2 am…silent

Jam 2 pagi…mata belum mengantuk…maybe tarikan daya kuasa nescafe kaw di kedai jub menyebabkan mata masih segar bugar bagai burung jampuk mencari makanan di waktu malam…atau fikiran dalam otak ini berewang rewang dan menari nari bagai satu pesta yang sedang havoc…

aaaah!!….satu keluhan rasa kuasa yang entah mana terbit…mungkin juga kerana esok masih lagi bertemu dengan kerja yang semakin lama semakin memuakkan seluruh anak tekak aku ini…aku redha..

sekali imbas keluar melihat keadaan pacuan dua roda aku yang semakin usang ditelan dan di mamah cuaca masa…terfikir lagi untuk mencari lain tetapi seperti aku mengkhianati jasanya yang telah banyak berkorban untuk aku…huuu!…korban duit yang banyak adalah!!….itu ini rosak…kini menanti masa untuk dijadikan tukun tiruan…mana laut yang akan menerima dia…entah lah…

terdetik si dia dalam benak aku…sudah tidur mungkin…kesian keletihan si dia dengan perkerjaan nya sekarang…di tempat baru dan tugas yang baru…kerinduan juga aku menunggu pesanan ringkas nya tetapi aku memahami keadaan nya…biar lah si dia merehatkan diri agar esok nya ceria…sentiasa aku doakan moga si dia ceria dan bahgia di sana…sudah aku wakilkan “muncit” dan “diet” bersama nya…walau mereka kaku tidak berkata cukup lah sekadar ia dapat melegakan hati dan perasaan si dia…aku terlalu menyayangi si dia…

aku…banyak lagi yang perlu aku hitungkan nanti…mari tidur…cuba memujuk…

IMG_1778 - Copy

0 comments: