Nekad....

Agak lama tidak menulis di ruangan blog ini....aku sebenar nya dalam fasa yg menguji aku dan si dia...maaf atas segala nya...aku tetap menunggu di sini....

Alhamdulillah...semperna bulan Ramadhan ini pemohonan bantuan Yayasan Bina Upaya lulus....jadi aku sekarang boleh meneruskan fasa perniagaan jurugambar....syukur yg amat sgt...cuma skrg menunggu surat dari YBU utk mengambil cek...

dan juga aku mungkin berubah angin kerjaya..insyallah..cuma belum lagi menghantar surat perletakan jawatan....hurm....sgt nekad aku utk berenti...

kemana?....ke satu tempat lain yg bukan di sini...kerjaya separuh masa aku tetap akan dijalankan...itu sudah pasti cuma skrg aku mahu menumpukan pada kerjaya baru...tugas baru yg bagi aku sgt mencabar minda...permulaan baru dalam umur yg agak meningkat...tahun depan sudah mula masuk fasa siri 3...haha...

rumah...bila bekerja jauh...kena lah cari rumah sewa...huuu...jd dlm nak bercuti raya ni aku terpaksa jalan jalan ke sana kemari mencari rumah....

nekad...aku yakin dlm keputusan aku kali ini.....

Bak Pengemis Buta di hujung tangga…

 

Gigil kesejukkan pengemis itu,

baju yang nipis sebagai perisai menahan angin malam,

gigil terus mengigil tetapi tetap menadah tangan demi secubit alas perut,

bunyi perut seakan tidak memahami keadaan,

bunyi terus berbunyi tetapi tetap menadah demi secubit nafas esok hari,

bergurindam nada lagu keluar demi hiburan laluan ramai,

bergurindam agar tadahan tangan di isi walau sekupang,

ada melihat berlalu sahaja

ada melihat mengambil gambar

ada melihat membuat muka

ada melihat berpaling jauh

ada melihat tanda simpati

tadah di isi pengemis menunjuk lega

meraba tangan mengharap nilai

perut bunyi terus berbunyi

pabila selesai pengemis terus beredar

hati melangkah moga tidak kecundang tersepak tangga yang agak curam

siang atau malam tidak mambawa makna kerana pancaindera telah tiada

mengikut langkah tiada berpeta…pengemis buta di hujung tangga…

Ramadhan…

 

Alhamdulillah…bulan yang dinantikan telah tiba….jadi marilah kita perbanyakkan amalan yang dapat menjamin syurga di akhirat kelak…amin!….

aku baru sekarang dapat update entri untuk blog ini yang telah lama bersawang di ruangan alam maya ini….pertama kesibukkan kerja dan keletihan badan punca utama aku menjadi malas untuk mengupdate….lagipun blog ini hanya blog biasa…kedua…kejadian spamming dalam inbox email aku telah berjangkit ke blog menyebabkan blog aku mempublish perkataan yang merepek…dem!!…sabo je la…

ok…dalam beberapa ketika aku tidak mengupdate….banyak perkara telah terjadi di luar jangkaan aku….entah la…semua ini adalah dugaan dari Nya…aku redha….

25hb ogos ini adik kedua aku akan bernikah…wah!!..seronok dan teruja aku nak menunggu hari tersebut…yelah…kenduri besar pertama dalam keluarga aku…harap berjalan lancar…seperti biasa aku akan menjadi official photog untuk mereka…taniah along ucapkan pada angah dan bakal suami…hehe….

si dia…aku banyak bersalah pada si dia…aku sangat menyesal apa yang terjadi…harap di beri peluang agar diri ini dapat menebus segala kesalahan yang ada…tidak dapat aku jelaskan dalam perkataan betapa sesal nya aku…agak berapa lama deringan telefon tidak berbunyi menandakan msg dari si dia….aku paham…si dia sangat marah pada aku…tapi jangan lah terlalu lama….terseksa jiwa dan hati ini menunggu…terasa mahu kesana dan melutut  di depan agar diri ini diterima semula…tapi aku risau akan membuat si dia marah…buntu sangat aku buntu di sini….

aku sentiasa berdoa….

Si dia…banyak yang aku kongsikan….alhamdulillah YBU sudah lulus…insyallah dalam masa terdekat akan dapat cek dari mereka…biarpun sedikit tapi dengan sedikit itu aku akan mula kan perniagaan aku sangat minat dari dulu….

aku baru saja menghantar resume kepada pihak hospital…diorang mahukan seorang tech comp…harap dapat job offer tersebut….amin!…

aku sudah seminggu kesakitan kaki…mc dua hari aku …kekejangan otot…doc kata sebab terlalu banyak kerja dan perlu kurang kan berat badan….huhu…alhamdulillah..dalam bulan ramadhan ni dah 4kg turun…

aku baru beli telefon…walau second tapi berbaloi…boleh whatsapp dengan viber…huhu…sekali leh check twiter…fbing…main game…waaa…macam budak kecil dapat cokolat rasanya…haha…1st time aku ada telefon canggih dalam tangan….hahaa…tapi kalau ber whatapps dan viber ngn si dia lagi seronok rasanya…hurm.. :(

IMG_2483

3 am…the times!

Keserongan masa tidur aku kini agak bermasalah…aku cuba untuk tidur awal akan tetapi aku masih dihantui peristiwa hari itu yang mana aku mencetuskan rase emosi yang tak terduga…meletus meletup…biar lah…let it be…things happen!…

Nguapan panjang….tetapi mata masih segar bugar…terlalu banyak aku memikirkan sesuatu…cuma kurang jelas butir kerana ia bercampur baur dengan rona kehidupan seharian ku…

Cuma kali ini masa minggu aku terisi dengan sesi “outing” Gempak yang di cipta khas leh komiti lensa Perak…alhamdulillah segala input aku terima dan simpan sebagai rujukan masa…aku cuba bandingkan kerja tangan aku dengan sifu sifu…memang jauh beza nya…aku perlu mengasah lagi kemahiran melihat menafsir dan menghayati hasil kerja tangan aku…

nunu two cik nunu oneUcapan terima kasih kepada “talent” yang sudi memberi satu kerjasama pada aku yang hanya boleh dipanggil “newbie” dalam kerjaya lensa ini…banyak lagi ruang dan peluang perlu aku sendiri perbaiki…cuma sekarang kekangan masa dan modal memaksa aku sedikit undur dalam memperjuangkan kerja separuh masa aku ini…insyallah dengan izin Allah…aku akan mencari jalan terbaik untuk diri aku…

Reading…melompat aku pada coretan si dia…kesian si dia kini sibuk pada tugasan baru..banyak benda yang perlu si dia kejar kan…nevermind dear…you can do it!!…aku di sini sentiasa memberi sokongan dan dorongan…berserta doa…insyallah…memahami apa yang berlaku…( jika hati ini boleh di “print”)

Ber Fb….tiba tiba satu wall stat terpacul di depan mata….mari tidur…

Pyanhabib Rahman
SaaT bintang bersunyi di langit tinggi, ditebar-Nya malam untuk kamu bermimpi ...

2 am…silent

Jam 2 pagi…mata belum mengantuk…maybe tarikan daya kuasa nescafe kaw di kedai jub menyebabkan mata masih segar bugar bagai burung jampuk mencari makanan di waktu malam…atau fikiran dalam otak ini berewang rewang dan menari nari bagai satu pesta yang sedang havoc…

aaaah!!….satu keluhan rasa kuasa yang entah mana terbit…mungkin juga kerana esok masih lagi bertemu dengan kerja yang semakin lama semakin memuakkan seluruh anak tekak aku ini…aku redha..

sekali imbas keluar melihat keadaan pacuan dua roda aku yang semakin usang ditelan dan di mamah cuaca masa…terfikir lagi untuk mencari lain tetapi seperti aku mengkhianati jasanya yang telah banyak berkorban untuk aku…huuu!…korban duit yang banyak adalah!!….itu ini rosak…kini menanti masa untuk dijadikan tukun tiruan…mana laut yang akan menerima dia…entah lah…

terdetik si dia dalam benak aku…sudah tidur mungkin…kesian keletihan si dia dengan perkerjaan nya sekarang…di tempat baru dan tugas yang baru…kerinduan juga aku menunggu pesanan ringkas nya tetapi aku memahami keadaan nya…biar lah si dia merehatkan diri agar esok nya ceria…sentiasa aku doakan moga si dia ceria dan bahgia di sana…sudah aku wakilkan “muncit” dan “diet” bersama nya…walau mereka kaku tidak berkata cukup lah sekadar ia dapat melegakan hati dan perasaan si dia…aku terlalu menyayangi si dia…

aku…banyak lagi yang perlu aku hitungkan nanti…mari tidur…cuba memujuk…

IMG_1778 - Copy

Memikir…

IMG_9929 - CopyLumut

i City…

IMG_1822

i City…