Demam…
Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal[1]) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan .[2] Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.
Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.
Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal[1], biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.
Sumber WikiPedia Bahasa Melayu…
Panjang bebeno penerangan nye…haha…saje…mood demam ni kepala pun agak pusing disebabkan ubat yang berlebihan…haha…ting tong rase nye…
Walau aku demam aku gagah kan juga menolong ibu ku di kedai…cuma kerja siang aku ambil MC…sorry boss aku MC…hehe…mmg sudah musim kot…aku tengok ramai yang demam seperti aku juga…jadi aku tidak terkecuali dalam menyertai pesta musim demam ini.
Alhamdulillah…moga sembuh la cepat…rindu pula nak kerja…haha…adess..
Okies…jom tidur…rehat minda dan badan….
7 PM…
Masih di opis…masih lagi mengadap beberapa kerja yang tertangguh beberapa hari ini…dua hari lepas ke Shah Alam…pergi mengejut..sbb adik Nazrin..Iqmal yang belajar disana laptop hilang…rumah di masuki orang…cuma pelik nya rakan rumah macam buat tak kisah apa yang berlaku…aku heran???…langsung takde sifat setiakawan…hurm…hope Iqmal lepas ni lebih berhati hati…
Lepas ni ade nak ke kedai mak pulak…sambung keje…income sampingan..buat duit isi minyak dan bayar hutang…hoho…
Dalam minggu ni aku rasa lemah dan letih…maybe sebab kerja lebih masa dan asik tido lewat…huuu…sambil menaip ni pun asik menguap beberapa kali…fuh!!!…mengatuk plus letih…hope tak tertidor la mase balik nanti…haha…takmo terbalik kereta lagi…hahahah!!!…
fuhh!!!…letih…jom la balik….
Assalamualaikum…
Aku sekarang kerja double…siang aku di Seri Iskandar…malam aku di kedai mak…agak meletih kan juga la…rehat dlm sehari 4jam…kerja kul 9am hingga 3 atau 4 am….peh!!!…
Duit punya pasal terpaksa la aku merajinkan diri siang dan malam….syukur pada Allah sangat kerana menyenangkan aku untuk mencari pendapatan sampingan…cuma kene usaha lebih dan kene banyak bersabar…
Kadang kadang kemalasan melanda diri…aku paksa kan juga untuk ke kedai mak…sapa lagi nak tolong bukan aku…
Dan esok BIRTHDAY aku!!! dan arwah ayah….
“Kamu nak celebrate ke hari jadi?” tanya mak semalam
Aku hanya gelengkan kepala saja…aku xde mood sebenar nya…arwah dah takda untuk aku raikan bersama…cuma aku minta mak watkan rendang ayam dan pulut kuning je esok…insyallah sok aku nak ziarah kubur ayah….rindu ayah….
Dalam beberapa minggu lagi akan dekat lah tarikh 9 oct…
Tarikh aku dan ayah kongsi selama ini…cuma tahun ini aku seorang…seorang meraikan walau dalam hati jauh sekali utk meraikan nya…insyallah jika ade rezeki lebih aku ingin buat upah haji untuk ayah…
Cuma biar lah dulu aku langsaikan hutang hutang yang belum dilangsaikan lagi…baru aku merancang lebih untuk aku dan ibu…teringin membawa ibu umrah sebenarnya…dikuatkan lagi desakan ibu saudara (Ode) yang berada di Ipoh…beberapa kali Ode call mengajak aku dan ibu umrah…cuma bialah aku selesaikan dulu apa yang patut di sini baru merancang kesana…insyallah..
Alhamdulillah…terima kasih kepada majikan yang memahami…syukur aku pada Allah…Alhamdulillah kepada sahabat sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan kritikan…aku redha…
Dalam otak ini sebenarnya banyak perancangan yang aku ingin laksanakan cuma kekangan wang menyukarkan sedikit…insyallah aku cuba mecari alternatif lain bagi melaksanakan nya…
Sedar tak sedar…aku sudah lama tidak menghantar pesanan ke si dia…apa khabar? sihat ?…moga si dia berada di dalam keberkatan dan di beri kebahagian yang tidak terhingga dari Allah…amin…
Yes!!…aku sudah berkahwin….
Kini aku official menyebut dengan berani bahawa seanya aku sudah berbini dengan kancil comel aku!!!…..hahaha…mana tidak nye…itu la transport dan itu la satu satu nya kenderaan yang aku begitu sayang sekali…tapi dalam masa yang sama sangat sangat la membuat aku pening…kerana bulan ni saja aku banyak berabis kat ko wahai kancil comel ku sayang…huhuhu!!…adat berkereta…sabo je le yop!!!…
Hehe…Alhamdulillah syukur pada Allah jua sebab ada yang kereta ni aku sangat senang kesana kemari berkerja…jadi aku cukup bersyukur kerana ada nya kancil comel ni…walaupun banyak ongkos nya kene keluar….huuu!!…
moh ke bengkel!!!….
What!!?…being warded!!..
Hati mula tak senang…hati mula risau…bila membaca si dia sakit dan di masukan ke dalam wad…moga kesihatan nya beransur pulih dan cepat sembuh…amin!…tapi setelah mengetahui ada insan tersayang yang menjaga si dia dengan elok…aku mula redha…bayang aku mula pudar dan hilang di sisi si dia…jadi niat untuk ke sana dan melawat…niat untuk menelefon dan menghantar pesanan aku tutup…cuma doa dari jauh yang aku sampaikan moga cepat sembuh…
^_^
Semalam…
Aku dan rakan rakan mengadakan program amal yang memberi bantuan amal kepada orang yang memerlukan. Jadi aku ditugaskan untuk menjadi photgrapher. Disebabkan aku tiada kamere, aku meminjam sebijik dari kawan. Ohh…do I miss to snap pictures!!!….rindu sangat dengan kamere lama aku.
Kira banyak job wedding aku tolak disebabkan ketiadaan kemere ini. Jadi kene la mengumpul balik duit.Hohoho….tak sabar rasa nya nak outing dan kembali beraksi. Harap ada lah rezeki nanti…I miss you Photography!!!


