Cerita Dia

 
 

Sempurna...

Cerita yang tak sempurna

Apakah alasannya

Siapakah di hatinya...

Bahasaku...

Mungkin tidak seindah

Lafaz kata pujangga

Namun ku bersumpah...

Rela ku tunggu

Jawapanmu...

Masihkah aku ada

Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku

Biar jasadku

Tak bernyawa lagi...

Sampai nanti...

Ooo...ooo..ooo

Rela ku tunggu

jawapanmu...

Masihkah aku ada

Di hatimu...Saat ini

Biar tubuhku kan terpaku

Biar jasadku...

Tak bernyawa lagi...

Saat ini..

Rela ku tunggu

jawapanmu...

Masihkah aku ada

Dihatimu...

saat ini….(3x)

Tak ok…

Hari ini aku masuk kerja dalam keadaan yang agak suram. Sebab pertama hari ini “roadtax” kereta kecik aku sudah mencapai tarikh luput. Bukan aku tak menyimpan tetapi aku dahulukan kepada yang lebih memerlukan. Tidak mengapalah. Aku cuba mencari jalan lain.

Duit poket tinggal Rm10. Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana aku ada kedai mak untuk aku singgah. Jadi terpaksa la memerap di rumah tanpa keluar. Internet mobile pun dah lupus, kalau tidak boleh melayan game di Fb.

Hati

Si dia senyap tanpa berita. Aku faham dia kini banyak masalah yang perlu ditempuhi. Aku berdoa moga si dia cekal dan banyak bersabar. Aku pula seperti begini, bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Terbaca blog si dia hari ini.

Smile ok...

Dalam meniti kehidupan seharian, dugaan itu pasti akan ada...

Sabar lah yek...
Senyum la yek...
Doa banyak banyak yek...

Selagi mampu aku akan cuba membantu...

1 April

Hari ini aku sempat ke pusara ayah. Tanah yang masih merah ditemani dua tanda pusara. Mendaki kearah pusara ayah terasa kesayuan di hati. Sedih, rindu pada ayah tidak terhingga.

Tapi aku bersyukur dalam 29 tahun aku hidup. Aku merasa kasih sayang seorang ayah. Ketegasan ayah mengajar aku untuk berdikari hari ini. Pada mula nya aku sedikit jatuh, jatuh dari segi moral dan semangat. Tetapi alhamdulillah aku di beri semangat oleh sahabat jauh. Thanks beb!

Mendengar cerita sahabat jauh membuat aku sungguh bersyukur apa yang aku ada. Ya! Aku masih ada ibu untuk aku curah dan menagih kasih. Beb! Anda memang seorang yang tabah. Rupa nya cerita anda lebih sedih dari aku.

Jadi aku sekarang lebih bersyukur dan lebih bersemangat untuk menjalani hari hari yang mendatang. Rindu si dia…

ha?..

Sudut termenung jauh….

Aku kesorangan hari ini. Kerja yang tertunggak agak banyak dan sesak tetapi hati agak malas untuk melangsaikannya. Jadi aku tongkatkan tangan termenung menatap papar layar komputer riba yang susah berusia 3 tahun ini.

Facebook…

Itu perkara pertama aku akan buka dan layari. Seperti biasa aku akan menjadi seorang “Stalker” melihat ruang Fb si dia. Walau gambar, status penulisan si dia sudah beribu kali aku lihat baca tetapi hati aku tidak pernah jemu menjamahnya. Setiap inci ayat dan setiap sudut gambar aku lihat.

Kemudian aku mengupdate status repekan aku. Kadang kala aku menulis atas dasar hati dan kadang kala aku menulis carca merba.

Selepas itu, aku mula menerawang ke page gambar dan page photographer yang aku kenal dan minati. Melihat hasil gambar dan seni yang dipamerkan, memang begitu asik sekali. Insyallah aku juga mahu seperti mereka, menempah nama dengan hasil seni dari sudut lensa kemera.

Aku mula blur….fullstop…

13/2/13..The day I lost my father…

 

Pagi itu seperti biasa, salam cium tangan ibuku meminta restu moga diberkati permulaan hari. Ayah aku lihat sedang nyenyak tidur, tidak mahu aku menganggu lena nya. Jadi ku tatap sebentar wajah nya.

“Ayah penah tengok tak rokok elektronik tue?” aku bertanya

“Elok ke benda tue?” Ayah curiga

“Hahaha! Nanti along beli tuk ayah ok. Benda tu elok, don’t worry” aku tersenyum.

Teringat perbualan aku dan ayah pada minggu lepas, jadi terus aku sms ke Wan si penjual rokok elektronik bagi menempah. Harap ayah seronok dengan pemberian aku nanti.

Dalam memanaskan enjin kereta, hati aku sangat lah berat ingin ke tempat kerja. Tiba tiba henpon aku berbunyi, rupanya Izzi menghantar pesanan

“Papan bro!!”

Terus aku memacu ke kedai mee papan di pekan Batu Gajah. Dalam masa yang sama hati aku agak berat untuk kerja hari ini, entah mengapa. Tibanya aku di kedai, Izzi, Mirul, Jet dan Hairil sudah sedia menanti. Terus duduk dan berbual sambil menikmati keenakan mee papan yang di goreng Abg Ramli. Terlupa sebentar rasa tidak enak di dalam hati.

Kira pukul 12 tengahari aku dan rakan rakan bersurai. Melihat paras minyak agak kurang, terus aku ke stesen minyak yang menghala ke pusing. Senang untuk aku terus ke tempat kerja nanti. Setelah selesai, aku meneruskan perjalanan tetapi kali ini aku agak perlahan membawa kereta. Kepala dan hati agak berat untuk kesana cuma tangungjawab sebagai pekerja aku kena laksanankan juga.

Hp berbunyi, tertera nama adik ipar aku Bad.

“Along! Ayah accident! Teruk kat Botani”

Tiba tiba otak dan badan aku jadi kaku. Kereta hampir hilang kawalan. Tanpa berfikir aku terus berpatah balik dan menuju ke Botani. Otak mula berfikir perbagai kemungkinan. Mulut pula berdoa moga ayah tidak apa apa. Hati berdebar, sangat berdebar. Mata mula mengeluarkan air. Orang pertama aku call adalah Izzi.

“Bro! Tolong Bro! Ayah aku accident kat Botani”

Dalam hati aku terus berdoa dan berdoa moga ayah selamat. Di simpang Meranti Lapan kereta mula sesak. Aku terkandas dan cuba mecelah di antara kereta kereta. Dari jauh aku dapat melihat kereta ayah berada di sisi, Bomba dan JPA sudah ada di tempat kejadian.

“Angah!” Aku menjerit

Dalam pemikiran aku adik kedua aku terbabit sekali dalam kemalangan kerana dia sudah terduduk disisi kereta. Berlari aku ke arah kereta ayah, aku lihat Bomba dan JPA sedang mengeluarkan ayah dari kereta. Berdarah, aku mula menangis, aku mula geram, aku mula rasa takut. Pada masa itu pelbagai perasaan di hati mula timbul. Terus Izzi memeluk aku untuk menenangkan aku.

Aku melihat ayah tidak bernafas, aku melihat ayah berdarah telinga, aku melihat ayah terpejam matanya. Aku jadi kaku, otak tidak berfungsi sebentar.

“Ayah! Bangun ayah” berkata aku dalam hati.

Akan tetapi hati aku kuat mengatakan ayah sudah pergi menemui Ilahi. Aku cuba kuatkan hati kerana aku melihat mak dan adik sudah lemah menangis. Pihak JPA terus mengangkat ayah ke dalam ambulance dan membawa ke hospital.

Terasa lemah lutut untuk melangkah, aku gagah kan juga. Alhamdulillah, Izzi, Mirul dan Hairil ada membantu. Izzi terus membawa kereta aku ke balai Simpang Pulai untuk diletakkan di situ. Sambil aku menumpang kereta Hairil. Dalam perjalanan ke hospital, aku sempat menelepon beberapa saudara dekat untuk memberitahu ayah kemalangan.

Di hospital, mak, angah dan Bad sudah berada di wad kecemasan. Dalam menunggu doktor usaha menyelamatkan ayah.

“I’m sorry” Doktor memberitahu.

Aku terus memeluk mak, aku terus menahan air mata.

“When your dad came in here, he already no pulse. Kita sudah cuba everthing but yet God love him more. I’m sorry, his gone”

Mak hampir pitam, nasib baik aku memeluk mak. Terus aku papah mak keluar ke wad kecemasan. Tiba tiba terasa sesuatu dalam hati dan pemikiran aku. Otak mula ligat berfikir. Aku terus mengarahkan adik ipar aku membawa mak dan adik balik ke rumah. Bersiap dan memberitahu orang kampung.

Alhamdulillah, ada rakan ayah juga membantu menunggu di wad kecemasan, dia banyak memberi panduan dan nasihat untuk menguruskan jenazah ayah. Juga syukur Izzi, Mirul dan Hairil tidak berganjak membantu aku.

Aku sebenarnya takut untuk menatap jenazah. Waktu opah aku meninggal duni dulu, aku cukup takut untuk menatap lama lama. Akan tetapi jenazah ayah tidak sedikit pun aku takut.

Terbujur kaku ayah di depan mata aku di atas katil di bilik mayat. Kesan darah pada hidung dan telinga masih ada. Baju dan seluar ayah pun habis berdarah. Doktor waktu itu terus menerangkan aku sebab ayah tidak dapat diselamatkan. Ayah mengalami pendarahan pada otak yang sangat serius. Tulang rusuk ayah juga hancur akibat hentakan dari kemalangan. Organ dalaman ayah juga cedera. Kecederaan ayah memang serius. Akibat itu ayah banyak kehilangan darah.

Sayu hati bila aku memandikan jenazah ayah. Ingin aku menitis air mata tetapi aku ditenangkan oleh kakitangan hospital. Dari mandi aku terus membantu mengkafankan ayah. Muka ayah seperti sedang tidur. Tidur yang tidak akan bangun bangun lagi.

Maaf, along tidak sempat membalas jasa ayah semalam ini.

Doa moga ayah tenang bersama orang orang beriman dan ditempatkan di syurga. Aaaminn!. Aku cuba tabahkan hati demi mak dan adik adik. Alhamdulillah, aku mempunyai sahabat yang sentiasa di sisi membantu.

13022013035

Ayah..

Aku baru sahaja kehilangan superhero aku. Ayah meninggalkan aku, mak dan adik adik tanggal 13 Febuari 2013 akibat kemalangan jalanraya.

Terus terang aku katakan baki tangis dalam diri aku ini masih ada lagi. Aku tahan sehingga hari ini supaya aku kelihatan kuat di hadapan mak dan adik adik. Mak sangat memerlukan aku sekarang ini. Adik adik juga begitu, jadi aku perlu kuat.

Sebenarnya ingin aku menangis sepuas puas nya tetapi rasa tiada tempat untuk melepaskan semua nya.

Ayah…

“Along, pergi belajar jangan jadi ayam jantan makin besar makin mendabik dada, ikut resmi padi makin berisi dia tunduk merendah diri”

Itu pesan ayah bila menghantar aku belajar dulu. Sentiasa aku semat di dalam hati, segala kata nasihat, segala teguran. Ayah kini tiada untuk menegur dan menasihat aku.

Teringat aku masa kecil dulu, ayah begitu garang dalam mendidik aku. Pernah sekali aku ponteng kelas mengaji, tahu tahu ayah dah duduk di ruang tamu dengan mukadam dan pedang plastik aku ditangan. Dengan suara mengeletar aku membaca Al Fatihah, tiba tiba satu libasan pedang plastik mengenai badan aku. Waktu tu aku cukup takut dengan ketegasan ayah. Pernah juga aku sembunyi didalam tangki air rumah semata mata tidak mahu di rotan ayah. Salah aku juga buat adik aku menangis. Sepandai pandai aku sembunyi akhir nya aku di tangkap dan di ikat di pokok mangga. Tergelak rasanya mengenangkan waktu itu, malu dan sakit itu pasti.

Bila besar ini ayah dah kurang kegarangan nya, mungkin juga faktor usia. Ayah lebih banyak diam dan memerhati aku dan adik adik. Kalau ada yang tidak kena di hati nya, ayah akan panggil aku duduk berbincang dan memberi teguran nasihat.

Ayah juga banyak berpesan pada aku, rupanya pesanan ayah adalah pesanan terakhir untuk aku menjaga mak dan adik adik. Sebenarnya aku terasa rindu untuk bersalaman dengan ayah.

Ayah…selamat jalan dan tenang bersemadi di sana. Along sentiasa doakan ayah. Al Fatihah…