Pertandingan Silat Seni Peringkat Negeri Perak

Gambar dari kiri atas:
  • Acara pembukaan gelanggang oleh presiden persatuan
  • Peserta Silat solo kreatif
  • Peserta Silat tempur
  • Barisan juri
  • Pemusik dari Silat Kuntau Jawa
Alhamdulillah, Persatuan Seni Silat Serimau Hitam pada 25hb dan 26hb Julai haritue berjaya menjadi penganjur bagi Pertandingan Silat Seni Peringkat negeri Perak di Padang Polo semperna Pertandingan Permainan Tradisional Peringkat Kebangsaan. Pada hari tersebut penyertaan terbahagi dari 16 daerah(mengikut spec dari kementerian belia dan sukan negeri) sekitar negeri perak. Pertandingan dijalankan selama 2hari iaitu 8 daerah pada 25hb dan 8 daerah lagi pada 26hb. Acara yg dipertandingkan solo kreatif dan tempur. Walaupun keadaan pada hari kedua hujan tapi alhamdulillah pertandingan dpt diteruskan juga. Kalungan taniah dan terima kasih pada sahabat2 yg bertungkus-lumus bagi menjayakan pertandingan tersebut juga ucapan terima kasih pada wasit juri dari UPSI yg tidak pernah merungut mengadili pertandigan walaupun dibawah matahari terik. Harapan dan doa semoga silat dimertabatkan ditempat tertinggi insyAllah. amin!!!...

1 comments:

hazrul said...

salam, nak tau, website PSSHP tak leh nak register nape?
mcmana nak jejaki teman2 seperguruan dari kampar?
selepas Allahyarham Bapak Baharum, siapa yg meneruskan legasinya?
Thanks
Hazrul (0172055847)