Serunai Faqir come to town!!!!

Geng K-GAR bersama Serunai Faqir n Abg Shahrul

Serunai Faqir


Alhamdulillah, aku rase sungguh bertuah dan bersyukur pada kehadrat Allah kerana dipertemukan dgn seorang insan yg berbakat iaitu Abg Khairul aka Serunai Faqir. Mengenali beliau dari hasil penulisan yg aku idolakan. Bermula dgn pertemuan aku dgn buku beliau bertajuk " Mencari Gayung " aku mula jadi seorang pengemar cerpen dan novel. Buku "Mencari Gayung " adalah buku koleksi cerpen yg selama ini beliau tulis dan byk daripadanya memenangi anugerah. Niat utk bersemuka dgn beliau mmg sudah lama apabila aku mencari beliau di dlm laman sosial FaceBook. Aku mula menghantar komen dan alhamdulillah beliau memberi respon yg positif. Pada masa yg sama, kebetulan rakan-rakan ku berguru dgn beliau. Utk pengetahuan beliau juga mengajar gendang dan serunai. Jadi pada masa itu aku belum mengetahui beliau mengajar gendang pada rakan-rakan ku cuma bila diajukan soalan " Kamu kawan Rizal kan?", baru aku sedar mereka juga mengenali beliau. Ya Allah, percaturan Mu sungguh tak ku sangka. Jd dari situ aku mula mengenali beliau dari rakan-rakan ku yg berlatih gendang dan serunai dgn beliau.

Tanggal 30hb July yg lepas beliau dtg kemari utk melihat perkembangan rakan-rakan ku yg sudah lama juga berlatih dan belajar dgn beliau. Seperti biasa, aku adalah org pertama yg akan teruja bila mendengar khabar beliau dtg kemari. " Yahooooo!! Serunai Faqir come to town!!" melompat keriangan aku sebenarnya tetapi aku sembunyikan nnt ape pulak org kata. Hahahah!...Sampai beliau kemari bersama-sama Abg Shahrul dan rakan-rakan ku (Sham n Rizal) dari KL terus singgah ke gerai ayah ku. Dari situ aku mula memperkenalkan diri, aku sengaja berlagak cool menahan keterujaaan hati. Mana tidak nya, Serunai Faqir tueee!!...huhuhu!!....beliau bersama Abg Shahrul disini selama 3hari. Pada mula nya aku ingin sgt bertanya dgn beliau pasal novel dan cerpen2 yg ditulis tetapi jadual beliau agak ketat utk aku bergebang dan bersembang panjang. Ialah beliau kemari utk bergendang dan mengajar serunai. Aku pendamkan sahaja hasrat aku kerana mahu mengutamakan apa yg utama tetapi bertemu dan bersua dgn beliau sudah buat aku puas hati sgt2 tambah pula aku sempat bergendang dgn beliau semasa di rumah Rizal. Berdebar-debar hati bila beliau melihat aku bergendang. Ucapan terima kasih pada beliau kerana sudi bertandang ke Batu Gajah. Insyallah, jika aku ke KL mmg ingin aku ke rumah beliau menambah ilmu. Insyallah.

0 comments: