Mimi…farewell…..

Urmm….

Ibu…

IMG_8277 - Copy

Ibu….setiap senyum mu…membuat hati ku lega dan gembira….

dosa ku pada mu tidak terkira banyak nya…

maafkan ku ibu….

 

Ibu….tangisan mu malam itu membuat hati ku sayu….

maafkan ku ibu…

 

ibu….jika mampu ingin ku beli segala masa yang telah engkau habiskan membesarkan ku….

akan ku hias masa itu dengan perkara yang engkau suka ibu….

 

Ibu….aku hanya mampu menangis bersama pada malam itu…

tidak niat untuk memberikan segala pahit pada hati mu ibu…

ibu…aku sayang padamu….

 

maafkan ku ibu….

Si Polan Si Wulan

Hari itu seperti biasa si polan bangun dengan hari berkobar untuk berkerja…..hari itu si polan akan menghantar kata kata cinta kepada si wulan seperti hari hari yang sebelum nya.

Cuma hari itu, si polan agak berduka. Mengetahui si wulan mungkin di petik si jejaka . Si polan mula gundah. Si polan mula gulana. Akibatnya si polan mula tertekan dan hampa pada diri. Bukan kerana apa si polan meletak kan harapan dan cinta begitu besar pada si wulan. Mungkin si wulan tidak mengetahui rancangan si polan yang besar untuk mereka.

Hari ini, si polan jatuh sakit. Sakit bukan kepalang nya sakit. Lebih sakit dari ditusuk keris. Lebih sakit dari dari bakar hidup-hidup. Sakit luka berdarah menanah. Tapi si polan cuba menyembuhkan diri. Pergi mencari serata genap ceruk negeri. Penawar luka berdarah menanah tidak ketemui. Mungkin si polan tersasar pandang. Menderita la si polan menangung sakit tidak terperi pedih nya.

Si wulan, sudah lah jauh tidak kelihatan. Mula menyepi tiada berita. Akibat larangan dari keluarga. Menelan ubat begitu lama dan tak terkira banyaknya. Juga sakit menanggung derita. Arahan keluarga perlu dituruti nanti durhaka diberi pada diri. Berdosa pula nanti bertimpa-timpa. Si wulan sentiasa mencari. Mencari si polan yang derita sendiri. Ntah dimana bagaimana tidak diketahui. Pada Allah mereka beserah diri.

“ Ya Allah, tunjuk kan jalan pada hamba, moga bertemu bahagia, moga sentiasa direstu oleh Mu. Rahmat dan Keredhaan Mu hamba harapkan. Lembutkan lah hati, rapatkan lah kami. Ya Allah, pada Mu hamba berserah atas segalanya. Makbulkan lah doa hamba ini "

ceritera si polan si wulan menjadi penyeri. Moga kawan-kawan tidak bosan membaca nya nanti. Tulisan aku hanya suka-suki. Tidak mengena yang hidup mahu pun mati. Tadaaaaa!!!!

50mm...senyum…tak perlu kata apa-apa…

Aku baru amik satu bijik lens 50mm canon….murah…thanks that amoi yang menjual kerana memberi harga diskaun hebat!!…haha….

Canon-EF-50mm-f-1.8-II-Lens sumber: pakcik google

sila lah hayati pic….baru belajar…sila la tunjuk ajar yek….

IMG_8221 IMG_8167 IMG_8176 IMG_8189 IMG_8209 IMG_8212

semua gambar ni aku amik mase IT Fair di ipoh….dlm tgh keje…dpt la snap beberapa gambar…hehe…..

….bila lagi?….

Kadang-kadang bila umur seperti aku ini….perlbagai pertanyaan yang akan ditanya oleh rakan-rakan dan juga keluarga…..cuma aku tuli kan telinga dan pancaindera aku dari melayan soalan-soalan berikut…..

“ Wajib dah ni….bila lagi?”

“ Umur dah lanjut…bila lagi? “

“ Aku dah anak dua….bila lagi? “

“ Kawan-kawan dah ada…..bila lagi? “

 

dan pelbagai soalan yang akan dituju…..huhu…tapi satu je jawapan aku….insyallah…jika diizinkan Allah….akan ada nanti…benar kan cik si dia?….heheh…..

Ok…lupakan perkara yang diatas tue….sekarang ni nak ucapkan selamat bertunang kepada Cik Asmah yang akan bergelar Puan tak lama lagi……hehe…moga berbahagia hendaknya…..

IMG_8035 - Copy

KL Bird Park…..

Huhuhu…alhamdulillah aku diberi peluang untuk menikmati satu pengalaman yang sungguh bermakna dalam hidup….wit si dia…kami ke Bird Park…sila layari website ni untuk info http://www.klbirdpark.com/

Bagi aku 100% recommendation untuk kawan2 pergi kesana…..the world largest free-flight-walk-in aviary….peh!!…serius memang aku berpeluh berjalan-jalan kesana….semua jenis burung ada….dari sekecil-kecil burung nuri hingga sebesar-besar burung kasawari….dem!!…sangat teruja….hanya Rm20 saja….cuma better u all bawa air mineral sendiri sebab kat sana agak mahal….sebotol Rm4…bukan botol besar tapi botol kecil yek adik-adik….huhu….

Kawasan bird park ni di bina di lereng bukit…jadi di sana memerlukan stamina yang banyak untuk mendaki setiap lorong yang ada….tapi berbaloi….bila melihat burung-burung yang ada terasa hilang penat sebentar….aku n si dia masing-masing teruja…yang paling seronok bila beri minum burung nuri…kene serbu…peh!!..pengalaman…..kedua….beri makan pada burung emu..adik beradik burung kasawari….

Mula-mula masuk…aku ingin nak amik gambar burung merak yang mengembangkan ekor dia….memang jumpa beberapa ekor….aku cube provoke bagi dia kembang tapi agak malang…diorg leh buat donno je ngan aku….last-last doa aku makbul….sebelum nak kuar dari bird park….ade sekor merak ini terus kembangkan ekor dia….yang paling best nya…macam ditunggu plak…dia kembang ikut lens kamera aku…aku zoom dia pun duk senyap je….tiap kali aku gerak dia pun akan gerak….seronok rasa nya….lawa…cantik…huhu…syukur…sangat sangat lawa ciptaan Allah….aku sungguh bersyukur….

Nak cerita panjang-panjang pun x sonok…so better tgk pic ni….hehe….pengalaman wit her…terbaek!!!…

 

IMG_7914 IMG_7911

IMG_7986 IMG_7841 IMG_7860 IMG_7861 IMG_7866 IMG_7871 IMG_7874 IMG_7883 IMG_7895 IMG_7902 IMG_7925 IMG_7926 IMG_7932

Berat….

Pagi-pagi bangun hari ni…aku cube gagah kan kaki untuk berjogging…tapi kemalasan menguasai diri….aku cume memanaskan badan di dalam bilik dan membuat aktiviti berpeluh diluar……kenape aku malas?…..arini rase berat hati….or lebih senang aku rase susah hati hari ni….kenape?….biar lah….tak mahu aku memberitahu nya…cuma ingin meluahkan perasaan berat dalam hati ni di blog usang yang lagi bersawang ni….

hurmm….asik mengeluh aku….tak elok mengeluh tapi ia terjadi secara otmatik bila aku mengenangkan perasaan berat ni….kalau nak di bandingkan dengan berat badan aku….berat lagi apa yang ditanggung dalam hati ni….ohh!!…mahu saja aku start moto dan pergi ke tepi pantai….tapi panggilan kerja lebih memerlukan….so u have to focus man!!….sabtu ni ade program ipoh….alhamdulillah…ada juga aktiviti yang leh menghilangkan rasa berat dalam hati ni….

kamere…….orang kata aku ni culture shock….orang lain nak kamere aku pun nak kamere….huhu…untuk pengetahuan korang….aku berkecimpung dalam dunia kamera ni dah lama…cuma waktu tue aku takde DSLR…cuma kamera biasa yang mengunakan roll filem yang perlu di cuci di kedai gambar….lepas itu aku upgrade….adik aku membeli sebiji kamera digital lumix….6megapixel….dari situ aku mula belajar….aku mengumpul duit untuk mendapat kan sebiji DSLR….memang aku minat mengambil gambar….kire hampir separuh harddisk ini penuh ngan koleksi gambar aku sahaja…..kenapa aku suka amik gambar??…aku ada sebabnya….sebab bagi aku…manusia semua senang melupakan peristiwa yang ada….jadi aku ingin abadi kan semua semua peristiwa yang ada di sekelliling aku ini dengan gambar….aku rase selesa bila aku memegang kamere….hurmm….

rase berat hati ni belom pergi lagi…..