Blog Freezzzz!!!!


huh!!...untk rakan2 blog tika cuma ini mungkin akan di freezzz kan utk sementara waktu kerana aku terpaksa menumpukan pada majlis tauliah yg akan diadakan pada 31hb ni....jd harap maaf jika blog ni akan menjadi bersawang kejap...walaupun dan lame pun bersawang nye....huhu....rakan2 yg lain keep up ur good work...blog anda sentiasa dihati ku....hehehe......

New CerMen Mata!!!


Rupe2nya semakin meningkat usia, badan kite tak seperti dahulu lagi. Baru2 ni aku cube check mata yg kebelakangan ini asik terase kurang. Rupe2nye aku sudah rabun dan mata kanan aku silau, jd dgn hati yg berat aku terpakse la membikin satu cermen mata yg membantu aku melihat dunia yg fana ni...huhu..ayat klasik la plak. Waa...tak lupe 09/10/09 aku n my daddy nye birthday selamat hari jadi untuk diri ku...dah 26 genap umur aku. Harap permulaan yg baru bi dpt la mengubah hidup aku yg agak kebelakang kebelakangan ni..amin!!!

serimauhitam.com

serimauhitam.com

Shared via AddThis

Sumbangan utk anak-anak Darussalam

Alhamdulillah pada 29hb lepas aku bertembung dgn ustaz Musa yg menguruskan rumah anak-anak yatim Darussalam. Kenal aku pada beliau disbbkan majlis makan amal yg diadakan oleh kelab vee99 beberape bulan yg lepas. Dlm siap bersembang ustaz Musa trus bertanyakan aku jika aku boleh menbaiki komputer, alhamdulillah jawapan aku. Jd ustaz Musa meminta bantuan dtg ke rumah Darussalam utk melihat keadaan komputer disana. 9 malam aku sampai dgn sahabat aku zaza, keadaan komputer disana masih lagi ok, berjenama Dell sumbangan dari Bank Muamalat cuma keadaan printer nya agak kurang memuaskan. Printer jenis HP 3 in 1 F380, dakwatnya telah tumpah dan mungkin tidak boleh digunakan lagi tapi aku cube baiki disebabkan anak2 Darussalam memerlukan utk kerja sekolah. Jd aku harap pada sahabat2 dpt la berpakat2 utk menyumbang sebuah printer utk kegunaan anak2 darussalam. Mungkin antara sahabat2 pikir printer sekarang boleh dikatakan murah dan ustaz Musa mampu membelinya tapi kalo kita pikirkan beliau byk lagi yg perlu dipikirkan dan byk yg perlu beliau keluarkan. Jd dgn sumbang dari kita boleh la meringankan beban beliau. Insyallah pada ahad(2hb) ni aku dan sahabat aku dtg utk install satu lagi printer di sana. Harap sahabat2 yg lain boleh join sama. Didunia kita berladang, diakhirat nanti baru kita petik hasil nya, moga amal kita diterima oleh Allah. amin!!!!

Pertandingan Silat Seni Peringkat Negeri Perak

Gambar dari kiri atas:
  • Acara pembukaan gelanggang oleh presiden persatuan
  • Peserta Silat solo kreatif
  • Peserta Silat tempur
  • Barisan juri
  • Pemusik dari Silat Kuntau Jawa
Alhamdulillah, Persatuan Seni Silat Serimau Hitam pada 25hb dan 26hb Julai haritue berjaya menjadi penganjur bagi Pertandingan Silat Seni Peringkat negeri Perak di Padang Polo semperna Pertandingan Permainan Tradisional Peringkat Kebangsaan. Pada hari tersebut penyertaan terbahagi dari 16 daerah(mengikut spec dari kementerian belia dan sukan negeri) sekitar negeri perak. Pertandingan dijalankan selama 2hari iaitu 8 daerah pada 25hb dan 8 daerah lagi pada 26hb. Acara yg dipertandingkan solo kreatif dan tempur. Walaupun keadaan pada hari kedua hujan tapi alhamdulillah pertandingan dpt diteruskan juga. Kalungan taniah dan terima kasih pada sahabat2 yg bertungkus-lumus bagi menjayakan pertandingan tersebut juga ucapan terima kasih pada wasit juri dari UPSI yg tidak pernah merungut mengadili pertandigan walaupun dibawah matahari terik. Harapan dan doa semoga silat dimertabatkan ditempat tertinggi insyAllah. amin!!!...

Jenalek? atau Jenalik?

Huhu...persoalan yg bermain diminda aku sekarang ni. Sambil aku pikir2, sambil itu aku nak mintak pertolongan kawan2 harap dpt la berikan satu atau dua info ttg jenalik ni. Aku ingin tau keistimewaan tempat yg bernama jenalik. Ada apa disana? Ada tmpt makan yg istimewa kah? Ada org bijak pandai kat sana kah? Ada dinasor kah? Semua persoalan diminta aku ini harap kawan2 dpt la di beri jawapan. Mungkin kawan2 tetanye2 kenapa aku ingin tau sangat tempat bernama jenalik kan. Insyallah kalo kite ber eye-ball aku cerita kan kawan2 ok. Harap kawan2 dpt bantu. amin!!!...

Offer!!! Promotion??!!

Hahah...ini betul dah takde idea nak letak kat blog disebabkan aku kini keje kat pasaraya TF di kedai computer jadi aku pun nak letak la satu iklan utk tatapan sahabat2 kat luar sane sebagai rujukan atau kalo nak beli leh la dtg ke TF batu gajah. Bile la gaji nak dapat ni Adus!!!!