah masih hidup, patik tidak laksanakan hukuman tuanku, patik sembunyikan Tuah di hutan sempadan negeri Pahang, tuanku” lagi tunduklah Dato Bendahara menandakan begitu bersalahnya pada tuanku Sultan. “Ya Allah, kalau begitu kenapa ditangguh lagi panggil Tuah datang mengadap, beta begitu memerlukan Tuah sekarang” sambil tersenyum lebar tuanku Sultan mendengar perkhabaran dari Dato bendahara. Terpinga-pinga Dato Bendahara mendengar jawapan dari tuanku Sultan lalu diarahkan Lekir dan Kasturi pergi mengambil Tuah. “Dengan pantas kami pergi Dato” Kasturi memberi jawapan. Dua beradik itu tersenyum lebar mendengar berita abg sulong mereka masih hidup. 7 hari 7 malam baru lah sampai Tuah dan adik-adiknya lalu terus mengadap ke bawah duli tuanku Sultan. Lalu diceritakan satu-persatu kisah Jebat yang mengamuk dan cuba untuk mengambil alih tahta diraja.

“Cis! Sungguh angkuh kau Jebat” lalu ditamparnya Tuah tiang seri balairung istana sampai bergegar segala isi. Tergamam segala dato-dato, segala hulubalang-hulubalang dan Sultan sendiri kerana kemarahan Tuah. “Ya Allah, jika Tuah yang mengamuk nescaya segala kesultanan yang ada ditanah Melaka ini mesti terhapus tanpa meninggalkan keturunan” berbisik Dato Bendahara dalam hatinya. Lalu Tuah bersama Lekir, Lekiu dan Kasturi terus memohon undur diri dari istana setelah sultan mengurniakan semula pakaian Dato Laksamana kepada empunya diri. Tuah dengan muka amarahnya berjalan menuju kearah istana utama, istana yang ditawan jebat selama satu purnama. “Aaaarrgghhh!” tiba-tiba Kasturi mengerang kesakitan. “Pasang!” jerit Tuah pada adik-adiknya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Dikepalnya penumbuk, dikemaskan kekuda, ditarinya seni, dihentaknya tumit lalu menumbuk lah Tuah pada tanah. Rebah dan tewas lembaga yang datang menyerang rombongan adik-beradik tersebut. “Sungguh licik kau Jebat, pandai kau bermain perangkap” berkata Tuah sambil mengampu adik bongsunya kasturi. “Dugaan pertama berjaya ditangkis, entah apa yang ada dihadapan nanti” kata lekir. Kata-kata lekir hanya disambut dengan pandangan tajam dari Tuah lalu mengeletar seluruh badan lekir. “Begitu amarahnya bang Tuah, tidak pernah sekali pun bang Tuah sebegini amarahnya”sambil Lekiu menepuk-nepuk belakang Lekir memberi kembali semangat diri.

Kembali berjalanlah rombongan adik-beradik menuju ke istana utama tapi kini dengan lebih hati dan waspada. Di istana utama Jebat sudah merasaikan sesuatu “Isk! Sungguh berani Sultan terkutuk itu menghantar pendekar mencabar aku. Ini Jebat lah! Adik Tuah yang kamu bunuh, adik Tuah yang kamu ainaya” . Melompat Jebat dari singahsana istana lalu ditarinya bunga perang, dikemaskan gerak rencong, dihentakkan langkah tunggal, ditariknya langkah juak sambil baca la Jebat mentera perang pada keris taming sari.

“Keris pusaka keris adat keris perang membawa darah,

Langkah rencong disemat juak langkah tungal ku hentak dalam,

Tuntung keris ku kemas darah dara ku hiris-hiris,

Langkah kiri ku sambut dalam biar langkah mati tiada hujungnya,”

Lalu dihembus Jebat mentera, sambil ketawa“Biar ku lihat hebat mana pendekar ini”.

Rombongan adik-beradik tiba-tiba dihentikan oleh Tuah, belum sempat Kasturi membuka mulut Tuah terus berkata “Aku tahu, Jebat bermain mentera, mentera perang mentera pemati, biar dia bermain mentera, aku cuma mahu bermain-main dengannya” lalu diarahkan Lekir dan Lekiu pergi mencari kayu api dan makanan. Terpinga-pinga tapi dituruti juga arahan abang sulung mereka. Kasturi yang kehairanan cuba bertanya “Bang Tuah untuk apa kita bermalam disini bukankah perjalanan kita ini hanya mengambil setengah hari sahaja?” Tuah hanya menyambut dengan senyuman sambil tangan menyapu muka Kasturi. “ Adik ku Kasturi cuba kamu lihat dihadapan kamu” di tunjukkan Tuah dihadapan dihujung jalan.Tergamam Kasturi melihat barisan bala tentera yang pelbagai rupa dan bentuk, ada yang tinggi, ada yang besar, ada yang panjang. “Itulah mentera perang Jebat tapi tidak mengapa aku pagarkan tempat ini sehingga sekumit nyamuk pun tak bisa terbang dekat dengan mu adik ku” sambil Tuah membuka langkah pendinding langkah lam alif.

Selesai solat subuh, rombongan adik-beradik meneruskan perjalanan tapi Tuah seperti bersedia untuk berperang gayanya. “Lupakan kamu adik ku, apa yang kamu lihat semalam” Tuah menegur Kasturi. Lalu Kasturi juga bersedia seperti mana abangnya. Lekir dan Lekui seperti boneka hanya menuruti kehendak abangnya. “Sebelum pergi aku pesan langkah kalian biar langkah waspada, perang kali ini bukan seperti perang majapahit, bukan perang tentera siam, ini perang mentera, jadi pergunakan ilmu kalian sebaiknya. Kasturi melangkah kiri tanda menyambut musuh tiba. Lekir dan lekiu memasang kekuda tanda bersedia menerima serangan. Tuah gaya bersahaja tanda ilmu penuh didada. “Allahuakbar!” serentak lekir dan lekiu bertakbir. Libasan demi libasan, elakan demi elakan, tepisan demi tepisan , tikaman demi tikaman lekir, kasturi dan lekiu berpencak. “Bang lekir! Buka mentera mu, mentera pengeras mentera pengunci!” arah kasturi. Tersentak lekir kerana tidak terfikir akan ilmu yang dipelajarinya. Sambil menikam keris ditanah, dibacanya mentera

“Dengan nama Allah, aku berdoa,

keris ku tikam tanda ku pasak, ku pasak keras ku pasak kunci,

jabat besi ku tanda dalam jabat tanah ku ku lambung atas,

tangan ku silang tanda Lam Alif langkah tetiga ku langkah kemas,

Allahuakbar!”

Tidak begerak lah kesemua lembaga yang datang menyerang mereka. Ditikam satu-persatu, ditetak satu-persatu sehingga sebahagian dari bala tentera lembaga itu habis dibunuh mereka.

Di istana, Jebat merasai menteranya dikunci dan dipasak. Terasa sengal ditangan kirinya akibat mentera Lekir. Amarahnya kembali memuncak “Sialan! Kau kunci, kau pasak aku pendekar bedebah” jebat mula terkumat-kamit membaca sesuatu, dihirisnya hujung jari, dititiskan darah pada lidah lalu diludahnya keluar istana. “Aku mahu kau bunuh kau cincang siapa yang datang mencabar aku” arah Jebat kepada sesuatu diluar istana. Dalam beberapa ketika terdengar ngauman yang begitu kuat hingga bergegar tiang istana. “Hahaha! Biar penjaga ku berdepan dengan kau pendekar!” laung Jebat sekuat hatinya. Dalam masa yang sama, lekir merasai sesuatu menghampirinya. Dicuba mendengar tetapi tiada bunyi, dicuba mengesan tiada tandanya. Tiba-tiba satu cakaran terasa dibelakang lekir menyebabkan lekir terpelanting jauh di sisi kasturi. “Bang lekir!” jerit lekiu terus menerkam kearah lekir yang mengerang kesakitan akibat diserang sesuatu. “Ya Allah! Binatang apakah ini, mahu dikatakan harimau bukan harimau” melompat kasturi jauh dari binatang yang menyerang lekir tadi. Tinggi binatang itu bukan kepalang hingga kasturi terpaksa mendongak melihatnya. Mukanya garang, matanya tajam, badan nya berbelang-belang seperti seekor harimau, cuma besarnya bukan seperti harimau biasa. “Lekiu! Bawa lekir jauh, kasturi! kamu disisi aku” jerit Tuah mengarah adik-adiknya supaya jauh dari binatang berkenaan. “Mari kita lihat jebat, ilmu hitam mu atau ilmu putih ku” sambil tuah menangkat tangannya tanda pembuka gayung. Ditarik jantan kekudanya, di tari bunga perang, disisip, digulung, di langkah silang, bukanya Lam Alif, dijabatnya hulu hatinya.

“Ya Allah, Ya Qayum, aku memohon kekuatan, kekuatan seribu tentera, kekuatan seribu pendekar,

Pendekar serimau diberi nama, 7 petala langit 7 petala bumi, langkah ku iring dengan kalimah,

Kalimah Allah aku berpayung, alang berpencak biar berperang, ku sambut iring ku kalis rencong”

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena muncul seekor harimau hitam tubuhnya, besar gayanya, garang rupanya terus tunduk pada Tuah, lalu diusap-usap tuah sambil berbisik sesuatu pada harimau itu. Kasturi yang di sisi tuah tidak bergerak seinci pun kerana begitu tergamam. “Tingginya ilmu bang tuah ini, aku kira ilmu ku hanya sebesar kolam tapi bang tuah sebesar lautan” bisik kasturi dalam hatinya. Kembali Tuah menari tari perang nya, harimau hitam terus menerkam harimau jebat. Berlawan lah kedua-duanya, seperti dua ekor jaguh rimba yang ingin menguasai, masing-masing menunjukkan kekuatan, lincah dan cakara. Ngauman kedua-dua seperti halilintar dilangit, berdentum setiap cakaran, bercahaya setiap tepisan. Kasturi dan lekiu hanya dapat memandang dan meneruskan perperangan mereka dengan lembaga-lembaga dikeliling mereka. “Bang Tuah! Perlu kami memberi pertolongan?” soal lekiu sambil menikam lembaga-lembaga yang kaku itu. “Haha! Aku hanya bermain-main saja dengan penjaga jebat ini. Aku mahu lihat sehebat mana adik ku jebat ini” lalu Tuah menghabiskan langkah tari perangnya yang terakhir, dikalis, di kembalikan langkah tunggal, di beri sangga, ditumbuk gayung. “Bismillahirrahmanirahhim, haaaah!” sepintas cahaya dari langit turun menyambar penjaga jebat. Dentuman demi dentuman singgah pada badan harimau itu dan juga pada lembaga-lembaga yang pelbagai rupa. Dengan sekelip mata kesemua lembaga dan harimau besar itu lenyap seperti habuk yang ditiup angin. “Alhamdulillah, mari kita teruskan perjalanan jauh ini” dengan tanpa setitik peluh pun jatuh, Tuah kembali melangkah dan meneruskan perjalanan. Lain pula cerita adik-adiknya yang tercungap-cungap mencari nafas. Lekir yang cedera dipapah kasturi, lekiu yang kepenatan cuba mencari tenaganya kembali. “Bang Tuah, molek kiranya kita berehat dulu, menyimpan nafas, mengumpul kekuatan kembali” ujar lekir sambil menahan sakit. “Baiklah,kali ini biar aku yang mencari makanan dan kayu api” spontan Tuah terus menghilangkan diri dicelah-celah belukar. “Kasturi, handal benar jebat penderhaka itu. Sampai cedera aku dibuatnya. Pejalanan kita ini pun seperti meredah hutan belantara, sedangkan istana utama ditengah-tengah Melaka. Kenapa pula ada hutan dan belukar pula?” soal lekir kepada kasturi. “Bang Lekir, ini namanya perang mentera. Seperti tok guru kita pernah berkata masa di gunung ledang dahulu, perang mentera perang yang paling kita perlu waspada. Setiap langkah perlu dijaga, setiap kilas perlu diperiksa, setiap penglihatan perlu dikira. Tawakal pada Allah, itu yang kita pegang.” Jelas Kasturi.

“Bang lekir, mana Bang Tuah pergi? Lama benar rasanya dia mencari kayu api dan makanan” soal lekiu. “Itu dia” sambil menunjukkan kelibat manusia dicelah-celah belukar yang ada dihadapan mereka tapi Tuah tidak keseorangan. Diiringnya seorang tua yang putih janggutnya, putih pemakaiannya. “Tok guru!” serentak ketiga-tiga adik-beradik bersuara lalu dipeluk dan dicium tangan tok guru adi putra tanda hormat dan juga rindu. “ Anak-anak sihat?” sambil tersenyum adi putra bertanya. “Tok boleh lagi bergurau? Hahahaha! Kesian anak-anak tok guru berhempas pulas menahan bala dan mara. Setiap langkah dikira-kira, setiap sudut ada bahaya tapi tok boleh bertanyakan kami sihat atau tidak” gelak lekir walau cedera dibelakangnya masih terasa. “ Aku bertanya pada ilmu mu, aku bertanya pada batin mu, walau ilmu penuh di dada tapi kamu leka dan lalai mempergunakannya” tegur adi putra pada anak muridnya. Terdiam dan tertunduk lekir bila mendengar kata-kata dari adi putra, guru yang tegas dalam mendidik anak-anak muridnya. “Aku kemari dijemput Tuah untuk kamu” berkata adi putra sambil menunding jarinya pada lekir. Lalu didekati anak muridnya yang cedera itu, disentuhnya luka, dibacakan sesuatu, dititiskan penawar, dibaluti luka. “Lekir, luka mu bukan luka biasa, luka berselang dengan mentera, makannya dalam tidak terhingga, mujurlah ilmu mu ada sebagai penyangga” lalu Adi Putra meminta diri untuk kembali ke gunung ledang. “Bagaimana tok guru boleh datang sebegini jauh?”soal lekir kembali. “Ilmuku ini datang dariNya, bagaimana aku datang dan bagaimana aku pergi jangan kau bertanya cuma satu aku berpesan walau apa pun jebat lakukan, dia tetap sebahagian dari kalian” pesan adi putra kepada Tuah dan adik-adiknya. Lalu kembalilah adi putra ke gunung ledang.

“Bang Tuah, perlu kita bermalam disini?” soal kasturi kepada tuah. “Ya adikku, kita kumpulkan tenaga dahulu pada malam ini, esok belum tahu apa lagi yang menanti kita” ujar Tuah. Malam itu ketiga adik – beradik mengumpul tenaga kembali. Tuah seperti biasa sentiasa berzikir. Zikir yg tak penah lekang dari mulut nya sejak dia menjadi perlarian di sempadan Pahang.

“Bangun, kita bergerak sekarang” arah Tuah. Rupanya subuh sudah menjelma, setelah selesai solat subuh mereka bertiga mula mengorak langkah kearah istana yang ditawan Jebat. Kali ini langkah mereka lebih berhati dan waspada. “ Mengapa benak hati terasa sesuatu hari ini “ Bangun Jebat dari singahsana diraja terus memandang jauh. “ Bang Tuah, Jebat tahu perbuatan ini perbuatan terkutuk, perbuatan ini yang paling Bang Tuah pesan dan larang tetapi langkah ini perlu Jebat lakukan untuk membuka mata seluruh rakyat jelata, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah” berkata jebat pada dirinya, sayu hatinya mengenang abang kesayangannya tiada disisi lagi.

“Assalamualaikum, Jebat durhaka!” satu suara dari luar istana. “Biadap! Memberi salam nampak bersopan tapi dihujung mengundang mara, siapa gerangan durjana diluar sana” tempik Jebat. “Aku Dato’ Laksamana Hang Tuah” sambil dihentaknya tumit kaki lalu bergegar isi tanah menanda kedatangan Tuah kali ini bergitu bersedia menghadapi Jebat.

Farish Haiqal


Kala subuh menyinggah kembali, terdengar azan sayup-sayup dikejauhan. Farish Haiqal dgn muka yg sugul bgn utk menunaikan fardu subuh. “Ya Allah, jika benar dia adalah jodoh ku, jika benar dia adalah jiwa ku tautkan kami dan satu kan jiwa kami dgn ikatan yg Engkau redhai” sambil menangis. Hari ini tak seperti biasa, tidak ada sms dari si dia, tidak ada wish morning dari si dia. Farish hari ini cuba mengumpul sisa sisa semangat utk teruskan hidup dihari si dia tiada disisi. “ Relex la bro, bunga bukan sekuntum” kata Abu. Senyum tawar Farish mendengar ceramah kawan nya itu. “Memamg la bunga bukan sekuntum tapi kalo ko da minat bunga yang ini bunga lain ko mana nak pandang bro” Farish bgn terus membayar duit pada antie tokey kedai . Ini lah kedai minum sebelah panggung wayang lama yang selalu dikunjungi Farish dan rakan-rakan. Juga penah Farish membawa si dia kemari. Segar dlm ingatan Farish melihat si dia tersenyum minum air kelapa bersama-sama. Keluhan keluar dari mulut Farish.

Bie….jgn nakal-nakal tau…… Jgn pandang perempuan lain tau kat tempat keje Bie….muaahhh..love u…bunyi sms dari si dia yg dihantar beberapa bulan dulu. Sukar farish utk membuang kesemua sms yg pernah dihantar oleh si dia. Cinta dan kasih sayang nya masih utuh walaupun dia tahu kini si dia sudah mempunyai teman baru. Dibuka akaun Facebook melihat gambar betapa mesra si dia dan teman baru nya itu. Alhamdulillah, moga dikuatkan jodoh antara mereka. Si dia online, digagah jari ingin menaip sesuatu pada si dia tetapi hati terase berat kerana risau akan melukakan si dia. “Biarla, mungkin tgh chat ngn teman baru nya itu”. Offline.

“Farish Haiqal! Kamu baik kemas bilik ini, dah macam sarang tikus mak tgk” jerit ibu Farish. “ Ya, ya mak” dituruti ckp ibunya walau semangat diri masih lemah. Terasa mahu tidur dan tidur supaya ingatan dlm kepala ini cepat hilang. “Peh! Memang bilik aku ni mcm setor dah, bgs jgk mak aku suruh kemas ini” bisik Farish memujuk dirinya. Dibelek surat yg bertimbun di dlm laci terjumpa satu kad raya berwarna pink yg didlm nya terlekat dua anak kunci. Teringat anak kunci ini tertinggal dlm beg si dia semasa dia dtg kemari dulu. “Ya Allah,dugaan Mu!” dibaca kembali poskad berwarna pink itu.

Assalamualaikum,

Kehadapan hubbyku yg jauh dimata tapi dekat dihati (haha ayat skema). Hubby sihat tak? Ade rindu bby tak ari nie? Bby selaly rindu kat hubby…kalau leh nak selalu peluk-peluk hubby….rindu sgt-sgt….cyg ni first kad yg bby bagi kat cyg kan? Simpan leklok tau…kenangan nie..urm…cemana nak jumpa lagi..3 bln bby cuti…lama tue…hubby jgn nakal-nakal tau…bby ade spy merate-rate….hehe….hubby bln 11 nanti insyallah rumah baru bby siap…cyg dtg la…leh cat rumah sama-sama….da lama nak buat benda-benda cam tue ngn hubby….isk..ni kad raya kan, melalut plak benda lain. Huhu cyg, bby minta maaf byk-byk kalau selama ini kite kenal nie bby byk sakitkan hati hubby…wat hubby sedeh ke…bby tau bby byk wat hubby sedeh…bby wat cam tue sbb bby syg sgt-sgt kat hubby…bby xleh bygkan hidup bby kalo hubby takde…hubby sorang je yg betul-betul syg bby…time kasih tuk segala-galanya…I love u for life. Nothing could ever change my love for you….muaahmuaahmuaah! dah tak leh tulis panjang-panjang..cyg bila dpt kad ni msg bby tau. Kirim salam kat mak, ayah,adq nor dan angah…cyg, bila kite leh raye same-sama kan? Selamat hari raya cyg…maaf zahir dan batin.

Daripada

Hunny hubby eternally

Dihidupkan skuternya, berbekalkan perasaan sedih dlm hati nya dia terus menuju kearah destinasi yg di pun tidak ketahui. Air mata mencurah-curah “Ya Allah, kenapa begitu berat rasanya utk aku melupakan nya, aku benar ingin redha apa yg terjadi namun aku masih belum sedia melepaskan nya, Ya Allah berikan aku kekuatan utk meneruskan hidup ini.” Farish tiba di satu destinasi yg dia sendiri tidak ketahui. Ikutkan saja gerak hati dan golek tayar moto skuternya itu. Kini dia berdepan dgn suasana yg begitu aman dan tenteram. Jiwanya bagai diberi bius, hilang rasa sakit dan sensara, terpegun dgn keindahan yg ada didepan mata farish terus memandang dan terus menjamah keindahan yg ada. Bep! Bep! Farish mengeluarkan telepon bimbit nya lalu dibaca sms yg sampai. Dari : 143143, “ Cinta dan kasih sayang pada manusia hanya sementara, benar ianya perlu dlm kehidupan tapi ingatlah cinta dan kasih sayang pada Allah adalah cinta yg hakiki” .End massage. Tersentak Farish membacanya macam dirancang-rancang pula sms ini. Mungkin ini kebetulan, tetapi seperti org yg baru bgn dari tidur Farish mula sedar dan memahami keadaan. Selama ini dia lupa cinta kepada Allah itu paling perlu. Dia lupa selama ini dia leka dgn keasikan duniawi sehingga cinta nya pada akhirat langsung tiada.

“Ya Allah, aku sedar sekarang, aku akui sekarang, walau aku menunaikan fardu Mu tetapi hati ku dan niatku tidak langsung kearah Mu. Ya Allah, ampunkan hamba Mu ini, ampunilah dosa-dosa yg telah aku lakukan.” Farish terduduk sambil matanya masih lagi menjamah keindahan yg ada. Ditatapi puas-puas keindahan yg dipertontonkan padanya.

“Bismillahirahmanirahim, moga permulaan ini akan mengubah diriku kepada yg lebih dan lebih baik” Farish Haiqal kini tidak lagi sugul dan kecewa seperti dahulu. Senyumnya kini sentiasa terukir “senyum itu kan sedekah” ujar farish jika ditegur kenapa selalu senyum. Farish kini menjumpai cintanya yg sejati. Cinta yg sentiasa dicari-carinya. Cinta pada Allah, cinta pada Rasulnya, cinta pada ibubapanya, cinta pada adik-adiknya dan juga cinta si dia teman baru nya.