Miss her…

Ya…sudah beberapa ketika ketiadaan Kak Non di sisi aku…ternyata aku merindui…hasil titik peluh dan penuh dengan kesabaran aku meminang Kak Non tetapi akhirnya dia terpaksa bertukar tuan…hurm…

Aku ketagih untuk mengambil gambar…oh!!..benar aku rasa stress bila betembung dengan mereka yang ada bergayutan kamera di sisi…Kak Non…bagaimana kamu dengan tuan baru…sihat?…sedih rasa bila terpaksa berjauhan begini…

I miss her…

What?

 

 

What?…need operation?…but why doc?…

Jihan cuba persoalkan kerja doctor yang sememang nya tahu apa yang dia lakukan.

“Yes Mr Jihan, your wife need that surgery urgently. We hope you can give us permission to do that procedure ASAP” Terang Doc Munirah.

Manis dan lembut orang nya. Doctor Munirah cuba menenangkan Jihan yang agak terkejut dengan berita yang diterima. Padanya sakit perut yang di alami isteri nya mungkin gastrik atau tersalah makan akan tetapi berita lain pula yang didengari.

“ But Doc my wife ok sebelum ni, no sign at all” Jihan cuba mendapat kepastian. Doctor Munirah pula tersenyum bila Jihan mempersoalkan “diagnose” yang telah dia “double check” sebentar tadi.

“I know but yet benda ni memang akan datang tiba tiba, semua ni kuasa Allah Encik Jihan, please we need your cooperation” Sambil menghulurkan borang kebenaran untuk membedah Puan Syuhada isteri kepada Jihan.

“No no no! I know ini semua kuasa Allah but the operation that make me worry Doc, it is safe?” Jihan menunjukkan muka kerisauan nya.

Terus Doctor Munirah mengeluarkan gambar X ray dan menerangkan satu persatu pada Jihan yang agak resah di sudut meja. Tenang dan lembut percakapan nya agar Jihan dapat menerima kenyataan isterinya perlu di bedah secepat mungkin.

“I hope that can explain everything and make you understand the situation Mr Jihan” Doctor Jihan menerangkan.

“The surgery, it is painful? Are you using proper tools and who is the doctor doing that prosedure?” Jihan yang kerisauan makin merumitkan keadaan.

Tersenyum lagi Doctor Munirah “Encik Jihan, i am the doc that in charge doing the surgery and do not worry about your wife, we have nurses that able and professional in their work.”

“ And abang it just appendix surgery lah, kenapa kelam kabut sangat ni” celah Syuhada sambil ketawa.

Jihan tunduk malu sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Doctor Munirah yang cuba tenang juga ketawa bersama.

“I know sayang but i hate to see you in pain, if that pain can transfer to me i will take it and please doc take care my wife properly” terang Jihan

“Insyallah, dengan izin Allah” Doctor Munirah memberi jaminan.

“Abang not to worry ok” senyum Syuhada

Tak berduit…

 

Ini bulan gua lari budget…lari nya budget gua hingga gua kene korek tabung gas gua…huh!!….alhamdulillah ade 50 hengget…yossh!…survive la dlm seminggu minyak kete…tapi yang gua hangin bak tornado tiba tiba kete gua wat hal pulak…adesss…cobaan!! bak P. Ramlee kate…

Kete gua bukan la kete mahal…tapi syukur lah leh buat berjalan dan mencari rezeki…

Masalah?…

High temperature omputih kate….kire kete gua demam kepialu lah…sistem radiator dia kurang berfungsi…hurmm…

jadi kene lah p jumpe chief mekanik nanti….tapi kene lah tunggu gaji…hahaha…gua pulak high temperature….plus sakit gigi, hp battery kong..king kong…dan sakit perut keracunan makanan…huu..dugaan…

and sms from my sahabat…Allah sayang kita sebab itu Dia beri dugaan supaya kita sentiasa ingat dan syukur pada NYa….terima kasih bro…anda buat gua cool pas tue….

Berbaloi?…

 

Persoalan : Berbaloi kah menunggu?…

Jawapan : Berbaloi atau tidak itu bukan persoalan nya cuma bagi aku tidak nampak itu satu kerugian atau kekurangan…semua aku serah pada Allah setelah aku berusaha…tawakal ku hanya pada Nya…jika benar ia milik aku…insyallah akan ada nanti…jadi aku memilih untuk menunggu…ya benar penantian atau menunggu ini satu benda yang paling menyeksakan…rugi pada masa dan malah kadang kala boleh meruntuh jiwa…itu risiko yang perlu aku hadapi…

Kalau dah sayang…

Benar orang dulu dulu kata…kalau dah sayang…semua benda nampak indah…semua benda nampak cantik cantik saja…mungkin itu yang aku rasa dan nampak…sebab terlalu sayang mungkin…tidak mengapa lah sebab aku ketagih senyuman dia…ketawa…semua tentang dia…tak sanggup aku melihat dia sedih atau menangis…

Redha…

Kebelakang ini aku banyak membaca..membaca tentang perkataan “Redha”…pelbagai maksud dan cerita tentang redha ini…dan kisah pada aku…aku juga mempelajari apa itu redha…ya dan benar kemungkinan apa yang aku tunggu bukan memjadi milik aku…jadi aku cuba bersiap sedia untuk menerima seadanya…apa pun keputusan dan jawapan…aku serah pada Yang Maha Esa…yang penting aku sudah berdoa dan berusaha…jadi aku REDHA…

Bahagia…

Ya…aku bahagia begini…melihat orang yang aku sayang gembira…walau bukan di sisi aku akan tetapi aku tetap bahagia…setiap bait senyum dan ketawa nya aku rasa sesuatu di jiwa…mungkin orang mengatakan aku gila…mungkin…aku gila untuk membuat dia gembira…gila untuk membuat dia ketawa…harap ketawa dan gembira nya sentiasa ada…

Bagi aku semua itu berbaloi…

from my phone...

Kali ni aku menulis di sudut katil berteman kan buku buku yg berselerakan....kemalasan melanda...esok lusa lah aku kemas...cuma hati arini x berapa best sebab idung sumbat akibat selsema...

Mood nak keluar pun takda tapi gagah kan juga mengikut jimmy dan dukun membeli stock e rokok mereka...lagipun membe di seri iskandar ada menempah melalui aku...jadi nak tak nak...aku kene ikut juga...

Hari aku tak mahu menganggu dia...biarlah dia rehat...risau ada msg aku nanti akan menambah rungsing hati dia...jadi senyap adalah pilihan aku...moga dia sihat hendaknya di sana...amin!!!...

Mengantuk mula menjalar...jadi aku nak tutup mata dulu....

Close A while…

The time to let it go and settle everything....
the pain and misery...the sorrow it will be...but yet if make you happy i will be...

 

Hehe…nampaknye kene la aku cuti kejap…cuti dalam area bidang photo ni…my lovely kak non dah bertukar tuan…so say gud bye my lovely kak non…

malam ni kene la duk peluk peluk dulu…kiss kiss dulu…hehe…sebab esok nak serah pada tuan yang baru…hope kak non berjasa lah dengan baek dengan tuan baru…

Alhamdulillah dengan kak non ni…aku banyak menimba ilmu dan rezeki…agak sayang untuk lepaskan akan tetapi sudah suratan dia perlu bertukar tangan…syukur pada Allah kerana memberi kesempatan yang ada untuk aku menimba pelbagai ilmu…

Terlepas sesuatu hari ini mungkin Allah akan beri yang terbaek kemudian hari…aaamiin!…

Satu hari di Kuala Lumpur…

Jom menulis…ada mood sikit untuk menulis cerita cerita…semalam aku ke Kuala Lumpur jadi dalam perjalanan aku kesana aku ter idea menulis cerita…(Walau tidak menarik sebenarnya)

Tajuk: Satu hari Di Kuala Lumpur

Aku melihat jam tangan ku yang berjenama Swatch Black menandakan sudah pukul 8 pagi tepat. Walau letih menempuh masa selama 2 jam 20 minit di dalam keretapi tetapi semangat aku sungguh membara. Membara untuk bertemu seseorang. Seseorang yang aku sudah lama tidak berada disisinya sambil menatap indah wajah.

RM2.30

Tatap monitor menunjukkan harga token LRT ke Taman Melati.

Lama tidak ke Kuala Lumpur ini sedikit kekok aku rasakan. Cangung bila aku menaiki LRT, mana tidak nya aku terhuyung hayang bila LRT mula bergerak.

“KLCC! KLCC!” suara lunak keluar dari corong speaker.

Terkenang aku bila berjimba jimba bersama rakan waktu belajar dahulu. Hujung minggu mesti ke KLCC melepak melepaskan tekanan belajar. Teringat aku pada Wan, Uncle, arwah Panjang, Wok dan senior paling comel Sid.

Paling tidak kami akan ke Low Yatt mencari gadget yang pada ketika itu agak mahal tidak seperti sekarang harga yang agak murah.

Ok. Selesai bab terkenang mengenang. Aku sampai di stesen LRT Taman Melati lebih kurang pukul 8.35 pagi. Terus aku membeli sebotol air minerel dan roti perisa vanila buat pelapis perut yang berkeroncong dari tadi lagi. Sambil mengunyap nguyap aku melabuhkan punggung ke tempat ruangan menunggu di bawah. Aku tahu dia akan lewat akibat kerja semalaman. Timbul rasa bersalah di benak.

Susuk kereta berwarna oren masuk dari simpang, aku mula mengorak senyuman. Akhirnya dia dapat aku temui dan dekati. Buka pintu kereta aku disinggahi dengan senyum ayu dari nya. Terpesona aku seketika. Lama benar tidak melihat senyum itu. Senyum yang mampu menewaskan aku dan menyebabkan aku terbuai di dalam arus angin mimpi.

Membuka bicara aku cuba bertanya khabar berita dan bercerita tentang kehidupan seharian. Terus ke tempat makan untuk kami bersantap bersama di salah sebuah komplek membeli belah di Wangsa Maju. Sebenarnya aku banyak perkara ingin dibualkan tetapi kadang lidah ku terkunci untuk berbicara. Aku tahu dia menyembunyikan rasa letih dan penat dari aku dengan selalu senyum bila aku memandangnya. Maafkan aku sekali lagi.

“Nak kemana?” dia bersuara

“Entah?” sambil aku mebuat isyarat bahu

“Karaoke?”

“Jom!” aku beria

Dari lagu ke sebuah lagu aku dan dia menyanyi. Aku seperti biasa lah, dengan bebekalkan vokal sumbang mambang menyumbangkan lagi semua lagu lagu yang ada.

Dia…

Mula perkenalan aku dahulu memang aku sudah di beritahu dia mempunyai suara lunak dan merdu. Bila ada dinner mesti nama nya akan naik untuk mempersembahkan sebuah dua lagu dan ini kali ketiga aku mendengar merdu suara nya. Mungkin dia tidak perasan, bila dia menyanyi aku akan memerhati setiap mimik laku muka nya.

Titiwangsa…

Mahu tidur katanya, terus mencari letak kereta. Kesian dia, matanya merah kerana letih. Disorong kerusi ke bawah terus melelapkan mata. Aku pula duduk sebelah cuba tidak membuat sebarang bunyi yang boleh menganggu nya. Jam pada kadar itu sudah pukul 5petang. Comel itu perasaan pertama yang muncul bila melihat dia tertidur kepenatan. Membuat aku rasa jatuh cinta ke seribu seratus kali kepadanya.

Dalam masa yang sama aku berdoa,

“Ya Allah, jika benar dia adalah jodoh ku tetapkan hatinya dan tetapkan hati ku untuk masa masa yang akan datang, tetapkan jua hati kami bila menempuh segala dugaan Mu Ya Allah. Mohon pada Mu dan aku redha atas ketentuan yang diberi oleh Mu kepada ku”

Aaaminn!

Tiket balik ku pukul 10 malam. Lepas makan malam bersama, aku dan dia terus ke KL Sentral. Berat hati sebenarnya untuk berpisah dengan dia. Belum puas rasanya melepas rindu dihati ini akan tetapi aku mempunyai tangungjawab di sini. Kerja dan keluarga. Terima kasih pada dia kerana membuat aku gembira dan bahagia walau pun satu hari di Kuala Lumpur ini.

Walau jauh memisahkan tetapi ingatan tetap mendekatkan, Kasih mengeratkan, Sayang menguatkan. In Sya Allah ketemuan yang sekali lagi kita akan bertemu, di izinkan Allah akan aku petik hati mu, moga ia berkekalan hingga ke syurga Allah. Doa ku moga dia sentiasa bahagia dan gembira.

- Tamat-