Berjalan…

Masa, waktu

Tetap berjalan walau aku terkaku di sisi bilik tidur ku…

Tetap berjalan walau aku cuba kembalikan kenangan lama…

Aku juga sedar waktu ini aku cuba membuang masa…

Kira aku masa menyembuhkan…

Ya mungkin!

tapi rasa gatal parut itu tetap ada…

Parut akibat torehan pisau tumpul yang menusuk dalam tepat…

Masa, waktu…

Aku cuba terbalik kan jam masa…

Tetapi ia tetap mara dan mara ke hadapan…

Aku melihat tangan…

Sebentuk cincin peningalan ayah…

Terbujuk kaku semasa aku mencabut nya dulu…

Mandi ayah untuk terakhir…

Waktu itu aku tidak menangis…

Cuma kemam mulut rasa pahit…

Pahit hati sampai ke hari ini…

Ayah…

Waktu ini berjalan masa, ayah sudah tiada…

Masa, waktu tetap berjalan…

Tanpa rasa belas dan ihsan…

Aku…si dia..

Dia pergi…waktu ini aku sunyi…mungkin..

Tetapi aku masih berjalan…berjalan ke arah masa itu…

Dalam masa yang berkeadaan indah dan bahagia…

Waktu ini tetap berjalan…tanpa menunggu aku untuk sedar…

Tiada lagi nama dan sebut untuk aku di mulut nya…

Biar lah masa berjalan…

Aku cuba menelan nya…

Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat Amdan

Rezeki…

Alhamdulillah…

Rezeki…insyallah jika jadi dapat la aku job wed bulan 11 dan 12 ni. Agak penuh juga jadual, cuma sekarang ini kene mengumpul duit untuk dapat kan body kamere baru. Kemere dah tak ditangan jadi paling tidak kena lah meminjam atau menyewa kemera.

Sejak kedatangan orang baru dalam rumah ini, rezeki aku meningkat sedikit, Alhamdulilah syukur kepada Allah. Dapat la aku berbelanja untuk mak dan diri sendiri.

Ade juga penghuni baru juga di rumah. Mumu namanya, seekor kucing mix parsi dan kucing kampung. Comel dan yes aku gila kucing sekarang. Duk survey tree cat dan bagai bagai lagi untuk kucing. Insyallah 23hb ni nak ke KL utk mencari barang kucing. Dengar nye ade show dan jualan murah. hehe….

So jum sambung kerja…rezeki dah masuk kene la rajin….amin!!!

Kegembiraan

 

Kini di rumah sudah ade baby comel Nur Syifa Afifah namanya. Ifa atau Syifa aku panggil. Kalo geram Ifa fififufufefefo…hahaha!. Jadi dia lah penyeri rumah sekarang. Alhamdulillah, syukur sejak pemergian ayah, Ifa membuat seluruh isi rumah gembira. Sesuai sangat dengan maksud nama Syifa, Penyembuh. Moga Ifa menjadi penyembuh untuk Abi Umi, Opah, Mak su dan terutama Pak Long yang buncit ni..haha…

IMG_20130523_172058