Mee KAri Hj Daud Bin Mat Jasak


Huh!! semalam aku ngn kwan2 dgn perut lapa mencari makanan. Dipikir2 sambil bejalan2 aku terpanggil utk singgah ke kedai mee kari yg famous di pekan ipoh. Alhamdulilah sampainya kami belum lagi ramai org dpt ke kedai tersebut jd kami pun terus duduk dan tanpa segan silu menempah mee kari kesayangan kami. Hehe...seperti gambar diatas mee kari famous ni mmg dari dulu lagi masih sedap dan berlemak. Aku cadangkan pada rakan2 kalo singgah ke mee kari famous ni panggil2 la aku sekali sbb aku ni mmg hantu mee kari. Rakan2 juga boleh menambah lauk2 kat mee kari famous, mmg best sebb bahan2 mee kari mmg segar dari ladang dan dipetik khas utk menbuat mee kari tersebut. Jdi ape lagi jum kite ke mee kari Hj Daud Bin Mat Jasak sekarang. Amin...!!!

Temuduga Terbuka DI JPN

Alhamdulillah pada 13 mei 09 yg lepas aku telah hadir ke temuduga terbuka di JPN jalan maxwell. Dlm kira2 7.30am aku dan kire2 930am baru la aku dpt numbor untk ditemuduga -136- . Walaupun penat menunggu untk mengambil numbor aku redha sbb mmg aku pun terlewat. Dlm perhatian aku kira lebih dari 800 org yg dtg utk ditemuduga pada hari itu, itu baru satu jawatan. Alhamdulillah, dlm pukul 2.00pm aku dipanggil untuk ditemuduga, mmg mengeletar satu badan aku mana tak nye, aku lame tak pergi temuduga ni jd persediaan aku hanya berbekalkan doa dan tawakal saje. Setelah aku duduk bersama dgn 4org YL yg jgk sama ngan aku utk di interview, ahli penel menanyakan soalan pertama "kenalkan diri masih2, kelulusan, tinggal dimana, pengalaman kerja, umur dan lain2" aku org ketiga yg disoal. Alhamdulillah soalan pertama itu aku jawab dgn tenang walaupun hati aku masih berdegup dgn kencang. Soalan kedua plak ialah "sila beri perbandingan antara pelajar dulu dan sekarang" jawapan aku " beza antara pelajar dulu ialah mereka didedahkan dgn dunia ICT dan teknologi. Mereka didedahkan juga dgn pengunaan komputer dan internet berbanding dgn pelajar dulu hanya merujuk pada buku dan juga guru itu sendiri jd pelajar sekarang lebih maju dan matang dari segi pendedahan ilmu secara terus" Itu lah jawapan aku, tapi utk 4org YL diorg menjawab pelajar sekarang lebih teruk sosial dan ahlak telah terjejas, bagi aku kalo kite ditemuduga jgn la jawab dgn jawapan yg negatif tapi terpulang la. Soalan ketiga pula " berikan sikap yg perlu ada pada penjawat awam dlm satu perkataan" Jawapan aku ialah " amanah ". Terus ahli penel menamatkan sesi temuduga kami. Nafas lega terus keluar dari mulut aku kerana penantian dan debar menunggu telah berakhir. Aku pun balik dgn harapan dan doa aku berjaya ditawarkan berkerja. Amin!!!

Taniah untuk Sahabat ku - Hazizul -

Taniah untk sahabat ku Hazizul kerana dpt menimang cahaya mata(puteri) yg pertama. Aku doakan agar dimurahkan rezeki dan di panjangkan umur.

Konvoi Jati Diri Negara - 24hb April dan 26hb April 2009


Alhamdulillah pada 24hb dan 26hb kami berjaya menjalankan tugas sebagai marshal utk program Jati Diri Negara anjuran Belia Perak Tengah. Terima kasih kepada En. Budiman selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah memberi kepercayaan kepada kami utk mengiringi peserta dari Seri Iskandar ke Bukit Larut. Program bermula pada 3ptg selepas solat jumaat tetapi disebabkan masalah tertentu program terlewat sejam dan kami hanya bermulakan perjalanan ke Bukit Larut pada pukul 4ptg. Dengan bantuan pihak polis, konvoi dengan selamatnya sampai kira-kira pukul 7ptg walaupun salah satu kuda besi peserta konvoi mengalami masalah tayar pancit ditengah perjalanan. Pada 26hb pula kami memulakan perjalanan balik pada pukul 1tghari dan sampai di Seri Iskandar pada kira-kira pukul 5.30ptg. Marshal yg terlibat ; 9W2DRH (abg zul), 9W2FAN (wan cacing), Nik, 9W2KKX (mon). Diharap aktiviti seperti ini dpt diadakan selalu agar radio amatur dikenali oleh semua lapisan masyarakat. amin!!!

Sukan Tahunan Sek Ren Keb Sultan Yussuf ke 50


Terlewat aku update kan blog ini. Disebabkan sibuk dengan gerai sampai jarang sekali aku ke Cyber Cafe tuk mengupdatekan blog ni. Alhamdulillah pada bulan yg lalu persatuan kami dipanggil tuk membuat persembahan di SYS rendah semperna sukan tahunan. Aku macam biase la kene belatih tuk memukul gendang pada hari tersebut. Rakan2 aku yg lain yg lebih handal dari aku mestilah membuat persembahan silat dihadapan tetamu kehormat. Aku nak buat silap2 tak sampai 10 saat dah pancit. Tapi dlm diri terase bangga disbbkan persatuan kami sudah selangkah memperkenalkan silat dimata org ramai. Ramai yg bertanye, ramai yg memuji, alhamdulillah usaha kami ada kesan nya. Walaupun kami hanya membuat persembahan hanya dlm 15 minit tetapi itu cukup untuk kami meperkenalkan silat khususnya nama persatuan kami. Harapan aku agar silat dimartabatkan dan di hayati oleh bangsa nya sendiri. amin...!!!

Majlis Tauliah & Penerimaan Bengkung Per. Seni Silat Serimau Hitam Perak Cwgn UPSI

Taniah kepada Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan UPSI kerana berjaya mengadakan majlis tauliah dan penerimaan bengkung utk pesilat2 UPSI. Ini melambangkan persatuan silat kita masih lagi kukuh. Kami dari Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput ke majlis tersebut. Alhamdulillah, kira2 pukul 230pm kami sampai disana walaupun sedikit lewat kerana beberapa masalah timbul di pertengahan jalan. Majlis diserilan lagi dgn beberapa persembahan dari pesilat Upsi sendiri dan juga dari Cawangan Klebang Restu (ipoh). Terpegun melihat persembahan dari pesilat Cawangan klebang Restu kerana mereka membawa kelainan dlm persembahan. Setelah habis pemberian bengkung, majlis diteruskan lagi dgn majlis ilmu iaitu batang pisang, mandi pedang. Kira2 pukul 6pm majlis tamat dgn acara penutup gelanggang dari Guru Utama sendiri. Harapan dan cita2 agar kami di Batu Gajah juga dpt mengadakan majlis tauliah dan penerimaan bengkung pada bulan Jun ini nanti. amin...!!!

Callsign 9W2 KKX

9w2 KKX

Station Owner:Mohd Fahmi B. Mohd Najib
Base:Batu Gajah

Alhamdullilah, setelah hampir setengah tahun menunggu akhir nya aku memperolehi lesen yg bercallsign 9w2kkx. Syukur aku pada Allah akhir nya aku lulus. Terima kasih pada rakan2 yg sentiasa membimbing aku dan mengajar aku erti sebenar radio amatur. Insyallah jasa kalian akan dibalas dgn pahala yg mencurah2...amin!!!