Perasaan…

Tajuk:Perasaan (cerpen pendek)

…….

Tiada kata dan perkataan dapat menyatakan perasaan aku sebenarnya….

 

aku ingin menaip dan menghantar sesuatu kepadanya tetapi aku cuba tidak menganggunya kerana aku tahu dia bahagia disana…tetapi aku juga manusia…perasaan tetap perasaan…

Tempat jatuh lagi dikenang…

Hari ini DP nya berubah…aku seperti biasa akan menjadi peminat senyap…memerhati dan melihat…oh tuhan!! mengapa dia begitu comel…hati aku meruntun…sekadar butang “like”…hanya itu yang mampu aku nyatakan betapa aku rindu padanya…

mimpi…

Semalam aku cuba bermimpi dia…bermimpi indah dan senang...mahu bermimpi senyuman dan ketawa…dalam mimpi itu aku berjalan di tepi pantai…diteduh pohon kelapa nan rendang…berdua…memerhati laut dan jatuhan mentari diufuk…indah keadaan itu…aku puas mungkin begini…bermimpi indah dan senang…

realiti…

hari ini aku sedar…mimpi indah dan senang itu sekadar kudapan hati untuk tidak sakit dan pedih…tidak mengapa lah wahai hati…memiliki sesuatu itu perlu ada kebenaran yang Maha Esa…jika tidak diizinkan Nya…kita merancang banyak mana sekali pun ia tetap terlepas dari tangan kita…

doa..

usaha…DOA dan tawakal…perkataan yang selalu di sebut oleh cikgu masa aku di bangku sekolah…terima kasih cikgu…arwah opah juga selalu berpesan…solat itu wajib…dan selalu lah berdoa kepada Nya…rasa sedih…berdoa minta gembira…rasa bangga..doa supaya jgn riak…sentiasa berdoa opah berpesan…terima kasih opah…

Sudah pukul 6 petang…rutin biasa aku balik ke rumah bersedia untuk hari esok nya pula….

Tangis…

Tajuk : Tangis

Tangis…

Ija cuba menahan air mata tetapi ia tetap berguguran bersama esak suara yang sayu di sudut katil. Membaca tulisan blog pemuda bernama Kai menyebabkan hatinya begitu terguris. Terguris kerana pemuda itu rupanya mencintai orang lain bukan diri nya. Ija cuba menenangkan perasaan nya dengan mendengar lagu-lagu rancak akan tetapi hati nya begitu pedih sehingga lagu-lagi itu bertukar menjadi satu nada sayu di telinga nya.

‘Ibu, Ija sedih, Ija mahu ibu sekarang” tangis Ija.

Tetapi Ija sedar ibu nya sudah lama tiada di sisi. Pergi menghadap Ilahi setahun yang dulu akibat kemalangan yang juga meragut ayah dan kedua adik-adik nya. Cuma kini Ija bertemankan tangis dan perasaan hiba di hati.

Ija terus ke bersiap untuk keluar. Bagi nya mungkin ada cebis kegembiraan di luar sana dan mungkin dia menemui ketenangan yang dicari selama ini. Langkah longlai di persembahkan di kaki lima, Ija cuba menapak mencari ketenangan.

Rupanya langkah longlai itu berjalan jauh hingga ke tepian tasik yang diterangi lampu sorot jalanan. Tasik Titiwangsa, terimbau kenangan indah Ija dan pemuda bernama Kai. Gurau senda, gelak ketawa di tepian tasik seperti tabir wayang yang bermain semula di mata Ija. Ija cuba senyum dengan kenangan itu, cuba mengambil perasaan gembira itu tetapi hiba nya tetap kuat. Pedih nya tetap terasa kerana selama ini Ija hanya berangan bercinta bukan nya kenyataan.

Terlunjur Ija di tepian tasik itu menitikkan air mata. Ija pasrah kerana cintanya tidak berbalas. Ija terus membuka Samsung Wonder nya mencari lagu yang menjadi kegemaran halwa telinga. Ija bersandar di kerusi di tepian tasik itu mendengar lagu.

Dalam mendengar, Ija terkenang pesan ibu

“Ija, sedih, kecewa dan hiba itu sebahagian dari hidup kita. Jika Ija bertembung dengan mereka, ingat Ija punya tempat mengadu walau ibu mungkin tiada nanti tetapi Allah tetap berada di sisi Ija. Berdoa lah Ija, mengadu kepada Nya. In Shaa Allah Ija akan tenang”

Ija terus tersenyum, seperti ada satu kekuatan baru yang muncul di sanubari. Mungkin pesan ibu memberi semangat kepada Ija. Di tutupnya lagu terus Ija menapak kembali ke arah rumah tetapi kali ini dengan langkah nya laju. Terasa rindu kepada sejadah yang terlipat di sangkutan.

Malam itu Ija berdoa….

Demam…

Huh…agak kelesuan aku hari ini…

Ya Allah…kemalasan yang melanda diri…hoo…tetapi aku gagah kan juga diri…makan ubat dan terus kerja…hari kenduri adik ku semakin hampir…macam macam nak prepare…semalam ke manjoi ke rumah mak sedara untuk mengambil gula…hampir terlelap akibat ubat demam yang aku telan sebelum itu…huuu…bahaya!!!…

Nampak nya aku sudah seminggu tidak ke sana…hohoho..mana tidak nya…4 hari kursus ditambahkan dengan demam dan sakit badan ini…membuat aku ponteng…In Shaa Allah aku akan cuba ke sana malam ini…

Rumah mula sesak dengan barang barang kenduri…mungkin esok khemah, kerusi dan meja akan sampai…ohh!…keletihan yang amat sudah terbayang di otak…

Bilik aku akan di jadikan bilik tetamu…alahai…aku nak tidur mana?…yang penting barang berharga kena simpan elok elok….huu…

esok nak survey daging kambing wat pangang malam tue…yoossh!!…

Aku rindu Si Dia…

Kursus Wasit Juri Tahap 3 Kebangsaan…

Alhamdulillah…

cita cita aku dalam ingin menjadi wasit juri telah tercapai…4 hari berkampung di UPSI Tanjung Malim…peh!!…satu memori yang tidak akan aku lupa kan sampai bila bila…

Hari pertama…

830 pagi sampai tiba di UPSI…daftar dan terus ke Kolej Ungku Omar…macam biasa lah…taklimat dan sebagai nya…malam nya pula penerangan kursus…yang best nya kene hafal jurus regu sebanyak 100 langkah…peh!!!…ada 4 ujian…ujian Fitness…ujian Jurus…ujian Teori…dan Ujian “Aba-Aba” atau ujian di dalam gelanggang….

Hari kedua…

Macam biasa lah…aku mulai mengenal semua peserta…rakan sebilik nama Buncit…panggil Bun…haha..aku ingat aku sorang je la yang buncit kat situ…rupenya ade jgk rakan…haha…sebelah bilik ade Ustaz Saiful, Daus dan Cikgu Aat…semua nya sempoi…Ustaz Saiful mulanya nampak tegas…tetapi sama juga…otak gila gila…

Disebabkan aku dan yang lain lain tidak menghafal jurus regu…kami terpaksa tidur lewat hingga pukul 4 pagi…masing masing layu tetapi gagahkan juga untuk menghafal jurus…100 langkah ade 12 jurus…aku hanya menghafal sehingga jurus ke 7 sahaja…adesss…terima kasih pada buncit yang sudi bersengkang mata mengajar aku dan lain lain….

Hari ketiga…

Kelas diteruskan…banyak perkara yang aku belajar tentang undang undang wasif juri ini….alhamdulillah…tenaga pengajar memang aku kenal dari dulu lagi…Abg Tapa dan Abg Jobbar…juga terima kasih pada Cikgu Mus dari terengganu yang sudi mengajar…pada malam nya kami terus di uji  dengan ujian teori dan jurus regu…walau dalam keadaan tak sedia 100%…tetapi kami redha…huuu…yang paling debar bila tiba giliran kumpulan kami untuk di uji…nasib baik Bun ade menyelamatkan keadaan…jadi aku hanya mengikut gerak jurus dari Bun…Alhamdulillah aku dapat menghabiskan 12 jurus….huu…Lepas habis ujian terus kami berjimba jimba…haha..MEMBE!!!…release tension…

Hari keempat…

Hari terakhir…sedih pun ada bila lepas kursus ni akan membawa diri ke tempat masing masing…sebelum habis…kami di uji cara pengendalian gelanggang…jadi aku buat yang terbaek moga aku lulus hendaknya…alhamdulillah walau di uji pelbagai situasi aku tetap tenang…walau kaki sebenarnya mengeletar…habis semua nya…tiba masa untuk penyampaian sijil…alhamdulillah aku LULUS dengan markah 78.9%…kira antara tertinggi juga la…pukul 5 petang..majlis pun selesai…aku, dukun, lan, leman, zam, hazim, bun dan bro awie singgah di tapah sebelum bergerak ke destinasi masing masing…

20121130_173901 20121130_151000 20121130_145343 20121130_173541 20121130_145336 20121130_145329