Light….love it!

IMG_0784 IMG_0791

Street in Black & White….newbie me!!!

IMG_0288 IMG_0290 IMG_0292 IMG_0296 IMG_0297 IMG_0299 IMG_0301 IMG_0303 IMG_0309 IMG_0312 IMG_0317 IMG_0328 IMG_0340 IMG_0343 IMG_0346 IMG_0349 IMG_0352

Menanti sebuah Jawapan….

Penantian bagi sesetengah orang cukup menyiksakan dan kadang-kadang pada yang tidak sabar mungkin akan mengambil langkah mengundur diri….

Lagi menanti satu jawapan yang mungkin dapat merubah hidup dan masa depan seseorang itu….keluhan sudah pasti akan keluar bila mengenangkan jam, minit dan saat berlalu….apa maksud sabar?…..

“ S A B A R ”

aku pun tak tahu dan tidak faham apa maksud sebenar sabar….cuma yang aku tahu…terima…redha dan tawakal….mungkin bagi sesetengah orang sabar itu lain pengertiannya….lagi-lagi masa yang mendatang ini…perlu banyak sabar digunakan dalam menempuh kehidupan seharian….

berbalik pada diri aku….aku dulu bukan nya seorang yang sabar…cepat panas bak orang kata….tapi alhamdulillah…usia semakin meningkat ini…aku mula mengenal sabar dalam hati aku ini…walau sedikit demi sedikit cukup bagus untuk diri aku….tapi sabar ini memerlukan satu jiwa yang kuat…jiwa yang boleh menangung segala perit…pedih…berdarah…sakit yang amat sangat…

“ J I W A ”

Apa itu jiwa?….ohh…seperti profesor aku kali ini ingin merungkaikan segala perkataan yang ada….haha…tapi lantak lah..asalkan aku gembira…hurmm…jiwa bagi aku satu tempat dalam diri yang mempunyai pelbagai rasa…pelbagai entiti dan juga pelbagai nafsu….jiwa yang tidak dikawal dengan iman dan akal….akan menjadi jiwa yang sesat dalam nafsu nya sendiri…

aku?…adakah jiwa didalam diri aku ini jiwa yang kuat?…hurm?!!…entah la..kadang-kadang aku sendiri tidak pasti apa yang ada dalam hati aku…mungkin ada seekor kyubi berekor sembilan yang mempunyai carka yang amat dasyat terkunci dalam jiwa aku ni…peh!!…sudah masuk cerita naruto pula….hahahaha…..merepek!!!….tetapi yang aku tahu…tanpa jiwa ini…mungkin aku sekarang seperti orang tidak waras tanpa arah tujuan….

“ J A W A P A N ”

itu yang aku nantikan dengan sabar didalam jiwa aku ini….

“ Ya Allah….pada Mu aku serah segalanya…tawakal ku…jiwa ku..semua milik Mu dan ku serah kan pada Mu ”

1st Job….

Ya Allah….gementar sungguh hamba Mu ini….berikan ilham dan lancarkan pekerjaan ku nanti Ya Allah…..

1st job this week….nikah dan bersanding nanti….thanks abg ejump sbb beri kepercayaan 100% pada aku…..thanks jugak pada bakal pengantin baru aka designer album cik Nurrul Ain…..terbaek!!!…..

Harap yang terbaek…..amin!!…

Ortopedik….

Dalam 1045am ayah, adik, tunang adik dan aku sampai ke klinik pakar…..tertera tulisan ortopedik disitu….

“ Ramai ”….itu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku

memang waktu itu ramai dengan pesakit yang memerlukan rawatan pakar….

ortopedik -  orthopaedics; the branch of medicine concerned with the correction of deformities of bones or muscles.

hurmm…pada mula nya aku tidak yakin yang ayah aku akan dirawat dalam masa hari itu juga….tapi alhamdulillah…penantian kami tidak lama…lupa nama doc yang merawat ayah aku itu….dlm masa sejam selesai semua nya…..

ayah di rujuk ke fisio…..

hurmmm!!…..risau…

Umur , Masa = ???

Esok aku ke hospital….bawa ayah ku untuk diperiksa….kebelakangan ini ayah aku sering mengadu sakit kaki yang amat sangat….sudah beberapa klinik ayah aku pergi tapi hasil nya tetap sama….sakit dan masih sakit….

Aku pula semakin risau keadaan ayah aku…dalam sakit sakit dia masih gagah kan diri membeli barang barang untuk berniaga dan masih lagi berkerja kuat….ingin aku suruh ayah aku berehat tapi tiap kali alasan nya….

“ Takda sapa yang leh buat air dan beli barang “

Aku kan ada….aku anak yang sulung….itu tangungjawab aku untuk membantu ayah….tapi ayah  berdegil untuk tidak menyusahkan anak anak….hurmm!!….

harap esok….

Berapa Bulan??….9bln…..oooO!…

Walau 9bln….cukup bagi Fakir menanam semua jiwa….jiwa yang penuh dengan tanda tanda cinta dan semangat jitu untuk mengubah masa depan Fakir….cuma bila bertepuk sebelah tangan selalu nya tidak berbunyi….

Kecewa mula mengangui Fakir…jiwa yang bersemangat dibuang jauh…..menerima jiwa yang kusam dan gelap….ingin Fakir bertindak kearah kejahatan dan kezaliman…cuma cinta dan sayang masih kuat di jiwa…walau jiwa itu mulai kelam lagi gelap gelita….

Fakir seada nama nya kini mengemis di jiwa sendiri….menadah sedikit bibit-bibit kenangan yang ada….tapi akan selalunya kenangan itu tidak selalu ada,,,,sekali sekala dimusnah kan sediri oleh bibit pahit yang diberikan oleh kata kata tajam yang tidak mengenal erti keikhlasan diri…Fakir cuba kemam dan menikmati kepahitan yang ada….tapi pahit tetap pahit….tidak ada sedap dalam kepahitan itu…

“ Aku berikan jiwa, setia dan malah diri ini!!! “ jerit Fakir

Tapi cuma gema kosong yang datang kembali menerjah muka dan jiwa….

“ Tidak mengapa lah Fakir, redha pada ketentuan Nya “ tiba-tiba suara dari sudut hati yang jauh

“ Tapi aku….aku telah berikan semua nya….terbaik dari aku! “

“ Memang semua nya terbaik tapi engkau dibanding kan, mungkin terbaik dari engkau tapi tidak bagi disana “ suara itu kembali bersayup

“ Aku memahami akan tetapi aku tidak dapat menerima….janji harapan yang diberikan semua nya enak-enak belaka…mengapa diberi jika diselitkan dengan kecewa “ Fakir mula tersedu

Akan tetapi suara itu mula mendiam…

“ Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..kau penipu!!….tak ada kemaafan dari aku….tak akan aku maaf kan engkau “

sedu Fakir makin kurang…lega mungkin bila melaung...meraung sebegitu rupa….tertidur terus melayan jiwa yang remuk bagaikan dilanggar lori hantu yang bekelajuan 120km/j….

“ Fakir….sayang bangun “ suara lembut mengejutkan Fakir yang terkumit kumit cuba menjegilkan mata yang sedia mengantuk….

“ Mari imam kan ibu solat subuh….Fakir sudah lama tidak bersolat subuh bersama ibu “ sambil tersenyum ibu Fakir

Bertelekung putih…sungguh lembut perwatakan ibu Fakir yang memang sudah lama tahu kesengsaraan anak nya itu…Setelah selesai solat…ibu Fakir terus memeluk Fakir….sambil berderai air mata ibu Fakir berkata….

“ Sayang…dugaan Allah ini akan medewasakan Fakir…kembali pada Nya…memang Fakir kecewa…ibu faham…cuma ibu tidak mahu Fakir terpesong….tenang…tenang wahai anak ku sayang “

Ibu Fakir meninggalkan Fakir yang termenung jauh….termenung memikirkan apa yang telah ibu katakan….lalu berdoa Fakir…

“ Ya Allah…Yang Maha Mendengar…Yang Maha Pengampun…Lagi Maha Pemurah…ampun kan lah hamba Mu ini kerana terlalu berdosa pada ibu ku….aku mula meluka kan ibu kembali dengan kesedihan ku ini….Ya Allah…kekuatan diri dan iman aku mula goyah…kurniakan lah Ya Allah hamba Mu ini dengan iman dan takwa pada Mu…berdiri ku…qiam ku…sujud ku hanya pada Mu Ya Allah…dugaan Mu ini aku akan hadapi dengan setenang-tenang nya…moga keberkatan dari Mu ku pohon….”

Dari balik pintu ibu Fakir mula tersenyum sambil menitiskan air mata…bukan sedih tapi tahu anak nya mula matang dan semakin menjadi lelaki yang bertangungjawab pada keluarga…dari hati ibu Fakir…biarlah mereka fakir dari segi harta benda di dunia ini tapi kaya pada amalan dan bekalan di akhirat nanti…serah pada Allah…tawakal dan beriman itu paling penting…

Pada Fakir…. “ Terima kasih kerana memberikan aku satu perjalanan yang indah walau ia seketika….kini aku redha…redha….redha semua nya “