Majlis Tauliah & Penerimaan Bengkung Per. Seni Silat Serimau Hitam Perak Cwgn UPSI

Taniah kepada Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan UPSI kerana berjaya mengadakan majlis tauliah dan penerimaan bengkung utk pesilat2 UPSI. Ini melambangkan persatuan silat kita masih lagi kukuh. Kami dari Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput ke majlis tersebut. Alhamdulillah, kira2 pukul 230pm kami sampai disana walaupun sedikit lewat kerana beberapa masalah timbul di pertengahan jalan. Majlis diserilan lagi dgn beberapa persembahan dari pesilat Upsi sendiri dan juga dari Cawangan Klebang Restu (ipoh). Terpegun melihat persembahan dari pesilat Cawangan klebang Restu kerana mereka membawa kelainan dlm persembahan. Setelah habis pemberian bengkung, majlis diteruskan lagi dgn majlis ilmu iaitu batang pisang, mandi pedang. Kira2 pukul 6pm majlis tamat dgn acara penutup gelanggang dari Guru Utama sendiri. Harapan dan cita2 agar kami di Batu Gajah juga dpt mengadakan majlis tauliah dan penerimaan bengkung pada bulan Jun ini nanti. amin...!!!

Callsign 9W2 KKX

9w2 KKX

Station Owner:Mohd Fahmi B. Mohd Najib
Base:Batu Gajah

Alhamdullilah, setelah hampir setengah tahun menunggu akhir nya aku memperolehi lesen yg bercallsign 9w2kkx. Syukur aku pada Allah akhir nya aku lulus. Terima kasih pada rakan2 yg sentiasa membimbing aku dan mengajar aku erti sebenar radio amatur. Insyallah jasa kalian akan dibalas dgn pahala yg mencurah2...amin!!!