Konvoi Jati Diri Negara - 24hb April dan 26hb April 2009


Alhamdulillah pada 24hb dan 26hb kami berjaya menjalankan tugas sebagai marshal utk program Jati Diri Negara anjuran Belia Perak Tengah. Terima kasih kepada En. Budiman selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah memberi kepercayaan kepada kami utk mengiringi peserta dari Seri Iskandar ke Bukit Larut. Program bermula pada 3ptg selepas solat jumaat tetapi disebabkan masalah tertentu program terlewat sejam dan kami hanya bermulakan perjalanan ke Bukit Larut pada pukul 4ptg. Dengan bantuan pihak polis, konvoi dengan selamatnya sampai kira-kira pukul 7ptg walaupun salah satu kuda besi peserta konvoi mengalami masalah tayar pancit ditengah perjalanan. Pada 26hb pula kami memulakan perjalanan balik pada pukul 1tghari dan sampai di Seri Iskandar pada kira-kira pukul 5.30ptg. Marshal yg terlibat ; 9W2DRH (abg zul), 9W2FAN (wan cacing), Nik, 9W2KKX (mon). Diharap aktiviti seperti ini dpt diadakan selalu agar radio amatur dikenali oleh semua lapisan masyarakat. amin!!!

0 comments: