Taniah kepada Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan UPSI kerana berjaya mengadakan majlis tauliah dan penerimaan bengkung utk pesilat2 UPSI. Ini melambangkan persatuan silat kita masih lagi kukuh. Kami dari Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput ke majlis tersebut. Alhamdulillah, kira2 pukul 230pm kami sampai disana walaupun sedikit lewat kerana beberapa masalah timbul di pertengahan jalan. Majlis diserilan lagi dgn beberapa persembahan dari pesilat Upsi sendiri dan juga dari Cawangan Klebang Restu (ipoh). Terpegun melihat persembahan dari pesilat Cawangan klebang Restu kerana mereka membawa kelainan dlm persembahan. Setelah habis pemberian bengkung, majlis diteruskan lagi dgn majlis ilmu iaitu batang pisang, mandi pedang. Kira2 pukul 6pm majlis tamat dgn acara penutup gelanggang dari Guru Utama sendiri. Harapan dan cita2 agar kami di Batu Gajah juga dpt mengadakan majlis tauliah dan penerimaan bengkung pada bulan Jun ini nanti. amin...!!!
Station Owner:Mohd Fahmi B. Mohd Najib Base:Batu Gajah
Alhamdullilah, setelah hampir setengah tahun menunggu akhir nya aku memperolehi lesen yg bercallsign 9w2kkx. Syukur aku pada Allah akhir nya aku lulus. Terima kasih pada rakan2 yg sentiasa membimbing aku dan mengajar aku erti sebenar radio amatur. Insyallah jasa kalian akan dibalas dgn pahala yg mencurah2...amin!!!
Allhamdulillah ke hadrat Allah mempertemukan aku dgn seorang waris yg mengalirnya darah dlm diri nya seorang darah pejuang.Tanggal 24hb Feb 09 ni cukup akan aku ingati sampai bila2. Bolhassan nama abg tersebut yg datang dari sibu semata2 utk menceritakan pada kami semua tentang perjuangan seorang syuhada yg bernama Rosly Dhobie. Siapa Rosly Dhobie mesti anda semua tertanya2, tapi kalo di singkap kembali buku teks sejarah tingkatan 4 dan 5 mesti anda semua teringat kembali. Rosly Dhobie seorang perjuang kemerdekaan di Sarawak pada tahun 1949 yg membunuh penjajah Inggeris iaitu Gabenor Sarawak pada ketika itu. Untuk pengetahuan anda semua beliau pada ketika itu hanya berusia 16thn saja. Bayangkan pada umur semuda itu sudah mengerti dan paham apa itu erti perjuangan. Mendengar cerita yg disampakan oleh abg Bolhassan menyebabkan bulu roma aku meremang, malah sampai sekarang aku teringat gambar2 yg ditunjukkan oleh beliau. Dari apa yg beliau ceritakan pada tahun 1996, kubur Allahyarham Rosly Dhobie dan rakan2 dialihkan ke sebuah masjid di sibu. Yg misterinya bila digali kubur tersebut tidak ada secebis tulang malah seurat rambut pun didlm keranda. Tanah kubur tersebut juga berbau harum seakan2 minyak atar tumpah di tanah. Untuk kepastian abg Bolhassan cuba mengengam tanah tersebut dan mencium untuk kepastian dan mmg benar bau itu dari tanah didlm kubur. Lalu abg Bolhassan bertanya pada ustaz dari Jabatan Agama Islam Sarawak yg pada masa itu sama2 menyertai pepindahan kubur Allahyarham Rosly Dhobie dan rakan2 nya, jawapan nya cukup ringkas iaitu "inilah kubur org yg mati syahid". Allah Maha Besar!!! sebak hati aku bile aku dengar jawapan yg terkeluar dari mulut abg Bolhassan. Pada umur semuda 16thn Allahyarham sudah menjadi pejuang syuhada. Abg Bolhassan juga ada memberi aku menbaca sehelai surat yg ditulis sendiri oleh Rosly Dhobie sebelum Allahyarham digantung pada bulan March 1950. Diakhir surat nya ditulis supaya kita jgn lupa membuat kebaikan dan mendirikan solat agar dapat keistimewaan pada akhirat nanti. Diceritakan lagi oleh abg Bolhassan semasa hari terakhir Allahyarham, beliau hanya meminta surah Yassin utk dibaca beliau sepanjang malam hingga kesubuh. Allahyarham digantung selepas subuh pada masa hampir 6pagi. Aku cukup tersedar bila mendengar kisah perjuangan yg menuntut kemerdekaan hingga meraka sanggup mengadaikan nyawa sendiri agar kita sekarang dapat menikmati apa yg kita rasai sekarang. Jadi sedarlah wahai anak melayu, sedarlah sekarang agar kita pertahankan kemerdekaan ini supaya jgn ia terlepas dari tangan penjajah yg mmg lama ingin menjajah kita. Semoga roh para pejuang yg mati syahid ditempatkan disisi Allah yg Maha Besar. Mari lah kita hadiahkan Al-Fatihan pada mereka dan juga junjungan Nabi Muhammad SAW. amin!!!
Alhamdullilah pada 7hb Feb 2009 lalu Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak cawangan Batu Gajah julung2 kali nya berjaya membuka gelanggang di Sek Keb TIWA Batu Gajah. Pada hari pembukaan tersebut dihadiri oleh Guru Besar En Ahmad Shakir B. Jamaluddin dan juga Ketua Guru Utama Persatuan iaitu En. Noor Aslan B. Hj Baharum. Seramai tujuh puluh(70) lebih pelatih yg mendaftar untuk manjalani latihan. Harap pembukaan gelanggang ini dapat meneruskan warisan seni silat melayu kita. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" ungkapan Dato` Laksamana Hang Tuah. Dengan ini diharapkan rakan2 di sana dpt la menyokong usaha kami yg ingin memartabatkan seni silat melayu dimata dunia. amin!!!
Alhamdullilah, syukur pada Allah aku lulus exam RAE-2 2008. Kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih pada rakan2 terutamanya pada pak lope,wan cacing, abg naim, abg apis, abg zul, ustaz najdi, abg solehan, abg azli, abg muz, salam dan rakan2 yg lain, maaf kalo aku tak sebutkan nama. Insyallah aku akan buat kenduri kesyukuran, akan aku ajak rakan2 ke rumah. amin!!!
Ya Allah!!! Dugaan yg Engkau berikan pada keluargaku sungguh besar. Aku betul2 kecewa bila karaoke dikedai ayah ku dirampas tanpa budi bicara. Kecewa dengan pegawai2 yg datang tanpa belas ehsan sambil ketawa mengambil barang2 karaoke ayahku. Kalo diikutkan hati mmg aku akn amuk hari tue tapi teguran ayahku menyebabkan niat terbantut. Dikenangkan kembali ape kah salah kami berkaraoke, bukan nya kami menbuat maksiat atau mengedar dadah. Rezeki yg halal kami cari tapi dikatekan salah dimata org lain. Adat dunia!!! Ya Allah moga dugaan yg Engkau berikan ini membawa seribu rahmat kapada kami. Amin!!! aku tahu mase pegawai2 itu datang ada seseorng yg ketawa sinis pada ayah aku, biarkan ini masa ayah aku susah masa seseorang itu insyallah akan ada, Allah Maha Berkuasa. Ayah aku didakwa diatas akta hiburan yg agak kabur. Aku sebutkan kabur kerana bila ayah aku dibawa ke balai, tidak satu pun pegawai tersebut menerangkan ape hak2 dan kesalahan ayah aku, cuma mereka mengambil keterangan bersuara ayah aku, seperti penjenayah besar ayah aku dibuat mereka. Manakan tidak yg turun untuk merampas barang2 karaoke dikedai ayah aku bermacam2 pegawai dan pangkat. Boleh dikatekan satu balai turun hari tue. Aku lihat muka ibu dan ayah aku cukup kecewa dan sedih, yelah barang2 tue bukan nye murah, bukan nye dibeli dengan air liur tapi dengan keringat siang malam bertungkus-lumus mencari rezeki. "Biarla along" ibu ku berkate pada ku sambil berair matenya. Aku harap dugaan ini menjadi hati keluarga ku lebih tabah menghadapi dugaan yg akan datang. Ya Allah!!! Aku bertawakal kepada Mu Ya Allah!!! amin!!!
Ketika aku tgh mencari2 benda nak wat kat umah tibe2 satu deringan telephone aku terima dari Alongjoi ajak aku p memancing. Mane taknye die ajak aku, semalam aku bising kat die disebbkan die tak mengajak p memancing jd disbbkan taknak aku bising2 lagi die pun ajak la. Dlm kul 5pm kami trus betolak ke lombong di belakang Taman Jutaria. Sampainye kami disane aku terlihat mmg dah ramai kaki2 pancing dah melabuhkan joran masing2. Tika tersebut aku just mengekori Alongjoi p ketempat yg stratigik tuk memancing. Lengkap dengan 4 joran aku melihat Alongjoi mengisi umpan isi perut ayam ke mata pancing. "Memang expert" kate ku pada Alongjoi. Aku ni tau memancing je tapi bab nak ikat2 atau nak isi umpan ni fail skit. Alhamdulilah dalam pukul 6.30pm Wan Cacing, Eddie, Faizul dan Mea sampai tuk menyertai kami. Cam biase la, bile dan ramai tue mesti kecoh je. "Huh" keluhan aku bile menarik salah satu joran Alongjoi. Rupe2nye dan mengene, ikan keli kire2 berat dlm 2kg dpt aku tarik. Menjerit aku "Waaa...beso Wan!!!". Memang seronok dpt menarik ikan ke darat, rasenye lain. Alhamdulillah Wan Cacing dpt juge hasil nye tapi lagi besar dari aku tarik tadi kire2 4kg jgk ikan keli die bawak naik. Apa lagi Wan mula mendabik dada la. "haha" gelak aku dan kawan2 tgk gelagat nya. Biase la, kalo aku pun akan mendabik dada. Malam menjelang, Mea dan Alongjoi dapt menarik naik jelawat. Aku dan Eddie cume temenung je. Asik tarik sampah naik kedarat je. Tapi hati mula tak sedap, meronta2 nak balik ke kedai. Aku dan Alongjoi pandang sesama sendiri. Mungkin Alongjoi jgk rase tak sedap hati jgk kot. Aku doakan jgn la benda2 yg serius. Amin!!!
me as u all know..big...bigger..n biggers..huhu..always find a way to have fun in life...camera..computer...handy or walkie talkie also at side...huhu...lastly my moto is "eat eat never forget"...haha