Times Fly…

Dalam beberapa minggu lagi akan dekat lah tarikh 9 oct…

Tarikh aku dan ayah kongsi selama ini…cuma tahun ini aku seorang…seorang meraikan walau dalam hati jauh sekali utk meraikan nya…insyallah jika ade rezeki lebih aku ingin buat upah haji untuk ayah…

Cuma biar lah dulu aku langsaikan hutang hutang yang belum dilangsaikan lagi…baru aku merancang lebih untuk aku dan ibu…teringin membawa ibu umrah sebenarnya…dikuatkan lagi desakan ibu saudara (Ode) yang berada di Ipoh…beberapa kali Ode call mengajak aku dan ibu umrah…cuma bialah aku selesaikan dulu apa yang patut di sini baru merancang kesana…insyallah..

Alhamdulillah…terima kasih kepada majikan yang memahami…syukur aku pada Allah…Alhamdulillah kepada sahabat sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan kritikan…aku redha…

Dalam otak ini sebenarnya banyak perancangan yang aku ingin laksanakan cuma kekangan wang menyukarkan sedikit…insyallah aku cuba mecari alternatif lain bagi melaksanakan nya…

Sedar tak sedar…aku sudah lama tidak menghantar pesanan ke si dia…apa khabar?  sihat ?…moga si dia berada di dalam keberkatan dan di beri kebahagian yang tidak terhingga dari Allah…amin…

Bini…

Yes!!…aku sudah berkahwin….

Kini aku official menyebut dengan berani bahawa seanya aku sudah berbini dengan kancil comel aku!!!…..hahaha…mana tidak nye…itu la transport dan itu la satu satu nya kenderaan yang aku begitu sayang sekali…tapi dalam masa yang sama sangat sangat la membuat aku pening…kerana bulan ni saja aku banyak berabis kat ko wahai kancil comel ku sayang…huhuhu!!…adat berkereta…sabo je le yop!!!…

Hehe…Alhamdulillah syukur pada Allah jua sebab ada yang kereta ni aku sangat senang kesana kemari berkerja…jadi aku cukup bersyukur kerana ada nya kancil comel ni…walaupun banyak ongkos nya kene keluar….huuu!!…

moh ke bengkel!!!….