Kursus Wasit Juri Tahap 3 Kebangsaan…

Alhamdulillah…

cita cita aku dalam ingin menjadi wasit juri telah tercapai…4 hari berkampung di UPSI Tanjung Malim…peh!!…satu memori yang tidak akan aku lupa kan sampai bila bila…

Hari pertama…

830 pagi sampai tiba di UPSI…daftar dan terus ke Kolej Ungku Omar…macam biasa lah…taklimat dan sebagai nya…malam nya pula penerangan kursus…yang best nya kene hafal jurus regu sebanyak 100 langkah…peh!!!…ada 4 ujian…ujian Fitness…ujian Jurus…ujian Teori…dan Ujian “Aba-Aba” atau ujian di dalam gelanggang….

Hari kedua…

Macam biasa lah…aku mulai mengenal semua peserta…rakan sebilik nama Buncit…panggil Bun…haha..aku ingat aku sorang je la yang buncit kat situ…rupenya ade jgk rakan…haha…sebelah bilik ade Ustaz Saiful, Daus dan Cikgu Aat…semua nya sempoi…Ustaz Saiful mulanya nampak tegas…tetapi sama juga…otak gila gila…

Disebabkan aku dan yang lain lain tidak menghafal jurus regu…kami terpaksa tidur lewat hingga pukul 4 pagi…masing masing layu tetapi gagahkan juga untuk menghafal jurus…100 langkah ade 12 jurus…aku hanya menghafal sehingga jurus ke 7 sahaja…adesss…terima kasih pada buncit yang sudi bersengkang mata mengajar aku dan lain lain….

Hari ketiga…

Kelas diteruskan…banyak perkara yang aku belajar tentang undang undang wasif juri ini….alhamdulillah…tenaga pengajar memang aku kenal dari dulu lagi…Abg Tapa dan Abg Jobbar…juga terima kasih pada Cikgu Mus dari terengganu yang sudi mengajar…pada malam nya kami terus di uji  dengan ujian teori dan jurus regu…walau dalam keadaan tak sedia 100%…tetapi kami redha…huuu…yang paling debar bila tiba giliran kumpulan kami untuk di uji…nasib baik Bun ade menyelamatkan keadaan…jadi aku hanya mengikut gerak jurus dari Bun…Alhamdulillah aku dapat menghabiskan 12 jurus….huu…Lepas habis ujian terus kami berjimba jimba…haha..MEMBE!!!…release tension…

Hari keempat…

Hari terakhir…sedih pun ada bila lepas kursus ni akan membawa diri ke tempat masing masing…sebelum habis…kami di uji cara pengendalian gelanggang…jadi aku buat yang terbaek moga aku lulus hendaknya…alhamdulillah walau di uji pelbagai situasi aku tetap tenang…walau kaki sebenarnya mengeletar…habis semua nya…tiba masa untuk penyampaian sijil…alhamdulillah aku LULUS dengan markah 78.9%…kira antara tertinggi juga la…pukul 5 petang..majlis pun selesai…aku, dukun, lan, leman, zam, hazim, bun dan bro awie singgah di tapah sebelum bergerak ke destinasi masing masing…

20121130_173901 20121130_151000 20121130_145343 20121130_173541 20121130_145336 20121130_145329

1 comments:

okjer said...

insyallah jumpa lagi nanti.....

Zuffary Ahmad
peserta kursus
W.P Labuan.