Demam…

Huh…agak kelesuan aku hari ini…

Ya Allah…kemalasan yang melanda diri…hoo…tetapi aku gagah kan juga diri…makan ubat dan terus kerja…hari kenduri adik ku semakin hampir…macam macam nak prepare…semalam ke manjoi ke rumah mak sedara untuk mengambil gula…hampir terlelap akibat ubat demam yang aku telan sebelum itu…huuu…bahaya!!!…

Nampak nya aku sudah seminggu tidak ke sana…hohoho..mana tidak nya…4 hari kursus ditambahkan dengan demam dan sakit badan ini…membuat aku ponteng…In Shaa Allah aku akan cuba ke sana malam ini…

Rumah mula sesak dengan barang barang kenduri…mungkin esok khemah, kerusi dan meja akan sampai…ohh!…keletihan yang amat sudah terbayang di otak…

Bilik aku akan di jadikan bilik tetamu…alahai…aku nak tidur mana?…yang penting barang berharga kena simpan elok elok….huu…

esok nak survey daging kambing wat pangang malam tue…yoossh!!…

Aku rindu Si Dia…

Kursus Wasit Juri Tahap 3 Kebangsaan…

Alhamdulillah…

cita cita aku dalam ingin menjadi wasit juri telah tercapai…4 hari berkampung di UPSI Tanjung Malim…peh!!…satu memori yang tidak akan aku lupa kan sampai bila bila…

Hari pertama…

830 pagi sampai tiba di UPSI…daftar dan terus ke Kolej Ungku Omar…macam biasa lah…taklimat dan sebagai nya…malam nya pula penerangan kursus…yang best nya kene hafal jurus regu sebanyak 100 langkah…peh!!!…ada 4 ujian…ujian Fitness…ujian Jurus…ujian Teori…dan Ujian “Aba-Aba” atau ujian di dalam gelanggang….

Hari kedua…

Macam biasa lah…aku mulai mengenal semua peserta…rakan sebilik nama Buncit…panggil Bun…haha..aku ingat aku sorang je la yang buncit kat situ…rupenya ade jgk rakan…haha…sebelah bilik ade Ustaz Saiful, Daus dan Cikgu Aat…semua nya sempoi…Ustaz Saiful mulanya nampak tegas…tetapi sama juga…otak gila gila…

Disebabkan aku dan yang lain lain tidak menghafal jurus regu…kami terpaksa tidur lewat hingga pukul 4 pagi…masing masing layu tetapi gagahkan juga untuk menghafal jurus…100 langkah ade 12 jurus…aku hanya menghafal sehingga jurus ke 7 sahaja…adesss…terima kasih pada buncit yang sudi bersengkang mata mengajar aku dan lain lain….

Hari ketiga…

Kelas diteruskan…banyak perkara yang aku belajar tentang undang undang wasif juri ini….alhamdulillah…tenaga pengajar memang aku kenal dari dulu lagi…Abg Tapa dan Abg Jobbar…juga terima kasih pada Cikgu Mus dari terengganu yang sudi mengajar…pada malam nya kami terus di uji  dengan ujian teori dan jurus regu…walau dalam keadaan tak sedia 100%…tetapi kami redha…huuu…yang paling debar bila tiba giliran kumpulan kami untuk di uji…nasib baik Bun ade menyelamatkan keadaan…jadi aku hanya mengikut gerak jurus dari Bun…Alhamdulillah aku dapat menghabiskan 12 jurus….huu…Lepas habis ujian terus kami berjimba jimba…haha..MEMBE!!!…release tension…

Hari keempat…

Hari terakhir…sedih pun ada bila lepas kursus ni akan membawa diri ke tempat masing masing…sebelum habis…kami di uji cara pengendalian gelanggang…jadi aku buat yang terbaek moga aku lulus hendaknya…alhamdulillah walau di uji pelbagai situasi aku tetap tenang…walau kaki sebenarnya mengeletar…habis semua nya…tiba masa untuk penyampaian sijil…alhamdulillah aku LULUS dengan markah 78.9%…kira antara tertinggi juga la…pukul 5 petang..majlis pun selesai…aku, dukun, lan, leman, zam, hazim, bun dan bro awie singgah di tapah sebelum bergerak ke destinasi masing masing…

20121130_173901 20121130_151000 20121130_145343 20121130_173541 20121130_145336 20121130_145329

Utk anda yg berkenaan…

Ya anda…yg berkenaan…

sudikan anda membelanja saya yg sedang kelaparan ini..?

haha…repekan aku pada petang hari ahad ini…di ofis seperti biasa…hari ini menu kacang pangang dalam tin dan susu soya satu kotak…alhamdulillah kenyang…di opis meneman encek acap yang kesorangan…aku sebenarnya cuti arini akan disebabkan kebosanan melanda diri…aku gagah kan juga ke ofis…

huh!!!…badan mula tidak sakit sakit lagi…kira nya badan sudah menadaptasi program yang diberi…moga sasaran menjadi…amin!!!…harini di seri iskandar cerah dan tenang…walaupun abang disebelah ini berkarok…tetapi aku selesa mendengar nya…hilang sedikit sunyi di ofis…

Kedengaran disebelah nanti akan di buka Pizza…hohoho…terbaek!!..makan itu sudah pasti…nyum!!…dan teringat makan pizza bersama si dia…hurm!…miss you…

Sudut…

Sudut termenung jauh….

Harini aku melayan sakit sakit di badan…nak menangkat tangan untuk mengaru telinga pun terasa siksa nya….tetapi aku kene kuat kan semangat agar dapat mencapai sasaran aku….cuma hari ini aku ponteng kerana peristiwa semalam…peristiwa yang bagi aku rase sering berlaku di zaman sekarang ini…bialah…semoga selesai semua nya…terganggu waktu tidur aku…4.53 am sampai di rumah…

Harini aku berkerja seperti biasa…cuma hati sedikit kurang mood…ntah...banyak yang mahu dipikirkan…sampai diri pun tak terurus…serabai…huh!!!…balik nanti kene la bercukur…baru nampak kemas…

Tarikh bersanding adik perempuan ku semakin hampir…jadi semakin sibuk la aku di rumah membantu apa yang patut…cuma kesian pada ibu ku yang bertungkus lumus mengadakan semua nya….biasa lah..kenduri besar yang pertama di rumah….jadi ibu mahukan semuanya sempurna…

Hari dah mendung….

aku pun buntu…banyak perkara yang aku ingin tuliskan disini…tetapi bialah nanti…terasa berat jari ini ingin menulis di sudut blog yang ternyata bersawang….dan aku sangat merindui si dia…

Kehilangan…

Baru ini aku kehilangan seorang yang aku boleh katakan rapat seperti seorang ayah…seorang yang sentiasa memberi nasihat dan teguran pada aku…seorang yang aku sayang seperti keluarga sendiri…

Ayah Nun atau Zainul Abidin….

akan aku rindui dan ingati segala nasihat mu wahai ayah…Al Fatihah…Moga roh dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama para syuhada dan golongan beriman…

………………………………………………………………………………………………

si dia…juang ku masih lagi…belum lagi mengenal erti kalah…doa ku…

Black & white…

Just a plain day today…being alone at office make me sleepy…

Google…

FAceBook…

Blog…

Email...

Youtube…

and…

Termenung….

Just plain day with Black & White in my mind….hurm…i miss her…

Hati…cerita …

Hari ini baru betul betul aku dapat membuka tenet…check web…email…Fb…blog dan blog si dia…email hanya notifikasi dari Fb dan tweet…blog macam biasa lah…bersawang dan tetap begitu…hanya pada ketika sahaja aku akan menupdate..itu pun kalo ada mood dan kerajinan…

si dia…

membaca blog nya baru aku sedar selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan mungkin…cerita pada blog nya berceritakan tentang kisah kisah dia memendam rasa pada seseorang sepastinya bukan aku…aku ber SS mungkin…sehingga hari ini aku masih mengelarkan si dia “sayang”…tapi baru aku perasaan si dia hanya mengunakan kata ganti diri “orang” bukan seperti dulu mengunakan “sayang”…

Kerana mungkin aku tengelam dalam perasaan dan dunia fantasi aku sendiri sehingga aku sendiri tidak nampak yang mana benar dan tidak benar…cuma bila tebaca blog nya aku tersentak dari fantasi aku…aku sendiri yang mengecewakan diri sendiri…

Kerja…

ada ketegangan antara aku dan majikan ku…mungkin kerana cara aku menegur salah pada tempat nya…hurm…akan tetapi teguran demi masa depan syarikat dan aku sendiri…aku sudah berumur 29tahun…mana lagi aku mahu pergi mencari kerja jika bukan disini…aku perjudikan seluruh nasib dan masa depan ku di tangan majikan ku yang baru ini…jikalau jatuh syarikat ini…aku bagaimana?...sekarang ini bukan mudah untuk mencari kerja yang stabil dan dapat menjamin masa depan…

Buntu…