Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

#JungleWar #anotherescape

Assalamualaikum…

Alhamdulillah berkesempatan bercuti dan lari dari kesibukan kerja. Dua hari di Kg Sungai Jahang. Pertama kali sampai di sana aku terpegun dengan kehijauan dan jernih sungai yang mengalir. Masa tu agak rasa jatuh cinta dengan ketenangan di sana.

IMG_20131109_150754

Menginap di Dimal Chalet agak selesa dengan bayaran hanya Rm20 seorang so agak berbaloi lah. Cikgu Hadi tuan empunya chalet sangat mesra dan terima kasih kerana melayan kerenah aku dan rakan rakan yang gila gila.

Hari pertama, Paintball aka junglewar memamg terbaek dan sangat sangat lah memenatkan. Lebam sini sana akibat ditembak memang berbaloi. Kelakar bila aku mula di starting point seekor biawak yang sangat besar meluru ke arah aku. Secara spontan aku melompat, menjerit terkejut terus jatuh tergolek bak nangka busuk. Waktu tu malu campur takut sebab terkejut melihat biawak bapak besar melintas.

Mula dengan perasaan debar, bila Marshall bunyi kan hon tanda mula. Meluru aku kedepan dengan nafas tercungap cungap. Tembak menembak berlaku. Aku menyorok di belakang pokok. Rakan yang lain cuba menaikkan bendera.

“Aku cover ko, naik bendera cepat!” aku jerit

dah macam komando bersara plak aku rasa. Tembakan bertalu talu supaya pihak sana tidak dapat membalas tembakan. Alhamdulillah 1st round pasukan aku menang. Rehat dalam 10 minit, sambung balik akan tetapi kami bertukar starting point jadi kali ini game lebih berhati hati dan lebih strategik. Aku cuba kehadapan memasuki semak yang tinggi. Terpikir juga kalo terjumpe biawak atau binatang berbisa. Disebabkan anderlin dan perasaan debar yang tinggi, otak tidak langsung terpikir. Bunyi tembakan bertalu talu kedengaran di seberang sana. Joi salah seorang pasukan aku mula kehadapan dengan pantas. Alhamdulillah aku di “backup” oleh Fitri dari belakang jadi aku mempunyai “spotter” yang membolehkan aku tahu kedudukan musuh dihadapan.

“Bro! Kat depan ada sorang” Fitri memberi isyarat.

Dengan badan yang besar ini aku agak pelahan mendekati, syukur ada pokok besar dihadapan memberi kelebihan pada aku dan membuat pihat sana tidak dapat menembak aku. Mula balas membalas tembakan. Berjaya menembak, sorang keluar. Aku cuba menjadi hero keluar tanpa berlindung dan akhirnya aku ditembak bertalu talu. Pedih!

“Out!” Aku jerit sambil mengangkat tangan

Pengalaman yang tidak akan aku lupa kan. Terima kasih kawan kawan.

IMG_20131109_150541IMG_20131110_210943

group

#AwalMuharam

blog

Assalamualaikum…

Salam Awal Muharam…salam tahun baru kepada semua rakan taulan…alhamdulillah…tahun hijrah yang baru kita akan tempuh…hembusan nafas yang masih kekal di badan kita…masih terlekat jasad dan roh di dlm jiwa kita…alhamdulillah syukur kepada Allah kita masih dapat menikmati semua perkara yang terbentang luas di permukaan bumi Allah ini.

Mohon kemaafan jika ada salah dan silap…mohon ampun jika ada terluka hati disebab oleh perbuatan dan percakapan. Syukur juga aku masih waras untuk menempuh segala dugaan yang diberi oleh Maha Pencipta. Kadang kala ada jua aku tersasar, ada jua aku tersesat dengan nafsu dan amarah. Seperti biasa aku hanya manusia yang masih kerdil dalam erti kata lain. Aku cuba belajar dan belajar agar aku menjadi insan baik di sisi Allah. Insyallah.

Moga rezeki dan kejayaan mengiringi kita hendaknya. Amin!!…

^_^

Kursus Wasit Juri Tahap 3 Kebangsaan…

Alhamdulillah…

cita cita aku dalam ingin menjadi wasit juri telah tercapai…4 hari berkampung di UPSI Tanjung Malim…peh!!…satu memori yang tidak akan aku lupa kan sampai bila bila…

Hari pertama…

830 pagi sampai tiba di UPSI…daftar dan terus ke Kolej Ungku Omar…macam biasa lah…taklimat dan sebagai nya…malam nya pula penerangan kursus…yang best nya kene hafal jurus regu sebanyak 100 langkah…peh!!!…ada 4 ujian…ujian Fitness…ujian Jurus…ujian Teori…dan Ujian “Aba-Aba” atau ujian di dalam gelanggang….

Hari kedua…

Macam biasa lah…aku mulai mengenal semua peserta…rakan sebilik nama Buncit…panggil Bun…haha..aku ingat aku sorang je la yang buncit kat situ…rupenya ade jgk rakan…haha…sebelah bilik ade Ustaz Saiful, Daus dan Cikgu Aat…semua nya sempoi…Ustaz Saiful mulanya nampak tegas…tetapi sama juga…otak gila gila…

Disebabkan aku dan yang lain lain tidak menghafal jurus regu…kami terpaksa tidur lewat hingga pukul 4 pagi…masing masing layu tetapi gagahkan juga untuk menghafal jurus…100 langkah ade 12 jurus…aku hanya menghafal sehingga jurus ke 7 sahaja…adesss…terima kasih pada buncit yang sudi bersengkang mata mengajar aku dan lain lain….

Hari ketiga…

Kelas diteruskan…banyak perkara yang aku belajar tentang undang undang wasif juri ini….alhamdulillah…tenaga pengajar memang aku kenal dari dulu lagi…Abg Tapa dan Abg Jobbar…juga terima kasih pada Cikgu Mus dari terengganu yang sudi mengajar…pada malam nya kami terus di uji  dengan ujian teori dan jurus regu…walau dalam keadaan tak sedia 100%…tetapi kami redha…huuu…yang paling debar bila tiba giliran kumpulan kami untuk di uji…nasib baik Bun ade menyelamatkan keadaan…jadi aku hanya mengikut gerak jurus dari Bun…Alhamdulillah aku dapat menghabiskan 12 jurus….huu…Lepas habis ujian terus kami berjimba jimba…haha..MEMBE!!!…release tension…

Hari keempat…

Hari terakhir…sedih pun ada bila lepas kursus ni akan membawa diri ke tempat masing masing…sebelum habis…kami di uji cara pengendalian gelanggang…jadi aku buat yang terbaek moga aku lulus hendaknya…alhamdulillah walau di uji pelbagai situasi aku tetap tenang…walau kaki sebenarnya mengeletar…habis semua nya…tiba masa untuk penyampaian sijil…alhamdulillah aku LULUS dengan markah 78.9%…kira antara tertinggi juga la…pukul 5 petang..majlis pun selesai…aku, dukun, lan, leman, zam, hazim, bun dan bro awie singgah di tapah sebelum bergerak ke destinasi masing masing…

20121130_173901 20121130_151000 20121130_145343 20121130_173541 20121130_145336 20121130_145329

Kellies from My View Finder…

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Perjalanan aku kali ini tidak lah jauh mana pun….hanya beberapa kilometer dari rumah aku sahaja…cuma kali ini aku tidak mahu mengambil gambar orang….dari mata aku sendiri…ini lah kellies castle yang aku lihat….dari setiap sudut….dari setiap binaan….cuma aku tidak keatas….aku gayat…yes!!…aku ada fobia ketinggian…jadi..dari sudut ini sahaja lah aku melihat…

Gian…kerja dan …

Alhamdulillah….

Perkara pertama yang aku lafaskan pada hari pertama aku berkerja di Seri Iskandar ini…syukur pada Allah kerana memberi aku kerjaya yang dapat aku terap kan segala pengetahuan dan idea yang lama aku pendamkan….insyallah moga aku berjaya hendaknya di syarikat Ace Tech ini….terima kasih pada yeen sebab memberi peluang…akan aku usaha kan selagi mampu aku…

Hari Pertama…agak santai kerana aku belum 100% boleh menjalankan tugas sebenar aku….banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum aku keluar mencari peluang yang ada…bak kata orang…ingin memancing di laut dalam perlu ada kelengkapan yang lengkap….jika tidak..pulangan nya kosong…doa usaha tawakal…amin!

Gian….outing

Ahad lepas….aku dan yeen ke Gunung Lang untuk bersama outing dengan photographer yang lain…menimba ilmu dan mengenali satu sama lain….peh!!…sebenar nya itu la pertama kali aku melangkah masuk ke Gunung Lang….sangat cantik..dengan pemandangan gunung dan tasik…memukau….cuma pada hari itu…cuaca panas tidak berangin…

liza 2 m1 tyra1

Ini lah beberapa keping gambar aku ambil sepanjang outing tersebut…

 

Rumah Sewa…

RM10 sehari minyak…Sebulan 30 hari = Rm300

hanya perbelanjaan minyak saja dah cecah Rm300…kira kira rumah sewa hanya mengeluarkan Rm150 sebulan…jadi aku dan yang lain bercadang mencari rumah sewa yang selesa….

Mulai minggu depan…aku akan jadi penduduk Seri Iskandar….yossh!!!….and that day is my Bday!!…hope can celebrate with you my dear sunshine….

She…

she2 she

fly…

IMG_9341 Aku mahu terbang…

tapi aku tiada sayap…

aku mahu terbang…

tapi aku terlalu berat..

aku cuba terbang..

aku jatuh tersungkur…

aku cuba lagi..

akhirnya aku sedar…

terbang bukan perlu sayap..

hanya perlu cita dan usaha..

itu lah sayap nya…

ditambah doa dan tawakal pada Maha Esa…

terbang lah kemana pun…

aku mahu terbang…

Pre Wed…

angah 4 angah 5 angah 6 angah 2 no

3 am…the times!

Keserongan masa tidur aku kini agak bermasalah…aku cuba untuk tidur awal akan tetapi aku masih dihantui peristiwa hari itu yang mana aku mencetuskan rase emosi yang tak terduga…meletus meletup…biar lah…let it be…things happen!…

Nguapan panjang….tetapi mata masih segar bugar…terlalu banyak aku memikirkan sesuatu…cuma kurang jelas butir kerana ia bercampur baur dengan rona kehidupan seharian ku…

Cuma kali ini masa minggu aku terisi dengan sesi “outing” Gempak yang di cipta khas leh komiti lensa Perak…alhamdulillah segala input aku terima dan simpan sebagai rujukan masa…aku cuba bandingkan kerja tangan aku dengan sifu sifu…memang jauh beza nya…aku perlu mengasah lagi kemahiran melihat menafsir dan menghayati hasil kerja tangan aku…

nunu two cik nunu oneUcapan terima kasih kepada “talent” yang sudi memberi satu kerjasama pada aku yang hanya boleh dipanggil “newbie” dalam kerjaya lensa ini…banyak lagi ruang dan peluang perlu aku sendiri perbaiki…cuma sekarang kekangan masa dan modal memaksa aku sedikit undur dalam memperjuangkan kerja separuh masa aku ini…insyallah dengan izin Allah…aku akan mencari jalan terbaik untuk diri aku…

Reading…melompat aku pada coretan si dia…kesian si dia kini sibuk pada tugasan baru..banyak benda yang perlu si dia kejar kan…nevermind dear…you can do it!!…aku di sini sentiasa memberi sokongan dan dorongan…berserta doa…insyallah…memahami apa yang berlaku…( jika hati ini boleh di “print”)

Ber Fb….tiba tiba satu wall stat terpacul di depan mata….mari tidur…

Pyanhabib Rahman
SaaT bintang bersunyi di langit tinggi, ditebar-Nya malam untuk kamu bermimpi ...

Memikir…

IMG_9929 - CopyLumut

i City…

IMG_1822

i City…

PORT….Koloni Karyawan Aman Jaya…

Alkisah aku mengejoin satu outing street di lowking aka memory lane di ipoh….alhamdulillah banyak ilmu yang aku dapat…dah alhamdulillah 3 keping gambar aku di select untuk di pamer kan di rumah PORT….yang seronok nye…last day pameran baru aku sampai….sorang2 la aku melayang gambar…peh!!..mmg banyak gambar yang sempoi-sempoi….dibanding kan gambar aku….memang diorang punye gambar gempak-gempak….hope PORT mengadakan outing lagi dimasa hadapan….ilmu!!!….

 

IMG_1115IMG_1106 gambar aku sekeping kat bawah nun….yg atas-atas tue otai yang amik….aku anak anak lagi….

IMG_0303 IMG_0328

IMG_0312

3 keping gambo aku yg di pamer kan…hohoh…kembang hidung den

IMG_1102

rupa nya ada tempat jamming dalam….niceee…..

IMG_1097 IMG_1098  IMG_1090 IMG_1091 IMG_1093

antara gambar yang di pamerkan….niceeeee!!!

 

 

 

 

 

* kadang-kadang aku lebih suka membuat sesuatu perkara itu sendiri….kesana kemari sendiri…cuma ingin aku kongsi kan segala kegembiraan dengan seseorang yang aku tunggu….sentiasa aku tunggu…mungkin sesetengah orang mengatakan tidak berbaloi…tapi aku tekad…ia tetap berbaloi untuk aku…tak kira ada atau tidak…pada Allah aku serah kan….