#TerPanggil

Harini…
aku rasa terpanggil untuk menulis…seperti ada kata kecil dalam hati aku supaya menulis hari ini…seperti ada rayuan angin yang mahu aku menaip sesuatu di papan kekunci ini…


“hummm…” keluhan kecil dari mulut.

Baik lah…bermula dari saat aku meninggalkan halaman kampung….
Saat itu sebenarnya satu hijrah besar bagi diri aku…aku dipanggil rezeki untuk berpindah meninggalkan ibu…adik adik dan juga sahabat handai di kampung halaman…tetapi hijrah kali ini bukan hijrah biasa bagi aku…penentuan hidup dan juga masa depan yang cerah…insyallah…aku sentiasa berdoa…
Melangkah kaki di gerbang sawat kali ini bukan seperti biasa aku lakukan dulu…mahu ke sana untuk berjumpa dan melepas rindu….itu dulu..sekarang aku melangkah untuk mencari rezeki dan melangkah untuk menentukan masa depan hala tuju…


Aku di pinang anak syarikat telekomunikasi yang agak gergasi juga di Malaysia ini…kerja sebagai *****(maaf rahsieee) hahaha…..alhamdulillah rezeki dan berbangga juga aku dapat melangkah kaki ke gerbang kerja yang mencabar ini…tidak aku impikan sebenarnya…budak kampung hingusan seperti aku kerja sebegini dan berumur lanjut…lanjut ke?….hahaha…
Biasa lah duduk di sini semua nya memerlukan duit…kunci utama dalam keberlangsungan hidup di zaman serba moden walau manusia sekeliling aku ini semakin lama semakin kebelakang dari segi jiwa dan rohani…bermula kerja dengan berpakaian kemas…berkemeja..bertali leher…aduss…kekok aku melangkah…akan tetapi aku telan kan jua…alang melangkah biar berpencak…alang berpencak biar berbuah…jadi aku terus kan jua apa yang aku nekad kan sebelum ini…


Hampir beberapa bulan sudah aku di sini…aku sudah terbiasa dengan slang orang sini…tetapi hati tetap dengan kampung halaman…cuma ikut pepatah orang lama…masuk kandang kambing mengembek…masuk kandang harimau mengaum…masuk kandang ehem…harom!!!!….hahahah….


Rezeki kerjaya ini juga bukan aku kongsi kan pada aku akan tetapi pada seseorang…Allah itu Maha Mendengar…Allah itu sentiasa meletakkan sesuatu itu kepada tempat yang amat sesuai dan amat tepat pada masa nya…tidak pernah satu pun tersasar kerana Allah itu Maha Berkuasa dalam semua hal…rupa nya rezeki kerjaya ini membawa aku tersasar ke kancah alam pertunangan rupanya…ahahahah!!!…tidak percaya juga aku….nekad membeli sebentuk cincin emas dengan ibu…terus tetap kan tarikh dan aku kini tunangan orang nun jauh di sana tetapi dekat di hati…(saya syg cik tunang saya)….ibu juga aku lihat agak senang dengan cik tunang…sentiasa SMS atau Whatapss..wow!!…ibu dah pandai Whatapps…biarlah…ibu kesunyian…sejak kehilangan Ayah hampir setahun lebih yang lalu membuat ibu muram dan sunyi…aku pula di sini…dengan aplikasi ini dapat jua melalaikan ibu dari kesedihan…lagi lagi cik tunang juga rajin melayan ibu…syukur juga…


Cuma sekarang ini perlu jimat tahap dewata kelapan untuk kearah pembinaan masjid…100% fokus pada tarikh tersebut…cik tunang sudah banyak kali beri amaran…


“Jangan boros!”


Sesal juga aku tidak menyimpan dulu…kini terkial kial mencari dan mengumpul modal belanja…kurus di buat nya!!!
Pesan untuk sahabat…simpan lah walau sedikit sedikit mulai sekarang…simpanan itu akan menyelamatkan anda dan juga hubungan anda nanti…percaya lah…sebab aku mempunyai pengalaman…pengalaman itu mendewasakan…walau pahit…tetapi ia ubat…ubat yang membuat aku imun dalam beberapa penyakit hati dan juga penyakit kesedihan…aku campakkan jauh jauh perkara yang lalu itu…sejak nekad melangkah dalam gerbang sawat itu…aku nekad juga kosong kan minda…hati dan kenangan agak langkah ini tidak tersadung dek kerana kemurungan dan kekacauan jiwa…sekarang aku lebih sedia…InsyAllah…

KINI


Menanti tarikh dan menanti hari bertukar status bujang terlajak sekarang ini….


Duga…


Walau apa jua…duga tetap melangkah masuk…walau sudah ditutup rapi…seperti maut…walau duduk di dalam gua sekali pun..ia tetap dtg menjemput…sepertimana duga…ia tidak akan pernah jemu datang dan datang untuk memberi kita rasa kelazatan dalam berusaha mencari penyelesaian…bersabar lah…moga duga 
ini memberi kita ketabahan hati…iman dan juga jiwa…


Hampir Raya Haji…hampir jua dengan Hari Lahir aku…dan juga arwah Ayah...hari lahir yang aku tidak akan sambut dengan meriah mungkin…rasa bersalah jika aku sambut kerana tarikh itu tarikh istimewa aku dan ayah…aku rindu ayah…seorang yang bermisai…melatah…senyap tetapi tegas dalam membuat keputusan…orang yang dihormati seluruh masyarakat…setiap kali keluar…ada yang akan mengiring ayah...seperti YB…bercium tangan…apa saja kes mesti berjumpa dengan Ayahanda Najib…dulu menjadi anak kepada ayah memang bangga…mana pergi mesti dihormati…berkemeja kemas…bersongkok senget…watak yang amat dihormati…kini itu semua menjadi kenangan silam…cuma nama yang tinggal…
bila mana pergi nya ayah…pergi jua sebahagian dari diri aku…walau aku dulu asik tidak sependapat…


Mata mula layu…


Aku rasa karangan merapu aku ini perlu di tutup….dan mungkin lama lagi untuk aku menulis lagi…rasa menulis itu sudah pergi sekarang ini…rasa luahan dan karya merepek ini mungkin aku tanguhkan dulu…kita lihat lah nanti bagaimana…lagipun blog ini blog “syok sendiri”…tiada peminat setia…cuma aku penulis…aku pembaca dan aku juga pemberi komentar…jika bersawang sekali pun tidak siapa yang tahu dan mahu…


Sebelum aku habiskan tinta papan kekunci ini…



“ Gerimis turun tidak keatas…turun nya ia berkorban jiwa…bia halwa kesejukan terasa…gerimis tetap berkorban nyawa…tersejat ia di bawah mentari…serap di nun atas si awan…menutup meredup moga bumi selesa…si awan tetap kepanasan…menangis awan turun nya air…sekali lagi si awan berkorban raga…semata untuk bumi tercinta…tangis si awan penyubur jiwa…penyegar rasa untuk alam semesta…tumbuh jiwa baru melata…atas daya korban jiwa dan raga…kitaran hidup kita semata…”