dan juga aku mungkin berubah angin kerjaya..insyallah..cuma belum lagi menghantar surat perletakan jawatan....hurm....sgt nekad aku utk berenti...
kemana?....ke satu tempat lain yg bukan di sini...kerjaya separuh masa aku tetap akan dijalankan...itu sudah pasti cuma skrg aku mahu menumpukan pada kerjaya baru...tugas baru yg bagi aku sgt mencabar minda...permulaan baru dalam umur yg agak meningkat...tahun depan sudah mula masuk fasa siri 3...haha...
rumah...bila bekerja jauh...kena lah cari rumah sewa...huuu...jd dlm nak bercuti raya ni aku terpaksa jalan jalan ke sana kemari mencari rumah....
nekad...aku yakin dlm keputusan aku kali ini.....
Gigil kesejukkan pengemis itu,
baju yang nipis sebagai perisai menahan angin malam,
gigil terus mengigil tetapi tetap menadah tangan demi secubit alas perut,
bunyi perut seakan tidak memahami keadaan,
bunyi terus berbunyi tetapi tetap menadah demi secubit nafas esok hari,
bergurindam nada lagu keluar demi hiburan laluan ramai,
bergurindam agar tadahan tangan di isi walau sekupang,
ada melihat berlalu sahaja
ada melihat mengambil gambar
ada melihat membuat muka
ada melihat berpaling jauh
ada melihat tanda simpati
tadah di isi pengemis menunjuk lega
meraba tangan mengharap nilai
perut bunyi terus berbunyi
pabila selesai pengemis terus beredar
hati melangkah moga tidak kecundang tersepak tangga yang agak curam
siang atau malam tidak mambawa makna kerana pancaindera telah tiada
mengikut langkah tiada berpeta…pengemis buta di hujung tangga…
Alhamdulillah…bulan yang dinantikan telah tiba….jadi marilah kita perbanyakkan amalan yang dapat menjamin syurga di akhirat kelak…amin!….
aku baru sekarang dapat update entri untuk blog ini yang telah lama bersawang di ruangan alam maya ini….pertama kesibukkan kerja dan keletihan badan punca utama aku menjadi malas untuk mengupdate….lagipun blog ini hanya blog biasa…kedua…kejadian spamming dalam inbox email aku telah berjangkit ke blog menyebabkan blog aku mempublish perkataan yang merepek…dem!!…sabo je la…
ok…dalam beberapa ketika aku tidak mengupdate….banyak perkara telah terjadi di luar jangkaan aku….entah la…semua ini adalah dugaan dari Nya…aku redha….
25hb ogos ini adik kedua aku akan bernikah…wah!!..seronok dan teruja aku nak menunggu hari tersebut…yelah…kenduri besar pertama dalam keluarga aku…harap berjalan lancar…seperti biasa aku akan menjadi official photog untuk mereka…taniah along ucapkan pada angah dan bakal suami…hehe….
si dia…aku banyak bersalah pada si dia…aku sangat menyesal apa yang terjadi…harap di beri peluang agar diri ini dapat menebus segala kesalahan yang ada…tidak dapat aku jelaskan dalam perkataan betapa sesal nya aku…agak berapa lama deringan telefon tidak berbunyi menandakan msg dari si dia….aku paham…si dia sangat marah pada aku…tapi jangan lah terlalu lama….terseksa jiwa dan hati ini menunggu…terasa mahu kesana dan melutut di depan agar diri ini diterima semula…tapi aku risau akan membuat si dia marah…buntu sangat aku buntu di sini….
aku sentiasa berdoa….
Si dia…banyak yang aku kongsikan….alhamdulillah YBU sudah lulus…insyallah dalam masa terdekat akan dapat cek dari mereka…biarpun sedikit tapi dengan sedikit itu aku akan mula kan perniagaan aku sangat minat dari dulu….
aku baru saja menghantar resume kepada pihak hospital…diorang mahukan seorang tech comp…harap dapat job offer tersebut….amin!…
aku sudah seminggu kesakitan kaki…mc dua hari aku …kekejangan otot…doc kata sebab terlalu banyak kerja dan perlu kurang kan berat badan….huhu…alhamdulillah..dalam bulan ramadhan ni dah 4kg turun…
aku baru beli telefon…walau second tapi berbaloi…boleh whatsapp dengan viber…huhu…sekali leh check twiter…fbing…main game…waaa…macam budak kecil dapat cokolat rasanya…haha…1st time aku ada telefon canggih dalam tangan….hahaa…tapi kalau ber whatapps dan viber ngn si dia lagi seronok rasanya…hurm.. :(