Fotogfafi ala2 model Terkenal (yela tue)










Pada Sabtu yg lepas aku dan rakan2 pergi "outting" ke ipoh setelah sekian lame tak jalan bersama. Lagipun nak meraikan sahabat aku yg akn melangsungkan perkahwinan pada 6 jun 09 ini, jadi kami berpakat bersama2 keluar meraikan nya. Dgn berbekalkan Camera Sony Alfa100 kepunyaan sham, sesi fotografi pun bermula. Selain radio, hobi aku adalah fotografi walaupun ilmu hanya sedikit. Seperti mana gambar diatas, itulah hasil nya. Walaubagaimana pun aku masih perlu mendalami ilmu fotografi. Insyallah ada rezeki satu Dslr akn aku sambar nanti. amin...!!!

PEKAN SEHARI: EDISI MEI


PEKAN SEHARI: EDISI MEI

Hari Bintang Jatuh '09 : Tiga Venus


HARI BINTANG JATUH ‘09: TIGA VENUS

  • Pengelola: Askar
  • Ruang: Galeri Annexe, Pasar Seni, Kuala Lumpur
  • Tanggal: Ahad, 31 Mei 2009
  • Jam: 1 petang
  • Kandungan: Persembahan akustik dan puisi oleh Tiga Venus, diskusi Satu Puisi Persegi oleh Ashraf Ishak dan Shaira Amira, penampilan istimewa oleh Rina S.
  • Karyawan: Ana Raffali, Fynn Jamal dan Wani Ardy
  • Masuk: RM 15 (Percuma CD)
  • Hubung: venusbertiga@gmail.com
  • Laman: waniardy.com/blog/?tag=tiga-venus

Dengarlah dari Wani Ardy...


Wani%20Ardy
Quantcast

Munasabah diri!!!



Allahuakbar!!!Allah Maha Besar. Hampir setahun aku mengangur tanpa satu kerja pun nak melekat, maybe ini dugaan dari Nya tapi aku ttp redha. Walaupun aku berniaga burger tapi itu tak seberapa nak dibandingkan dengan beban kewangan yg aku ade sekarang ini. Harapan aku dan doa aku moga ape yg dirancang dan dibincangkan ngn ayah itu hari menbuahkan hasil. Cita2 aku nak menbuka sebuah kedai yg lengkap dgn alat2 hardware dan software komputer. Aku juga nak membuka sebuah cafe siber tapi menelan modal yg begitu byk. Ayah dan aku telah bebincang dan ayah nak melabur ke dm projek aku cuma aku perlu besabar sbb ayah sekarng memerlukan wang disbbkan ayah perlu menghadirkan diri di makhamah pada 1 jun 09 ini atas dakwaan "karaoke" tahun lepas. aku doakan ayah didenda dgn jumlah yg ringan. Sekarang aku hanya menumpukan pada "monster burger" tapi alhamduillah aku dpt juga meringankan sedikit bebab walau kadang kala memeningkan aku. Moge aku dpt meneruskan cita2 aku nanti. amin...!!!

Satu lagi tempat yg menarik!!!


Huh!!..cam biase la, aku nak la jugak promote kedai sendiri. Ape yg menarik kat sini?? Byk yg menarik contohnye setiap hari ada tayangan filem2 yg menarik lagi "the boom". Juga ade garai burger yg diberi nama "Monster Burger" antara menu burger yg ada ialah:
  • Daging Biase
  • Daging Istimewa
  • Ayam Biase
  • Ayam Istimewa
  • Benjo
  • Benji Istimewa
  • Oblong Istimewa
Alhamdulillah gerai burger aku dan berjalan selama 2 bula lebih dah. Ini berkat doa dan bantuan mak dan ayah. Kalo rakan2 nak wat "eyeball" di sini mmg sesuai. Ape2 harap rakan2 dpt datang ke gerai burger, kalo leh pulun la jugak burger sekali. Amin!!!

GiG!! Bising Bukan Jahat!!!

Mee KAri Hj Daud Bin Mat Jasak


Huh!! semalam aku ngn kwan2 dgn perut lapa mencari makanan. Dipikir2 sambil bejalan2 aku terpanggil utk singgah ke kedai mee kari yg famous di pekan ipoh. Alhamdulilah sampainya kami belum lagi ramai org dpt ke kedai tersebut jd kami pun terus duduk dan tanpa segan silu menempah mee kari kesayangan kami. Hehe...seperti gambar diatas mee kari famous ni mmg dari dulu lagi masih sedap dan berlemak. Aku cadangkan pada rakan2 kalo singgah ke mee kari famous ni panggil2 la aku sekali sbb aku ni mmg hantu mee kari. Rakan2 juga boleh menambah lauk2 kat mee kari famous, mmg best sebb bahan2 mee kari mmg segar dari ladang dan dipetik khas utk menbuat mee kari tersebut. Jdi ape lagi jum kite ke mee kari Hj Daud Bin Mat Jasak sekarang. Amin...!!!

Temuduga Terbuka DI JPN

Alhamdulillah pada 13 mei 09 yg lepas aku telah hadir ke temuduga terbuka di JPN jalan maxwell. Dlm kira2 7.30am aku dan kire2 930am baru la aku dpt numbor untk ditemuduga -136- . Walaupun penat menunggu untk mengambil numbor aku redha sbb mmg aku pun terlewat. Dlm perhatian aku kira lebih dari 800 org yg dtg utk ditemuduga pada hari itu, itu baru satu jawatan. Alhamdulillah, dlm pukul 2.00pm aku dipanggil untuk ditemuduga, mmg mengeletar satu badan aku mana tak nye, aku lame tak pergi temuduga ni jd persediaan aku hanya berbekalkan doa dan tawakal saje. Setelah aku duduk bersama dgn 4org YL yg jgk sama ngan aku utk di interview, ahli penel menanyakan soalan pertama "kenalkan diri masih2, kelulusan, tinggal dimana, pengalaman kerja, umur dan lain2" aku org ketiga yg disoal. Alhamdulillah soalan pertama itu aku jawab dgn tenang walaupun hati aku masih berdegup dgn kencang. Soalan kedua plak ialah "sila beri perbandingan antara pelajar dulu dan sekarang" jawapan aku " beza antara pelajar dulu ialah mereka didedahkan dgn dunia ICT dan teknologi. Mereka didedahkan juga dgn pengunaan komputer dan internet berbanding dgn pelajar dulu hanya merujuk pada buku dan juga guru itu sendiri jd pelajar sekarang lebih maju dan matang dari segi pendedahan ilmu secara terus" Itu lah jawapan aku, tapi utk 4org YL diorg menjawab pelajar sekarang lebih teruk sosial dan ahlak telah terjejas, bagi aku kalo kite ditemuduga jgn la jawab dgn jawapan yg negatif tapi terpulang la. Soalan ketiga pula " berikan sikap yg perlu ada pada penjawat awam dlm satu perkataan" Jawapan aku ialah " amanah ". Terus ahli penel menamatkan sesi temuduga kami. Nafas lega terus keluar dari mulut aku kerana penantian dan debar menunggu telah berakhir. Aku pun balik dgn harapan dan doa aku berjaya ditawarkan berkerja. Amin!!!

Taniah untuk Sahabat ku - Hazizul -

Taniah untk sahabat ku Hazizul kerana dpt menimang cahaya mata(puteri) yg pertama. Aku doakan agar dimurahkan rezeki dan di panjangkan umur.

Konvoi Jati Diri Negara - 24hb April dan 26hb April 2009


Alhamdulillah pada 24hb dan 26hb kami berjaya menjalankan tugas sebagai marshal utk program Jati Diri Negara anjuran Belia Perak Tengah. Terima kasih kepada En. Budiman selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah memberi kepercayaan kepada kami utk mengiringi peserta dari Seri Iskandar ke Bukit Larut. Program bermula pada 3ptg selepas solat jumaat tetapi disebabkan masalah tertentu program terlewat sejam dan kami hanya bermulakan perjalanan ke Bukit Larut pada pukul 4ptg. Dengan bantuan pihak polis, konvoi dengan selamatnya sampai kira-kira pukul 7ptg walaupun salah satu kuda besi peserta konvoi mengalami masalah tayar pancit ditengah perjalanan. Pada 26hb pula kami memulakan perjalanan balik pada pukul 1tghari dan sampai di Seri Iskandar pada kira-kira pukul 5.30ptg. Marshal yg terlibat ; 9W2DRH (abg zul), 9W2FAN (wan cacing), Nik, 9W2KKX (mon). Diharap aktiviti seperti ini dpt diadakan selalu agar radio amatur dikenali oleh semua lapisan masyarakat. amin!!!