MaSA


I made this widget at MyFlashFetish.com.



Sukan Tahunan Sek Ren Keb Sultan Yussuf ke 50


Terlewat aku update kan blog ini. Disebabkan sibuk dengan gerai sampai jarang sekali aku ke Cyber Cafe tuk mengupdatekan blog ni. Alhamdulillah pada bulan yg lalu persatuan kami dipanggil tuk membuat persembahan di SYS rendah semperna sukan tahunan. Aku macam biase la kene belatih tuk memukul gendang pada hari tersebut. Rakan2 aku yg lain yg lebih handal dari aku mestilah membuat persembahan silat dihadapan tetamu kehormat. Aku nak buat silap2 tak sampai 10 saat dah pancit. Tapi dlm diri terase bangga disbbkan persatuan kami sudah selangkah memperkenalkan silat dimata org ramai. Ramai yg bertanye, ramai yg memuji, alhamdulillah usaha kami ada kesan nya. Walaupun kami hanya membuat persembahan hanya dlm 15 minit tetapi itu cukup untuk kami meperkenalkan silat khususnya nama persatuan kami. Harapan aku agar silat dimartabatkan dan di hayati oleh bangsa nya sendiri. amin...!!!