#hojanturun

Hujan itu rahmat…

Ungkapan yang terkeluar tiba tiba dari mulut Qus. Aku mula mengaru kepala. Mula nya senyap, tiba tiba kata pasal hujan.

“Kau kenapa dol?”

“Takdelah, aku just nak ease kan hati aku mengatakan hujan itu rahmat dari Allah” Balas Qus.

Mula lah jiwa jiwa nya keluar. Aku cukup paham sahabat aku sorang ini. Bila hati tidak tenang, bila sesuatu menganggu jiwa raga nya. Dia akan mula menjadi seorang sasterawan negara yang paling ulung sambil mengeluarkan kata kata pujangga yang agak tidak bersesuaian pada masa dan ketika.

“Lantak ko la, aku malas nak cakap apa”

“Kita ini nak jadi macam ni ke sampai bila bila?” Terpacul soalan dari mulut sang sasterawan negara.

“Jadi macam apa?” Aku mula bertanya

“Takde arah tuju, kerja makan tidur, kerja makan tidur. Kita kata hujan itu rahmat Allah tapi kita tidak bersyukur pun pada Nya” Qus mula berkata.

Aku mula termenung “Cuba ko terang kan pada aku skit”

“Bro, kita banyak membuat kebaikan, itu aku tidak nafikan. Tapi bro sedar tak kita asik meninggalkan perkara yang wajib. Perkara yang memang dituntut oleh iman kita, yang dituntut oleh Allah”

Aku makin termenung dan aku mengerti apa yang dikatakan oleh sahabat aku ini. Solat lima waktu yang wajib setiap umat Islam dalam dunia ini lakukan.

“Aku bukan apa bro, aku baru dapat tweet dari membe aku” sambil menunjukkan paparan tweet kepada aku.

“kalau surat saman dari Allah tu boleh dilihat, pasti ramai yang patuh mcm patuh pada lampu isyarat

“Tweet ini membuat aku tersedar, tweet ini membuat aku rasa malu pada Nya. Kita mengharap tapi tak pernah pun rasa syukur bila harapan itu tertunai dan bila kita tak dapat harapan tu kita salah kan takdir. Bukankah takdir tu Allah yang aturkan?”

Aku kelu kerana aku akui kata kata Qus. Aku pun mula terdetik bila membaca tweet tersebut. Kita akur dan patuh akan peraturan dunia akan peraturan Allah kita ambil ringan sahaja. Kita takut bila tidak memakai tali pingang keledar jika nampak “roadblock” dihadapan akan tetapi kita tidak sedar kita diperhati oleh Nya setiap saat dan masa.

“Jadi ape perlu kita lakukan?” Soal aku yang masih buntu.

Pap! satu tepukan kuat di dahi aku. Berpinar mata aku seketika.

Aku tidak marah tetapi tepukan dahi itu membuat aku sedar apa yang perlu aku dan Qus lakukan. Hidayah itu sebenarnya Allah sudah beri sejak kita lahir lagi cuma kita sahaja yang tidak sedar dan kita sengaja untuk tidak sedar akan kehadiran Nya.

#fevergoaway

Demam…

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal[1]) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan .[2] Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.

Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal[1], biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.

Sumber WikiPedia Bahasa Melayu…

Panjang bebeno penerangan nye…haha…saje…mood demam ni kepala pun agak pusing disebabkan ubat yang berlebihan…haha…ting tong rase nye…

Walau aku demam aku gagah kan juga menolong ibu ku di kedai…cuma kerja siang aku ambil MC…sorry boss aku MC…hehe…mmg sudah musim kot…aku tengok ramai yang demam seperti aku juga…jadi aku tidak terkecuali dalam menyertai pesta musim demam ini.

Alhamdulillah…moga sembuh la cepat…rindu pula nak kerja…haha…adess..

Okies…jom tidur…rehat minda dan badan….

Letih…

7 PM…

Masih di opis…masih lagi mengadap beberapa kerja yang tertangguh beberapa hari ini…dua hari lepas ke Shah Alam…pergi mengejut..sbb adik Nazrin..Iqmal yang belajar disana laptop hilang…rumah di masuki orang…cuma pelik nya rakan rumah macam buat tak kisah apa yang berlaku…aku heran???…langsung takde sifat setiakawan…hurm…hope Iqmal lepas ni lebih berhati hati…

Lepas ni ade nak ke kedai mak pulak…sambung keje…income sampingan..buat duit isi minyak dan bayar hutang…hoho…

Dalam minggu ni aku rasa lemah dan letih…maybe sebab kerja lebih masa dan asik tido lewat…huuu…sambil menaip ni pun asik menguap beberapa kali…fuh!!!…mengatuk plus letih…hope tak tertidor la mase balik nanti…haha…takmo terbalik kereta lagi…hahahah!!!…

fuhh!!!…letih…jom la balik….

Rajin…

 

Assalamualaikum…

Aku sekarang kerja double…siang aku di Seri Iskandar…malam aku di kedai mak…agak meletih kan juga la…rehat dlm sehari 4jam…kerja kul 9am hingga 3 atau 4 am….peh!!!…

Duit punya pasal terpaksa la aku merajinkan diri siang dan malam….syukur pada Allah sangat kerana menyenangkan aku untuk mencari pendapatan sampingan…cuma kene usaha lebih dan kene banyak bersabar…

Kadang kadang kemalasan melanda diri…aku paksa kan juga untuk ke kedai mak…sapa lagi nak tolong bukan aku…

Dan esok BIRTHDAY aku!!! dan arwah ayah….

“Kamu nak celebrate ke hari jadi?” tanya mak semalam

Aku hanya gelengkan kepala saja…aku xde mood sebenar nya…arwah dah takda untuk aku raikan bersama…cuma aku minta mak watkan rendang ayam dan pulut kuning je esok…insyallah sok aku nak ziarah kubur ayah….rindu ayah….