Temuduga Terbuka DI JPN

Alhamdulillah pada 13 mei 09 yg lepas aku telah hadir ke temuduga terbuka di JPN jalan maxwell. Dlm kira2 7.30am aku dan kire2 930am baru la aku dpt numbor untk ditemuduga -136- . Walaupun penat menunggu untk mengambil numbor aku redha sbb mmg aku pun terlewat. Dlm perhatian aku kira lebih dari 800 org yg dtg utk ditemuduga pada hari itu, itu baru satu jawatan. Alhamdulillah, dlm pukul 2.00pm aku dipanggil untuk ditemuduga, mmg mengeletar satu badan aku mana tak nye, aku lame tak pergi temuduga ni jd persediaan aku hanya berbekalkan doa dan tawakal saje. Setelah aku duduk bersama dgn 4org YL yg jgk sama ngan aku utk di interview, ahli penel menanyakan soalan pertama "kenalkan diri masih2, kelulusan, tinggal dimana, pengalaman kerja, umur dan lain2" aku org ketiga yg disoal. Alhamdulillah soalan pertama itu aku jawab dgn tenang walaupun hati aku masih berdegup dgn kencang. Soalan kedua plak ialah "sila beri perbandingan antara pelajar dulu dan sekarang" jawapan aku " beza antara pelajar dulu ialah mereka didedahkan dgn dunia ICT dan teknologi. Mereka didedahkan juga dgn pengunaan komputer dan internet berbanding dgn pelajar dulu hanya merujuk pada buku dan juga guru itu sendiri jd pelajar sekarang lebih maju dan matang dari segi pendedahan ilmu secara terus" Itu lah jawapan aku, tapi utk 4org YL diorg menjawab pelajar sekarang lebih teruk sosial dan ahlak telah terjejas, bagi aku kalo kite ditemuduga jgn la jawab dgn jawapan yg negatif tapi terpulang la. Soalan ketiga pula " berikan sikap yg perlu ada pada penjawat awam dlm satu perkataan" Jawapan aku ialah " amanah ". Terus ahli penel menamatkan sesi temuduga kami. Nafas lega terus keluar dari mulut aku kerana penantian dan debar menunggu telah berakhir. Aku pun balik dgn harapan dan doa aku berjaya ditawarkan berkerja. Amin!!!

0 comments: